Thursday, 25 October 2012

Dewa: Hadapi dengan Senyuman :)


hadapi dengan senyuman
semua yang terjadi biar terjadi
hadapi dengan tenang jiwa
semua kan baik2 saja

bila ketetapan Tuhan sudah ditetapkan
tetaplah sudah
tak ada yang bisa merubah
& takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang

hadapi dengan senyuman


*aku dah kat umah skg..maybe skg tgh wat gulai sempena raya haji..hehe ni schedule n3..lalala~


UniMeOw: Salam Aidiladha semua..<3

Monday, 22 October 2012

Wajah Seekor Presiden


Semalam, masa tengah tunggu kengkawan nak gi kelas, aku ternampak la sekor makhluk hitam putih tengah sedap2 tido.

Mula2 tido biasa je..

mata bukak sb tersedar aku nak mek gambar dia..


Pas kena usap kepala,,terus beliau golek2..haha ngada!!

dagu putih..comey kan comey kan comey kan? :D


Tokin nie aku gelar presiden sebab bagi aku, beliau la presiden kolej aku. haha.. kerja beliau hari2 adalah meronda. beliau jalan lajuuu...laju lagi dari aku.. yela, kita ni kalau jalan2 jumpa kawan, mesti la berenti sembang2 dulu.. 
Tokin nie mana ada kucing berani sembang dengan dia. tengok wajah dia pun kucing2 dah lari...huh!

Tetiber, ada la bunyi kucing gado. Si Tokin yang konon2 tengah nyenyak tido tadi terus bangun!!

Lalu beliau pun bergegas ke arah bunyi gado2 tersebut.




Oleh kerana beliau merasakan telah tersalah arah, beliau bergegas pula ke arah  bertentangan.

Bizi sungguh beliau menjaga keamanan kolej aku ni..

Cettt!!! Menjaga keamanan la sangat… padahal selama ni dia yang selalu buli kucing2 lain..haippp…

Pape pun, aku sangat hepi bertemu tokin semalam. Lepas rindu. Haha..

UniMeOw: sekarang ni kepala Tokin lagi besar dari tapak tangan aku..

Friday, 19 October 2012

Beza Antara orang Beriman & orang Kufur


“Dan janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). Jika kamu menderita kesakitan, maka ketahuilah mereka pun menderita kesakitan (juga), sebagaimana kamu rasakan, sedang kamu masih dapat mengharapkan dari Allah apa yang tidak dapat mereka harapkan. Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana.”
                                                                                                         (An-Nisa’, 104)

Daripada ayat di atas, kesimpulan yang aku buat mudah jer. Orang yang beriman, sentiasa ada Allah. Sedangkan orang yang kufur takde.

Orang yang beriman sentiasa yakin bahawa Allah akan menolong mereka, sedangkan orang kafir hanya mampu mengharapkan manusia dan kuasa2 mereka di bumi.

Allah takkan tolong orang yang kufur.
& Allah sentiasa tolong orang-orang yang ingat pada-Nya.

Jadi, jangan sesekali merasa kalah. Kerana kita sentiasa ada Dia.

Tu pun kalau beriman la…huhu (Y_Y)

UniMeOw: la tahzan..innallaha maa’na.. 

Thursday, 18 October 2012

Sunday, 14 October 2012

Art Therapy –the best!!


Semalam aku join bengkel Art Therapy. Sebagai manusia yang memang sukakan art, bengkel camnie memang la aku excited sangat2 nak join. Walaupun x bayar yuran lagi.




Art therapy tidak boleh diterjemahkan sebagai “terapi seni”, sebab perkataan “art” yang dimaksudkan di sini mempunyai makna yang luas.

Sedangkan perkataan “seni” dalam bahasa Melayu menggambarkan sesuatu yang mempunyai nilai estetika, keindahan dan kecantikan. Dalam art therapy, soal cantik & indah ditolak tepi. Apa yang penting, luahan melalui setiap karya yang dihasilkan.


 Art therapy meliputi:
-       Play therapy
-       Sand therapy
-       Sound therapy
-       Music therapy
-       Drama therapy / psychodrama therapy
-       Dance therapy
-       Clay therapy
-       Clown therapy
-       Dan macam2 lagi…hehe

Tapi yang aku pegi semalam, lebih kepada “visual art therapy”. Kami diberi crayon, buku lukisan & diminta untuk melakar, melukis, mewarna dan menconteng mengikut tema yang diminta oleh lecturer.

tema marah- kebanyakan org pilih warna merah

tema gembira-kebanyakannya pilih warna ceria :)

takut-warna hitam jadi pilihan
semua warna yang dipilih ni, adalah kehendak & pilihan masing2. xde sapa2 suruh or paksa. bila kumpul, tak sangka warna pilihan kami lebih kurang sama. nice rite?! ;)

Apa yang best, art therapy bukan khas untuk kaunseling je, tapi untuk macam2 bidang menolong lagi seperti psikatrik & social work.

Bagi aku, ekspresi perasaan melalui lukisan ni lebih berkesan daripada melalui lisan. Tapi ikut kesesuaian kes jugak la.

Contohnya, masa tsunami di Acheh, ramai social workers dihantar ke sana untuk buat art therapy dengan kanak2. Hasilnya, kanak2 meluahkan trauma mereka ke atas sehelai kertas lukisan. Malah, dari art therapy, kanak2 di sana meluahkan betapa mereka masih mengharapkan ibu bapa mereka pulang. Semua ni belum tentu terluah jika kita masih menggunakan kaedah lisan.

Bayangkan, tetiber orang yang tak dikenali datang & bertanya pada kanak2, “adik2,,adik sedih tak?” or “apa perasaan adik setelah berlaku bencana seperti ini?”. Kalau aku jadi kanak2 tu, maw aku lari.

Masa mula2 wat terapi ni, kami diminta menulis nama sendiri kat kertas lukisan. Then lukis bola, segi tiga. Then kena pilih dua abjad dalam nama sendiri.

memuler nak pilih huruf A. tapi at last aku pilih huruf ke2 & ke3 nama aku. ;)


Masa fasa ke3, kami kena lukis pokok. Kami kena ingat satu peristiwa pahit, then lukis pokok yang gambarkan diri kita tu. Macam mana keadaan pokok tu waktu mengalami peristiwa tu. Ada yang lukis pokok patah, pokok layu, pokok xde daun..

nie pokok aku. nampak biasa je kan. caya x,,aku nangis sambil lukis pokok ni..
maksud dia,,aku sorang je paham..

Ramai orang salah anggap dengan art therapy. “kaunselor/helper boleh mentafsir seseorang melalui lukisannya.” Tahukah anda, statement itu adalah salah, salah dan SALAH!! >_<

Kami sebagai kaunselor, kami bukan malaikat yang tahu semua isi hati manusia. Kami tidak layak membuat tafsiran walaupun sedikit terhadap mana2 lukisan & individu. Hanya pelukis sahaja yang boleh mentafsir sendiri lukisan yang dihasilkannya.

Every pic tells a thousand words. Kadang2, lukisan yang nampak rumit sebenarnya menceritakan perkara yang simple. Kadang2, lukisan yang simple menggambarkan isu yang sangat rumit. Nak tahu apa isunya, kaunselor takleh memandai wat cerita. Semuanya kena tanya klien tu sendiri.

hasil karya kawan aku..hehe

Sebenarnya aku ada macam2 lagi nak citer pasal art therapy ni. Tapi sampai tahun depan pun belum tentu habis kalau nak citer..huhu

Pape pun, art therapy memang menarik bagi aku. Aku suka sangat100000x~~~ art therapy. :3

UniMeOw: teringat masa zaman ambik seni SPM dulu..haha

Tuesday, 9 October 2012

Kerat jari la beb…

Hari itu hari Khamis, tahun 2005. Aku tingkatan 3. Sempena Minggu Disiplin Sekolah, aku bersama Siti menyertai pertandingan melukis poster.

Niatku tidak lebih dari ingin ponteng kelas. Haha..betul! Pertandingan yang berlangsung dari waktu pertama hingga waktu rehat itu tak akan ku lepaskan sia2. Inilah peluang untuk aku ponteng.. soal kalah atau menang langsung aku tolak tepi.

“Kali ni, kalau kami menang la Siti, kerat jari la..hahahaha..” aku berkata dengan nada penuh yakin. Aku begitu pasti bahawa takkan mungkin aku menang.

“hehe..jangan kata Yuni..mana tau kot2 hangpa menang..” jawab Siti.

“Heh,lukisan macam ni nak menang? Kerat jari la..” aku berkata lagi sambil ketawa kecil, memperlekeh diri sendiri.

Sungguh, pada mataku, lukisan aku itu memang tidak cantik. Apatah lagi kami bersaing dengan pelajar2 tingkatan 1 hingga 5. Sudah semestinya senior2 lebih arif dan berbakat berbanding diriku. Lagipun aku tidak pernah belajar mata pelajaran Pendidikan Seni di sekolah menengah kerana subjek itu telah diganti dengan subjek Bahasa Arab yang menjadi aliranku pada tahap menengah rendah.

Aku lihat lagi poster yang aku lukis. Hmm…buruk! Berlatarbelakangkan warna kuning, aku mula mewarna pula lukisan2 kartun yang aku lukis. Haha…buruk! Antara yang aku lukis, gambar pemandangan hadapan sekolahku itu, kartun pelajar yang dirotan oleh ustaz, pelajar lelaki mengorat dan beberapa fenomena2 yang biasa terjadi di sekolah.. Haha…

“Tak mungkin kami menang la Siti..potong jari la kalau menang..”

Hari Ahad, ketika perhimpunan rasmi mingguan di Dewan Anggerik (sekolah kat Kedah perhimpunan hari Ahad) guru bertugas  mengumumkan pemenang bagi pertandingan2 yang diadakan sempena Minggu Disiplin.

Aku sedikit pun tidak gementar. Hehe..buat apa nak gementar kalau dah pasti aku takkan naik pentas terima hadiah? Relax la beb…

Tempat ketiga, pelajar sebaya aku yang menang. Budak kelas Bestari..fuh, berseni jugak tangan mamat ni rupanya..haha.. aku ketawa dalam hati memikirkan tangan aku yang langsung tak berseni.

Tempat kedua dimenangi oleh pelajar tingkatan 4. Hmm..tak sangka pulak abang ni pun berjiwa seni. Muka brutal. Sekali lagi aku tertawa dalam diam.

Tempat pertama, aku nak pengsan. Kenapa cikgu sebut nama aku??? Dewan terasa berputar2, guruh berdentum dalam mindaku, memberi kesan bunyi tanpa dipinta.

“Yuni, pi la..nama hang tu..” aku tidak tahu suara siapakah itu.

Dan aku tidak sedar bila aku naik ke pentas mengambil hadiah.

Aku juga tidak sedar bila perhimpunan tamat. Otakku ini ligat berkerja. Kebimbangan mulai mengetuk2 pintu hati.

Semasa kaki ini melangkah ingin memasuki kelas, aku ditegur Siti.

“haaaa….Yuni, tak tau la..Hari tu kata nak kerat jari kalau menang.” Seolah2 mengingatkan aku.

Ya, persoalan itulah yang menggugat ketenangan fikiranku pada masa itu.

Aku tak ingat apa yang telah ku jawab pada Siti.

Setelah ligat berfikir, esoknya aku meminta abah membeli seekor ayam. Oleh kerana sudah menjadi tugas aku memasak, maka dengan mudahnya aku memotong jari2 ayam! :D

Yela, aku cakap nak kerat jari. Tapi tak cakap pun nak kerat jari siapa. Jari ayam pun jari jugak..lalalala~


UniMeOw: itu kali terakhir aku guna ayat “potong jari”…huhu..

*kami=saya (bahasa Kedah)

Friday, 5 October 2012

Imran Ajmain-Selamat Ulang Tahun Sayang


video
Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita-cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

UniMeOw: selamat ulang tahun...

Tuesday, 2 October 2012

~~~~Bapak aku ada ilmu~~~~


“cik,,nak jambu cik..” kata Said, salah seorang penghuni pusat pemulihan akhlak itu.

“ambik la..tapi sapu bersih2 halaman rumah saya ni ya..” abah menjawab dengan penuh ketegasan.

Abah sudah lama berkerja di sini, ketegasan dan kegarangan abah sering ditunjukkan dengan jelas kepada remaja2 yang cuba diperbaiki akhlak mereka. Namun pada hakikatnya abah sangat penyayang dan bertanggungjawab, cuma sengaja tidak mahu ditunjuk, nanti budak2 pijak kepala katanya.

“Abang Said tu baik kan bah?” aku yang pada ketika itu berusia 11 tahun bersuara.

 Memang panggilan “abang” telah biasa aku beri kepada mereka, kerana disuruh oleh abah sejak kecil lagi. Abah mengajar aku menghormati mereka tanpa mengira asal-usul mahu pun “punca kedatangan” mereka ke sini.

“hmm,,dia memang baik. Tapi kurang keyakinan diri sikit.” jawab abah.

Aku terpegun, sebenarnya agak terkejut.

“Macam mana abah tau dia kurang keyakinan diri??”

“Heh, abah tau la..” wajah abah yang tadinya serius tercalit senyuman tipis.

“Tapi macam mana abah tau??” aku masih tidak berpuas hati.

“Ada la ilmu abah belajaq..haihhh..”

Aku diam. Tapi benakku ligat berfikir.

Ohhh rupanya abah ada ilmu. Agak2 jin jenis apa ek yang bagitau abah pasal orang tu orang ni? Entah2 pasal aku pun abah tau.

Selalu je abah boleh jangka tindak-tanduk aku. Masa kecik, aku cukup give up bila terpaksa menipu. Bukan apa, setiap penipuan aku mesti abah berjaya bongkar, kadang2 tak sampai seminit pun. Bila terjadi saja “sesi soal jawab” dengan abah, maka akan terbongkar la rahsia aku..

Patut la!! Rupanya abah ada “ilmu”..

Sekarang aku dah 22 tahun. Huhu…terasa diri ini begitu bangang apabila mengenangkan cara aku berfikir masa zaman kanak2 dulu..huhu

Bila dah besar ni, baru aku paham..rupanya ilmu yang abah maksudkan tu ilmu psikologi. Tapi abah sengaja tak mahu terangkan pada aku masa tu, sebab dia tahu aku takkan faham. hadeh!

Dalam psikologi, memang setiap tingkahlaku manusia itu dapat dijangka. Manusia  terdiri daripada kognitif (akal, cara berfikir), afektif (perasaan, emosi) dan juga psikomotor (perbuatan). *betulkan kalau aku salah* dan setiap komponen ini memang dapat diramal dengan pelbagai cara. Contohnya melalui nada suara, mimik muka, bahasa tubuh, cara berpakaian, dan macam2 lagi la. Bukannya perlu guna jin..huhu

Berkenaan dengan “sesi soal jawab” pulak, memang la orang yang menipu tu dapat dikesan. Sebab selalunya jalan cerita yang direka akan bercanggah apabila diaju soalan yang berbeza dengan maksud yang sama. Hmmm…bukan guna ilmu pelik2..hadeh!

Sekarang abah dah pencen pun. Dah lama pencen. Tapi pengalaman2 abah sangat berharga, untuk aku, dan semestinya untuk abah. Hehe..aku suka dengar cerita2 abah, walaupun cerita yang sama diulang2..

Sebab sekarang aku pun dah bela “jin” macam abah..haha…

UniMeOw: takziah ibuKM..cyes uni baru taw..dh lama x singgah blog org..huhu

Monday, 1 October 2012

Siapa lapar? Siapa takde duit? Baca entry ni..


Sekarang aku pokai. Pelik kan? Selalunya student u akan pokai masa tengah or hujung sem. Tapi aku, awal2 sem lagi dah pokai..haha.. bukan salah sesiapa melainkan diri aku sendiri. Belanja tak hengat dunia..hoho

Bila aku cakap aku pokai, bukanlah bermaksud aku takde duit satu sen pun. Setakat nak beli gula-gula tu ada lagi la.. Masalahnya sekarang, mesin ATM rosak. So aku takleh ambik duit. Hadeh!

Maka, makan megi la aku sejak dua tiga menjak ni. Kalau boring makan megi, aku punggah biskut kering yang memang aku simpan untuk kegunaan di kala pokai seperti ini. Hehe..

Rasa nak nangis pun ada. Tapi aku tak nangis. Aku senyum. Dalam hati aku tak henti2 ucap ‘Alhamdulillah’, at least aku ada rezeki lagi. Boleh makan lagi. Tak sampai tahap kebuluran lagi. Alhamdulillah.. :)
 
Alhamdulillah, Dia buat aku tak pegang duit dalam tangan macam sekarang.
Dia buat aku sentiasa ingat kat Dia. 
Dia buat aku lebih berharap kat Dia. 
Dia buat aku rasa bersyukur kat Dia. 
Alhamdulillah.. :)

Bila aku rasa nak nangis sebab rasa serabut, aku terus rasa nak gelak kat diri sendiri. Hati aku tak henti-henti mengejek diri sendiri, “toksah dok wat teruk la Uni..ang rasa diri ang susah, sebenaqnya ada ramai lagi orang yang lebih susah daripada ang..”

Lapar itu lumrah..hehe

Sebenarnya, yang membuatkan aku selalu nak menangis-tapi-tak-jadi adalah kerana aku teringatkan seseorang..

Ya, dia yang buat aku tak jadi menangis. Sebab aku teringat tentang dia…

Pada satu hari, saidatina Fatimah r.a memberikan sekeping roti kepada ayahandanya Muhammad saw. Baginda mengambil dan berkata, “ini adalah makanan pertama yang dimakan ayahmu sejak tiga hari lalu.”
 (riwayat Imam Ahmad & Tabrani)

Nabi saw tak makan 3 hari, tak kecoh pun. Aku yang still leh makan tiap2 hari ni nak sedih2 pehal? huhu..

Ada pula riwayat bahawa Abu Hurairah berkata, “aku menemui Rasulullah saw ketika baginda sedang solat sambil duduk, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah, aku melihatmu solat dalam keadaan duduk, apa yang menimpamu?” 

Baginda menjawab: “lapar, wahai Abu Hurairah.”

Tengok, Nabi Muhammad saw, pemimpin agung dunia, terlalu lapar sampai terpaksa solat sambil duduk. Kita, dalam xde duit pun still boleh makan. Alhamdulillah..:)

Adanya masalah, kesakitan & kesusahan, membolehkan manusia membezakan antara keselesaan (nikmat) dan kesengsaraan (bala). Maka, ketika inilah manusia dapat menjiwai erti kesyukuran. 

Terima kasih kepada kawan yang hadiahkan Diari Islam satu ketika dulu. Buku tu sangat berguna kat aku..thx!

UniMeOw: padaMu jua aku kembali…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...