Friday, 30 December 2011

Segmen : 5 Blog Paling Diminati 2011 –by Nizam Ijam

Nak join,,klik SINI


Sepanjang 2011 ni,,,blog yg paaaaaaliinnnggggggg aku suka..jatuh kepada~~ 




~ShomeyShayang~
blog ni macam komik kucing..cute sangat2!!! lawak pulak tuh..sapa stress boleh la lepak2 sini..hik3..
ni antara komik dia..lawak gilak!haha... 


Tachi & Poncho
blog ni banyak pic daripada word..
senang nak tengok,,xyah sakit mata baca lama2 macam blog aku ni...eheh..
plus,,meow2 dia pon cute2 belaka..hehe

xleh letak banner dyorang...xtaw la kot2 aku yg xreti..huhu


Hud Akaira
walaupun tuan blog ni selalu bizi,,x bermakna aku berhenti menanti..
menanti n3 la..hehe


ni si Leo..


eRy D caT
tengok blog pon dah tahu,,Ery ni saaangat la prihatin!!
lagi 1,,aku suka sangat nama Ery,,1 day aku nak bagi kucing aku nama Ery..hehe

si Memet yang kembali sihat..hik3...



Meowwmania

ni la blogger yang paling x sombong dalam Malaysia ni!!
ok,,blogger lain sila jangan jeles yer..hik3..
masa aku baru belajar pasal blog,,dia la antara yang sudi komen kat sini aw..
tengok la,,setiap n3 dia bpe ramai yg komen..
nampak sgt n3 dia best n dia xsombong..:)
dah la loving,,cun lak tu!!
peiiwwwiittt...!!!


okeh2,,masa utk mengetag!!
ermmmm aku pilihhhh
Itik Kuning
Kak Zie
Zamri
Miss Lovouis




okey,,siap!!
daaa~~


UniMeOw: n3 t'akhir b4 mek exam sok..nt ada gap sambung balik..hehe


p/s: sebenarnya byk lg blog yg aku minat, 
tapi nak wat macam mana 5 je yg boleh letak..huhu



Thursday, 29 December 2011

Spontaneous Thursday: sila muntah bila baca n3 ini


Bila jauh rasa rindu,,
Bila dekat rasa malu..

.
.
.
.
.
.
.
.
.

wekkkkkk!!!!
pic google

UniMeOw:gediknya! Muahahaha~

Tuesday, 27 December 2011

Lelaki memang nampak x macho bila… (PART 2)


1.   Tunjuk hebat
Tak kesah la dia show off kat kawan laki or pompuan, laki yang macam ni aku tak pernah nampak dia macho..mintak mahap la..
Aku rasa lelaki yang sentiasa merendah diri jauh lebih macho! Always~

2.   Mintak no fon pompuan kat orang lain
Ni yang paling aku pantang..pantang tok nenek kucing aku taw x..
Kalo berani sangat, mintak la sendiri. Senang.
Dah la mintak no kat orang, bila 1st time mesej, boleh pulak buat2 x kenal, buat2 salah nombor..
Eeiiyuuu~~ geli geleman!

3.   X reti hormat orang tua
Bukan je x hormat, malah boleh pulak gelak kat pakcik tua yang pakai helmet terbalik! Maybe dia x perasan sebab rabun dekat, who knows?
Jangan lupa bro, ko pun akan tua satu hari nanti.. tu pun kalau umur ko panjang la kan..

4.   Suka2 hati sepak binatang
*kecuali binatang yang bahaya yer
Kucing kurus tu pun x mintak la hidup dia susah macam tu.. ko nak ke kalau ko lapar giler tapi lupa bawak duit..then kena sepak sebab mintak sikit makanan kat orang len.. ko suka? Kalau suka meh aku nak wat kat ko..wachhaa!!! *garang tiba2..haha

5.   Terpedaya dengan luaran seorang wanita
Yang ni memang ramai la..hehe..
Ermm kalo describe panjang2 kang macam mengaibkan kaum sendiri pulak..
Tapi tu la guys, jangan mudah tertipu yer.. x semuanya yang nampak indah itu indah sebenarnya..

6.   Berani sentuh pompuan walaupun tahu hukumnya haram
Kalo ko betol2 macho, g jumpa bapak dia..cakap:
“pakcik, saya dah x sabar nak pegang anak pakcik. So saya nak kawen dengan dia..kalau buleh sekarang jugak!!”

Taraaa~~ kan macho? :p

7.   Cerewet
Kasut kotor sikit dah duduk x senang..
 baju gf ada bulu kucing sikit dah membebel seharian..
sehari 10x tengok cermin..
 makanan tak cukup garam sikit dah melenting kat mamak..
awek g tandas lama sikit dah muncung sedepa..
OMG, semoga aku x dipertemukan dengan makhluk sebegini..rimas!



8.   Ungkit kebaikan
Yaaa…..inilah perbuatan yang paling tidak memachokan seorang lelaki…
Baru bagi pinjam kereta sekali dah ungkit2. Baru bagi kawan pinjam kredit 1 sen, dah ngungkit..
Hmmm masa baik x ungkit, bila x kena angin sikit ngan orang, mula la nak mengungkit..
Ko taw tak, sekali ko ungkit kebaikan ko, orang dah malas nak mintak tolong kat ko.. pastu jangan heran pulak taw kenapa orang meluat kat ko..haha

UniMeOw: byk lg sebenarnya,, tp dah la..kang ada yang bakor blog aku pulak nampak macam aku anti-lelaki lak..muahaha~

Segmen Review ur Blog


Okeh,,,rini aku gatal nak join segmen ni..



Maknanyaaa…..aku kena ready la untuk menerima kritikan tentang blog ni..muahaha~~
*apa motif gelak di sini??*

Nak join jugak ke??
Meh SINI..

Tarikh tutop 12 JANUARI 2012,,lambat lagi.. tahun depan nun..haha

UniMeOw: bila nak study ni weyhhh~~

Friday, 23 December 2011

Kecian si Kucang



Ni kucing Angah yang tak rasmi punya..

Dia suka masuk dalam peti ais,, xtaw la sebab pe.. maybe dia panas,,or maybe jugak dia berlatih nak pergi London..who knows?

Nama dia Kucang, sempena nama kucing kami yang dah kO suatu ketika dulu..
Angah citer, selalunya dia makan sosej je, sebab tu je yang Angah mampu bagi kat dia…sob3..

Sekarang aku pon dah xtaw apa nasib dia, sebab Angah dah tak keja kat situ..huhu
Semoga Kucang sentiasa selamat,,amin!

Bertuah la kucing2 kita boleh duduk dalam umah,,,leh makan cedap2..huhu

UniMeOw: pasni kalo kucing aku komplen makanan x cedap,,aku nak tunjuk pic Kucang yang terpaksa mencuri air tin ni… haaa biar kucing2 aku ni reti bersyukur sikit! Haha..

Thursday, 22 December 2011

Mengganggu Goten tido!!! :D


Pada satu hari yang indah lagi permai, aku berjalan daripada dapur menuju ke luar rumah. Sedang aku melalui kerusi lepak santai, aku terlihat seekor makhluk berwarna oren sedang nyenyak tidur.



Ewah2~ aku penat2 buat kerja macam2, senang2 je kamu tido kat sini yer…
Tiba2 muncullah tanduk di kepalaku menandakan adanya idea jahat di dalam benakku..hehe

Hehe apa gunanya daun palas kalau tak kacau kucing tido…errr,,aku xreti balut ketupat palas walaupun setiap kali raya aku belajar 
(setahun 2 kali, raya posa n raya haji …huhu)

Goten…..kuchi2~~~


Tiba2 goten terjaga lalu mengamuk kerana tidurnya terganggu..haha





Yeah,,nampaknya beliau mempunyai cubaan untuk menangkap daun palas yang mengganggunya itu, namun tidak berjaya.haha~


Cian goten,,dapat tuan jahat nakal macam aku!

ermm aku geram giler kat goten sebab setiap hari dia boleh tido ngan abah n mama...
untung la dia xyah blajar kat u,,bleh tido umah hari2...grrrrr



UniMeOw: kalo aku yang diganggu masa tido, siap r orang yang mengganggu tu..grrrr….



Wednesday, 21 December 2011

Lelaki memang nampak x macho bila… (PART 1)


1.   Merokok
Maybe sesetengah pompuan nampak lelaki macho bila merokok, tapi bukan aku.. bagi aku, lelaki merokok ni hanya lelaki biasa yang x berjaya kawal diri sendiri. Nak halang diri sendiri supaya x merokok pun dia x mampu, kesian kan…
Opppsss..!! TERkata kat abah & abg2 sendiri pulak…lalalala~



2.   Berebut dengan pompuan
Nak naik bas pun rebut2… rebut dengan pompuan pulak tu! Hadeh…
Pakcik oi,, takkan lari bas dikejar, dia jalan je..haha…
*Tapi kan, ada jugak lelaki yang bagi pompuan naik bas dulu sebab dia nak tengok ‘sesuatu’..citt!! kalo jenis ni lagi la x macho..hampeh!



3.   Masuk campur bila gf dia gaduh
Laaa…biar la awek ko nak gadoh ngan sesaper pun. Yang gadoh tu awek ko, bukan ko.. hmmm…
Bertambah x macho seseorang lelaki tu bila dia join sekali serang pompuan yang gadoh ngan awek dia..pe barang beb gadoh ngan pompuan.. kalau berani sangat, lawan la dengan atuk pompuan tu…:p

4.   Cakap kuat2 kat tempat awam
X dinafikan, memang ada orang yang suara dia semula jadi kuat. Yang aku maksudkan kat sini ialah, lelaki yang sengaja cakap kuat2 bila orang ramai (contohnya dalam bas) sebab nak tarik perhatian. Buat lawak segala bagai. Bajet orang nak gelak sangat?!
Bertambah x macho kalau dia sengaja cakap dalam bahasa/dialek dia. Bukan apa, untuk menarik perhatian aweks2 yang sepuak dengan dia.. oo plz la!

5.    Gaduh2 sebab bola
Pasal sebijik benda bulat tu pon maw gadoh ka? Aiyaa… very x macho ma…
Tapi yang jenis no 5 ni jarang la pulak aku jumpa.. hehe

6.   Sibuk hal pompuan
Pompuan pakai beg kaler merah pun dia sebok, pompuan pakai eye shadow kaler pelangi pun dia sebok, jenama tisu yang pompuan pakai pun dia amek taw!
Maybe ada pompuan yang senang dengan laki yang macam ni.. tapi kalo aku la kan…eiii rimas la!!! Ko sibuk2 je la pasal gitar/bola/kereta/motor/rapala/sukan ko… jangan sebok la hal2 pompuan…hmmm…

7.   Sensitif & emosional
Aku penah tanya abang aku (abang yang mana satu terpaksa dirahsiakan..hehe),
“pernah tak pompuan kata kat abang ni jantan x guna?”
“pernah.” (muka selamber nak mampus!)
“abang x marah ka? X terasa?”
“dak. Abang gelak ja..hahahahaha…”
Apa yang ada dalam hati aku waktu tu…ya, abang memang lelaki sejati yang macho.
 Kalo aku jadi laki kan, aku paham la..pompuan selalunya emo. So apa yang dia cakap watpe nak amek hati. Plus, kalau kita betul2 kenal diri sendiri, dan percaya diri sendiri.. apa je yang orang kata kat kita x perlu la peduli. Coz kita tahu+yakin bahawa kita x macam yang orang cakap.
Bak kata aku, kalau tak betol, watpe nak marah?

ooo dok3...

Lagi satu, bab politik pun nak gadoh. Xyah la fanatik sangat. Walau kita sayang macam mana pun kat seseorang tokoh tu, kita kena jugak mengaku.. dia insan biasa, ofkos ada kelebihan & kekurangan..
(aku ngaku aku suka Tun Hussein Onn, Nik Aziz, Dr M & Anwar Ibrahim.. & aku jugak ngaku dyorang ada kebaikan & kesilapan masing2.. nobody’s perfect!)

8.   Berani buat salah, tapi x berani mengaku
Buat salah berani, tanggung risiko x berani.. piiiraahhh!!!
X pergi kelas, suruh kawan sign atendan. Cuba ko g jumpa lec n mengaku..
“lec, saya x pergi kelas hari ni sebab bangun lambat.”
Tak pun..
“lec, saya x pergi kelas hari tu sebab saya boring lec mengajar..”

9.   Mengaku salah walaupun x salah
Yang ni pon sepasal jugak.. Aku paham, kadang2 kita terpaksa mengaku salah walaupun kita tak salah. Maybe untuk kebaikan.. tapi kalau dah 10x orang cakap “it’s ok” pon dia dok mintak mahap lagi,,,ada yang nak kena cepuk gamaknya.. tak paham bahasa ke?

Bersambung…

UniMeOw: kang wat n3 panjang2 sangat kang ada yang juling lak baca..huhu

Wordless: Snowy

Monday, 19 December 2011

Poster Presentation


Tanggal 17,,bulan doblas 2011…

Tempat: kat foyer library u aku..

Kelas Psikologi Kanak2 & Remaja (subjek feveret aku! )kena buat Poster Presentation. Kami diberi kajian kes, then kena eksplen sepenuhnya kat poster. Then kena bentang la pasal poster kita tu..

Seriesly, aku suka sangat subjek ni. Lec dia sporting tapi tegas (biasa la, memang kebanyakan lec psikologi pompuan macam ni, sebab tu aku suka), dan ofkos la aku berminat dengan kanak2..hehe cita2 aku dulu kan nak jadi cikgu tadika.

Okeyh, xmo citer panjang..tengok pic k.. enjoy!




hari yang sama jugak, kami kena jadi audiens untuk student master wat presentation (lec yang sama jugak yang ngajar student master)..

memang banyak pengalaman jugak la yang kau dapat dalam satu hari..

best giler tengok student master prezen, sume kondifen je..eheh..



tapi..sambil2 tengok student master pezen tu.. ni la keja kami..hehe


Ni la keja kami,,snap2 pic..lalalala~ tapi kami dengaq jugak aw…hihi





My beloved lec, Dr Fauziah Abdul Rahim

bergambaq ramai2 sebelum balik

UniMeOw: sumber inspirasi~

Amalan Zikir yang lazim diamalkan setiap hari



Jumaat => ِيَا اللهُ

Setiap kali menyebutnya, Allah akan memberi ketenangan hati kepada orang yang membacanya.


Sabtu => لا اِلَهَ اِلا اللَّه

Setiap kali menyebutnya, Allah akan hampir kepada kita & Allah akan memberi segala kebaikan kepada kita.


Ahad => يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ
Setiap kali menyebutnya, kita akan memperoleh harta yang banyak & membawa berkat, serta ingin dicintai oleh setiap manusia.


Isnin => لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ اِلا بِا للهِ الْعَلَيِ الْعَظَيْمِ

Setiap satu kali bacaan Allah memberi pahala sebesar Bukit Uhud


Selasa => اللهُّمَّ صَلَى عَبْدِكَ ورسولك

وَنَّبِيِّكَ الا مِيْنَ

وَعَلىَ اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ

Setiap kali bacaan, Allah akan ampunkan dosa kita selama setahun yang kita lakukan.


Rabu => اَسْتَغْفِرُ الله الْعَظِيْمِ

Setiap satu kali bacaan Allah akan menghilangkan satu titik hitam dalam hati kita.


Khamis => ِسُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْم

Setiap satu kali bacaan Allah akan mengampunkan dosa kita sebanyak buih di lautan & Allah akan menghidupkan satu pohon buat kita di syurga.


Aku mek kat risalah yang Madrasah Tahfiz alQuran Darul Riyadh..
molek bebenor ler kalo kita pakat2 amalkan…insya-Allah..


UniMeOw: betulkan kalo aku silap..

Hepi besday Shahida Norshana


Bukan saya lupa besday kamu,,tapi nset saya problem.
Plus, saya terpaksa off fb saya dgn alasan nak buat assignment..huhu
(padahal off fb pon x wat2 gak asemen tu..haihhh)

Femes dengan gelaran “Adek IpaQ”  (oleh aku sorang je aw…), Shahida ni salah sorang kawan sekolah menengah aku…

Salah sorang pesaing aku masa kat sekolah, pesaing dalam akademik la..bersaing secara sihat ni, xde gado2..hehe

Shahida x suka orang panggil dia Shida,,,sebab apa? Tanya la dia,,mana ceq taw..huhu

Masa sekolah, Cda selalu sangat gado ngan cikgu, espesely cikgu fizik..haha.. bukan gadoh sampai bertumbuk k, gadoh manja je sebab x puas hati dengan jawapan yang cikgu bagi.. bagus Cda, ni la contoh pelajar cemerlang.. aku nganga je bila cikgu bagi jawapan, almaklum la..cikgu cakap hapa pun aku x paham, camne nak argue..?hak3…

Result SPM dia,, semua subjek sains n math dia sama ngan aku.. macam kembaq pulak..:p

Cda memang contoh pelajar cemerlang,,siyes! Dah la pandai, xnah gadoh ngan sapa2 lak tu..! (kot2 la ada gadoh tapi aku x taw,,lain citer la..)

Sekarang Cda belajaq kat UPSI, bakal cikgu KH ni..!! peeiiwiiitt~~~

Ok2, cukup2 la dengan kenangan lalu…

Berbalik pada tajuk asal…hepi besday Cda!!!!

We lurve yiuuu!!! Meow2!! Eh,,muah2!!

Semoga besday gerl ni sentiasa hepi & diberkati Allah..amin..

ni je pic cda yg bjaya aku cilok kat fb dy..huhu
2 pon pinjam fb kawan sat..

UniMeOw: baru pas celebrate besday kawan kat sini,,t dah dapat pic aku update..;)

Sunday, 18 December 2011

Dilema seorang lab assistant

Bila pendrive customer masok virus, lab assistant yang salah! Sebab lab assistant yang cucuk pandrive tu kat PC lab.. (xpe,,customer tu x cucuk pun,,lab assistant yang cucuk)

Bila lab assistant cakap “sorry dik, xleh cucuk pendrive kat PC ni la,,ada virus”, lab assistant yang salah! Sebab customer tu nak hantar assignment sebelum pukul 3.30. (sekarang dah 3.15)

Bila lab assistant x scan dulu pendrive tu, lab assistant yang salah! (padahal anti virus tu ntah berapa kurun x update.. tu bukan keja lab assistant,,tu keja bos dia)

Ok,,xpe..

Lab assistant pun scan la pandrive tu… lab assistant jugak yang salah!
Sebab buat customer tunggu lama dan beratur panjang..
(mana x lama dik oi,,,kalau 1 pandrive tu penuh dgn folder & berterabur rata ntah letak kat mana mende yang customer tu nak print..)

Bila lab assistant print dengan hati2,,lab assistant tu salah! Sebab lambat… mahasiswa mana ada masa tunggu lama2,,banyak kerja..)

Ok,,lab assistant tu pon buat la cepat… & dia salah jugak! Sebab dia TERprint silap,,x ikut kehendak customer..  

Bila print salah, lab assistant x ambik duit.. lab assistant tu salah! Sebab banyak spoil.. bos marah..

Ok,, lab assistant ambik duit walaupun salah print,,sebab customer yang salah tunjuk bahagian mana yang patut diprint, bukan sebab lab assistant yang cuai…
Lab assistant tu salah jugak! Sebab makan harta customer.. customer tu x halalkan dunia akhirat!

Kesimpulannya,,semua salah lab assistant k!



Jadi,,janganlah print kat lab,,memandangkan lab assistant x reti buat kerja & virus banyak kat lab..

Belilah printer sendiri, tak pun carilah orang2 yang membuat perkhidmatan print di bilik..

Kerana kat situ TERJAMIN xde virus (yela tu..)

UniMeOw: satu jari kamu menuding orang lain,,3 jari lagi menuding ke arah dirimu sendiri… 
kecuali zirafah ni,,xtaw la berapa jari yg dia ada,,,hik3~

Thursday, 15 December 2011

Tobat aku x buat dah!!!


Satu hari, sedang aku syiok2 layan fb..ada sorang hamba Allah, Q (bukan huruf sebenar) chat..
Q: Assalamualaikum..
A: wsalam.. (A stand for aku)
Q: awak ni sape?
A: eh,,ko yg chat aku..ko tya aku sp?
Q: ko yg add aku kan? Aku bukan jenis yg suka add orang suka2 hati..
Aku mula panas hati.. mentang2 la time 2 fren aku lagi ramai dari dia.. sesuka hati mak bapak kucing dia je tuduh aku yang add dia..
Aku bukak profile dia.. erm, dP dia pic kucing! Memang ada kemungkinan la aku yang add..huhu
A: oo yeke.. npe ko tya aku sapa?
Q: aku rasa aku ada je nampak ko kat u** ni..ko kenal aku ke?
A: erkk sori la, aku x kenal.. maybe aku add pon sebab dP ko pic kucg..huhu.. nape ko tya macam 2?
Q: xde la..cara ko wish bday aku tu macam kenal lama je..
A: wish bday???
Q: cube tgk kat wall aku..
Aku pun pegi lagi sekali profile dia…
Ermm,,aku wish bday macam ni : “epi besday!! Jangan nakal2 taw..;)”
A: dah tengok…nape?
Q: ermm xde la.. ada orang marah la ko wish macam 2..
A: hah,,sape? Awek ko ke? (still blur *_*)
Q: bukan awek, tp bakal isteri aku..
A: hah,,yeker..alaa aku melawak je..huhuuhuhuhu….sori la weyh…sori100x~
Q: xpe,,pompuan memang macam 2..kuat jeles.. (kambeng,,sempat lagi dia kutuk pompuan!!)
A: alamak wei,,aku betol2  xde niat pape..huhu aku saja je..sori la ek…
Bagi mengelakkan kejadian yg x diingini,,aku terus unfriend mamat yang aku x kenal tu…immediately!!
Ulasan aku:
1.    Mamat ni memang sayang giler kat awek dia..
2.    Dia setia.

3.    Aku memang macam ni,,terlebih frenly kat fb walaupun bila jumpa real2 aku haram x kenai sorang pon!hadeh~~
4.    Aku add sapa2 yg suka kucing.. (xmo buat dah!!)
5.    Ayat aku jangan nakal2 tu bermaksud…”ko tu dah tua,,so jgn la nakal2 macam bebudak dulu…”
6.    Maybe awek bakal isteri dia ingat dia telah “nakal2” ngn aku..astaghfirullah..
7.    Yela2,,aku mengaku aku memang blur+bengong kalo bab2 ni…huwaaaaa~~~~

UniMeOw: tobat aku x wish bday camtu dah!!kecuali kat orang yg aku mmg kenal..huhu

tobat aku xmo cium kasut ni dah!! nyesal aku aw..:p

Sunday, 11 December 2011

Kucing Gumok terlekat dalam kotak

ALOSTAQ, 14 Mac: Seekor kucing didapati terlekat pada sebuah kotak yang dilihat terlalu kecil untuk memuatkan tubuhnya yang boleh tahan gumok itu.
Tuannya terpaksa meminta bantuan bomba berdekatan rumah mereka.



Tuan kucing malang itu ketika disoal siasat tidak mahu menceritakan punca kejadian pada mulanya.
 Namun setelah didesak oleh UniMeOw, puncanya telah berjaya dikenalpasti.

Kata tuan kucing ini, "kucing ceq ni buaih sgt...suka curi lauk...ceq pesan kat dia,,kalau hang curi lagi aku kurung hang..padan muka xleh dating seminggu..pastu tadi kantoi dia curi lagi..ceq pun perongoih r..bila ceq keloi dy teruih hilang...cari punya cari rupanya dok lekat kat kotak ni,,dok nyorok xbagi ceq nmpak...huhu menyesai gak la rasa dok ugut2 dy...sob2.."
katanya sambil memeluk bantal busuk kerana tidak dapat menahan kesedihan.

TERJEMAHAN:
“Kucing saya ini terlalu nakal, suka curi lauk. Saya dah pesan kat dia, kalau kau curi lagi aku kurung kau,,padan muka kau xleh dating seminggu.. tadi terkantoilah dia mencuri lagi. Maka saya pun bengang.. Apabila saya panggil dia terus hilang.. cari punya cari rupanya dia terlekat dalam kotak ni, dok sembunyi supaya saya x nampak. Huhu.. saya agak menyesal kerana mengugut dia (sehingga dia sanggup bersembunyi di dalam kotak ini..) sob2…


sumber dari BERNAMA UNIMEOW

UniMeOw:terjemahan yang xleh blah..! hak3~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...