Thursday 28 February 2013

Amplang!


Amplang adalah makanan orang Sabah.



Rasa dia lebih kurang macam keropok rota.

Saya sangat suka makan amplang!

Ianya merupakan salah satu makanan feveret saya.

terima kasih Fie kerana selalu mengimport bekalan amplang untuk saya.

Saya agak hairan.

Kenapa saya hapdet entry dengan menggunakan ayat2 budak darjah 1 ni?

Wakaka…

Saya mengarut.

Maafkan saya.

UniMeOw: saya rindu Najuwa tapi dia bizi dan saya juga bizi.

Tuesday 26 February 2013

Tentang Cinta, Lelaki & Wanita


·         Ketika ada wanita yang membenci seorang lelaki setengah mati, itu tandanya dahulu dia mencintainya setengah mati. Yeker… Aku tak benci pun kat orang yang pernah aku cinta. Lalalala..

·         Wahai lelaki, ketika kau merasa tidak mampu menyimpan rahsia daripadanya bererti kau mencintainya. Yeker..bukan ramai je ker bf yang berahsia macam2 ngan gf dia..

·         Di sebalik kejayaan setiap wanita, dia pernah melalui kegagalan dalam bercinta. Owh ek? Kalo camtu aku ni bakal berjaya la nie? Yess~! :p

·         Cinta yang dianggap babak pertama bagi lelaki, ternyata merupakan persoalan hidup dan mati bagi wanita. Ish3…patut la lelaki selalu xhargai wanita…lalalaa…

·         Ketika lelaki mengatakan “perempuan itu tidak mempunyai hati,“ bererti wanita tersebut telah berjaya merebut hatinya. Yang ni aku tak pasti la betul ke tak..

·         cinta seorang lelaki bagaikan menulis di atas air atau paling hebat seperti dia menulis di atas pasir. Macam betul je..huhu jahat kan dyorang..

·         bagi wanita, ada tiga tahap dalam perjalanan cintanya iaitu mencintai, dikecewakan kemudian bersedih. Errr aku tahap ketigakah sekarang nie? Hadeh..

·         banyak lelaki yang membunuh diri kerana cinta, tetapi wanita jauh lebih ramai. Cian kat pompuan..

·         cinta ialah sebuah kisah yang di dalamnya terdapat wanita yang bangga berperanan sebagai pahlawan. sedang bagi lelaki, dia lebih memilih menjadi pengarangnya. Yang ni siyes aku tak paham.

·         dalam kehidupan seorang wanita, ada suatu masa yang dia merasa perlu untuk mencintai seorang lelaki dengan sepenuhnya. Kalo camtu, ‘masa’ aku dah lepas la..hik3..

·         wanita tercantik adalah wanita yang menggetarkan kata cinta di antara dua bibirnya. Tipu! Aku tak cantik pun…ceh..

·         dalam bercinta, seorang lelaki selalu ingin tahu apa yang dilakukan oleh kekasihnya. Oooo…

·         ketika wanita mencintai seorang lelaki, sekali-kali dia tidak akan pernah merendahkannya. Yang nie aku setuju sangat2! Tapi lelaki tak kesah pun rendahkan makwe dia..seolah2 dia dah cukup sempurna..

·         dalam cinta, lelaki adalah penyerang dan wanita yang bertahan. Tak paham. Macam maen bola lak yer..

·         dalam bercinta, seorang lelaki akan berkorban apa sahaja untuk kekasihnya kecuali satu hal, iaitu mencintainya terus-menerus. Kalau bukan camnie, maknanya tak cinta la? Ooo…

·         keinginan seorang wanita dapat diubah-ubah oleh orang yang dia cintai. Agak bersetuju r…huhu

·         dalam persahabatan, lelaki lebih pandai daripada wanita, namun tidak demikian dalam cinta. Tepat sekali! Dua kali! Tiga kali! Eheh…

·         cinta mungkin berakhir dalam sehari, namun cinta hakiki tidak sedemikian. Sedih lak baca nie..hadeh!

·         tiada apa yang mampu mencabut cinta daripada hati seorang wanita, selain cinta yang baru. Yeah! Yang ni aku setuju! Setuju sangat2!! (sambil angkat printer kerana terlalu setuju! wakaka)

·         seorang wanita tidak akan mampu hidup tanpa orang yang dia cintai. Takdelah..aku hidup je lagi ni..alhamdulillah.. (sambil menarik nafas 2 3 kali..)

·         cinta merasuk jiwa seorang wanita dalam hitungan detik yang penuh ketenangan dan kekaguman. Tak paham..

·         cinta seorang lelaki tidak lebih daripada selembar sampul depan, namun cinta seorang wanita bagai lembaran-lembaran kertas yang tiada penghujungnya. Jahatnya lelaki..:p

·         kebahagiaan wanita adalah ketika dia dapat mencintai seorang lelaki lalu tunduk kepadanya. Xde maknanya..kalau kucing sihat2 sumer pun aku bahagia jugak..lalala

·         ketika wanita jatuh cinta, dia memulakannya dengan kekhuatiran, ketakutan dan prasangka. Owh,kalo pompuan dah start mcm tu maknanya dia jatuh cinta la? Oooo ceq baru taw..haha

·         perasaan, cinta dan kerelaan adalah hal yang tidak akan lekang daripada diri seorang wanita. Tak taw la ceq..betoi la kot..

pelik kan tetiber aku letak entry camnie..macam aku ni pakar cinta pulak..padahal gagal je dalam percintaan..wakaka.. 

sebenarnya sume point2 di atas aku petik dari buku Terapi Patah Hati. Tapi tak semua aku letak, sebab terlalu tak paham. hadeh.. korang korang dan korang, baca la buku tu. best! (aku pun baca xhabis lagi. padahal nipis je pun...wakaka)

sila abaikan tulisan2 ungu tu yer..tu adalah kemengarutan diri aku sendiri..haha

UniMeOw : kengkawan dah ajak gi kursus kawen, siyes aku takde mood nak p. korang pegi la dulu wei… aku nak tido..zzzzzz…(=_=)

Monday 25 February 2013

No Title Entry



Aku baru balik dari blog Deno & Zoey Zauyah..(sori Siti, dah biasa panggil Zoey Zauyah..uhukkk)

Persamaan antara dua orang ni adalah kedua2nya menghidap penyakit. Penyakit yang berbeza la.. kalo nak tahu penyakit apa, silalah melawat dyorang yer..

Dan lagi satu persamaan dyorang ialah, dua2 sangat tabah! Series.. dua2 optimis. Aku kagum sangat2..

Aku pernah kecewa. Kecewa hingga buat aku rasa nak mati. 

Kalau tak kerana aku ingat aku masih ada Allah, tak mustahil waktu tu aku tamatkan hidup aku sendiri sebab terlalu kecewa. Astaghfirullah…

Tapi bila aku tengok betapa dyorang menghargai hidup ini, betapa dyorang bersyukurnya dengan setiap peluang bernafas yang Allah bagi…masya-Allah.. rasa malu sangat. 

Aku baru kena uji sikit, dah xmau hidup. Sedangkan betapa ramai lagi manusia berharap untuk hidup. Malunya… betapa banyaknya nikmat yang Allah bagi kat aku, tapi yang Dia tarik balik tu jugak yang aku ingat. Nampak sangat aku ni tak bersyukur. Astaghfirullah..

Rupanya, hidup ni terlalu singkat untuk bersedih. Sebelum kita berhenti bernafas, nikmatilah hidup ini sebaik2nya.. jangan hanya melihat kehilangan, sedangkan banyak lagi anugerah yang Allah kurniakan kat kita setiap hari, setiap detik, setiap saat.. Alhamdulillah ya Allah… (^_^)



Buat Siti & Deno, semoga terus tabah & sabar. Semoga cepat sembuh.
& terima kasih kerana buat Uni lebih menghargai kehidupan. Alhamdulillah..

UniMeOw: cukup sampai di sini saja..

Thursday 21 February 2013

Seminit ku rasa bagaikan setahun




Penah tak korang rasa macam ni? Seminit, tapi rasa macam dah setahun… masa terasa lambat berlalu..

Aku akan rasa macam ni bila berada dalam tempat sejuk…uhukkk…
Sekarang la aku rasa macam ni..cepat la pukul 12..sob3..

Aku tengah keja. Dalam cc ni sejukkkkkkkk sangat… & siyesly aku xsabar nak habis kerja…sob3..

Dalam kelas pun macam tu. Air cond pasang kaw2 punya sejuk.. nak membunuh ke hape.. sem ni dapat lec yang suka lepas lewat pulak..memang ‘best’.ewwww.. xsabar nak g kelas tiap2 minggu.. (mata ke atas)

Masa kecik2 kan, aku selalu berlatih. Konon nak tahan sejuk. Bukak kipas no 5, baring atas kusyen. Tengok tv. Hmm memang aku selalu berlatih, tapi sekali wat tu ada la seminit dua..haha siyes x tahan! >_<

Oh ya, tujuan aku berlatih masa kecik2 dulu tu sebab aku ada cita2 nak pegi London. Padahal tak taw pun London tu katne..wakaka…

Ok, tu je nak citer. Kbai!

 UniMeOw: walau sedih macam mana pun, aku takkan menyesal. Insya-Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...