Wednesday 26 September 2012

Jika Merindu Di Jarak Kejauhan


Rindu? Jika kamu RINDUKAN seseorang, PEJAMKANLAH MATA MU dan UCAPKANLAH:

“Ya Allah, aku rindukannya kerana-Mu Ya Allah, Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepada-Mu. Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku, tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia.

Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..



Terima kasih Ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan CINTA  JARAK KEJAUHAN itu kepada aku dan dia.”

UniMeOw : cilok kat fb..hehe 

Wednesday 19 September 2012

Motif : Tuhan Jagakan Dia


Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku



UniMeOw: nama itu tidak pernah hilang dalam setiap doa..
                 










































































Tuhan, tolong jagakan dia…

Thursday 13 September 2012

‎11 orang yang mendapat doa malaikat

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Aku cilok kat fb..sebagai peringatan untuk diri sendiri, dan nak share jugak dengan kawan2 blog…J 

UniMeOw: bz~

Friday 7 September 2012

Impian


Hmm…kejap je aku dah sem 7. Rasa macam baru semalam je aku sem 1, berwajah innocent.. Sekarang ni aku dah jadi super senior la kat yuyuem ni…hehe I’m senior ok, I’m senior..:p

Sepanjang cuti sem 6 ni, macam2 benda yang aku nak cter sebenarnya..tapi aku jarang on9 kat umah. Mula je cuti, aku dah diuji.. kucing2 kat umah tak sihat. Bermula dengan E-wok (aku x sure betul ke eja cmnie, abang aku bagi nama ni sempena nama watak lam cter star wars) atau aku panggil Seung Ri, then berjangkit pulak kat Jebat, pastu Adik..

Sepanjang anak2 kucing tu sakit, mulut aku ni x renti2 ucap “hasbunallahu wa ni’mal wakeel*” (cukuplah Allah bagi kami, & Dia sebaik2 pelindung), mata pulak tak renti2 nangis.

Susah hati jangan kata la..sangat2 susah hati.. sampai family aku pun geleng kepala tengok aku. Hmmm..

Dan sepanjang tempoh aku bersedih tu la, muncul satu impian dalam minda aku ni..

“nanti, bila dah ada rumah sendiri, aku xmo bela kucing dah!! Biar la aku bela kura2 ke, ikan gapi ke, katak puru ke, kumbang emas ke, apa2 je la! Yang penting bukan kucing. Bela kucing, dia sakit je aku susah hati..dia sakit je aku sedih2..malas la!”

Murni tak impian aku?? J

Tapi tapi tapi tapi tapi tapi tapi tetiber je aku gelak sendiri kat impian aku tu..haha..macam tak logik la pulak..

Hari2 aku berkepit dengan kucing kat umah..

Kalau kat u lak, kalau boring mesti cari kucing..

Pantang jumpa kucing liar, mesti aku tegur.. kalau jinak, siap aku dukung2 lagi..

ni buktinya!!pic2 ni aku snap masa otw nak balik yu tadi..jumpa kat kedai makan, terus aku "beramah mesra" dengan dyekor walaupun dyekor tak peramah pown..:p



Agak2 menjadi ke impian aku ni…??

Ok, berprinsipkan moto “nothing’s impossible”, aku akan coba2 merealisasikan impian ni yer.. pasni kalo jumpa kucing kat kafe, aku nak wat tak tawwww je…hehe (ye, aku sendiri pun tak percaya aku leh wat tak taw..)

UniMeOw: setiap kali cuti sem, aku jadi tukang bela lemak, setiap kali hujung & awal sem, aku jadi tukang bina otot…:p

*doa bila susah hati, & bleh diamalkan bila2 pun..:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...