Monday, 30 May 2011

Dilema anak bongsu

Bile sebut jer anak bongsu, pe yang 1st terlintas kat otak korang?
tengok,,yg besar senang2 tdo ateh katil..cian yg kecik aw...>_<

Mesti korang akan bayangkan manja, malas, nak pe sume dapat, pantang mengalah, kuat merengek, cepat nangis, xbertanggungjawab, selalu relax2…kan3x..?
(tahniah pada yang x pikir macam ni,,hehe)

Selalu orang pikir anak sulung la susah. Kena tunjuk contoh kat adik2, kena rajin, uruskan adik2, kalo parents xde, anak sulung la yang mek alih peranan parents.. yer2, aku xnafikan sumer tu..

Tapi korang taw tak, sebenarnya bukan mudah taw jadi anak bongsu. Anak bongsu kadang2 lagi berat tanggunjawab n dilemma yang dia kena tanggung…huhu

·         Kalo abang/kakak berjaya
mak ayah akan harap si adik menurut jejak langkah abang/kakak dia.
“Nape malas sangat nak studi ni?ce tengok along, rajin…macam tu la baru leh dapat straight a..”
“ya Allah,,kotornya kasut sekolah…ce tengok angah tu, kasut putih tiap2 hari!”

·         Kalo abang/kakak  xberjaya
yang ni pon sepasal jugak, kalo abang/kakak x berjaya lam akademik,karier or pape je la, si adik akan jadi harapan terakhir mak bapak..huhu ingat senang ke jadi harapan terakhir?


·         Xboleh buli”
selalunya sorang abang/kakak memang ada naluri semulajadi untuk membuli. Dyorang xpe la jugak, ada adik untuk dibuli…anak bongsu? Huhu…buli kucing boleh la…sob3,,

·         Xboleh melawan
kalo adik cakap pape, abang/kakak boleh melawan. Adik akan diam coz takut dicepuk. Kalo abang/kakak yang cakap pape, berani adik melawan? Nak makan selipar cap tomyam free..?huuuu…


·         Kena tunggu turn
kalo sebut bab turn, adek bongsu la yang paling penyabor…coz pape hal pon slalunya dia la yang last..
errr,,sebenarnya aku nak focus bab kawen. Adik selalunya akan tunggu abang/kakak dia kawen b4 dia gatal2 pikir sal kawen…hehe tapi zaman sekarang dah x kesah dah semua tu…lalalaa~

·         Tyme raya
ni yang paling xbest. Tyme tunggu nak salam abah ma,aku la yang paling last..huhu dah la tu, kalo mintak mahap mesti la yang muda kena mintak mahap kat orang tua,,,mana aci!! Orang tua pun ada wat salah woooo…tapi stiap kali raya asek akuuuuuu je yang kena mintak mahap! (tapi yg bestnya anak bongsu xyah pk2 nak bajet duit utk adek2…haha)

UniMeOw:syukur je la ngn pe yg ada…huhu

Teori cerpen/novel Melayu

Family aku memang suka membaca. Wah,,,skemanya intro..haha
Siyes, kami memang suka membaca. Tapi bahan bacaan kami ofcos la mende2 yang xperlukan kami pikir banyak2.
Membaca amalan mulia,...hehe

Kami suka baca novel,,,,siri Harry Potter 1-7 sumer ada kat umah!

kami suka baca cerpen.. banyak giler buku antologi cerpen kat umah, termasuk la buku2 sastera zaman mama sekolah dulu..haha

kami suka baca komik…dulu kami sumer (kecuali abah mama) gila ngan komik Dragon Ball..aku xlayan sangat citer DB kat tv..aku lebih enjoy baca komik..

kami suka baca paper…errr,,,abah la,,n kakak. Aku baca bahagian hiburan je..haha ruangan sukan aku x sentuh langsung! :p

n yang paling penting, aku xsuka baca buku ilmiah!boringgggg....
hehe kucing ni lagi rajin dpd aku..

conclusionnye, aku n adik beradik memang suka sangat membaca, especially citer fiksyen..hehe

Sepanjang menceburkan diri dalam bidang bacaan nie, aku macam dah boleh agak pattern citer Melayu. Especially novel/cerpen cinta..bukan semua, tapi selalunya novel n citer Melayu macam nie la:

·         Hero kaya, heroin miskin
yang nie memang buat aku muntah ijau r….hampir semua novel macam ni. Tapi yang bestnya hero xpandang rendah kat heroin. Kalo pandang rendah pun, at last jatuh cinta gak…weeekkk~
heroin lak miskin bukan sebarang miskin…memang miskin sampai tahap kena numpang umah hero la..dasat2..

·         Hero baek giler, kalo at 1st playboy pon mesti tobat jugak
yang ni wajib dah. Cuba la buat hero tu penagih dadah ke, peragut ke..ape,ingat dyorang x reti bercinta?

·         Heroin cantik giler
salah satu ciri heroin yang kena ada- putih! Cis10x!! membuatkan orang yang hitam x putih macam aku ni dipinggirkan jer…hehe :p

·         Hero tu 1st tyme jatuh cinta
ha’a,,ni sepasal…kononnya dah umo 26 taun, tapi xnah kapel..kalo pompuan aku caya gak, ni laki kowt...ada ke manusia macam ni?huhu…


·         Hero tu CEO syarikat bla3x…
aku yang xpernah mengenal erti CEO ni pon dah tau ceo tu apa…xpon hero tu anak bos syarikat..then suke ati dia jer nak g ofis lewat ke, awal ke…nak g dating ngan heroin dulu ke…grrrr


·         Selalunya heroin tu anak dara lagi, even dya dah kawen..
hah,,yang ni lagi bes..even heroin tu dah kawen ngan orang lain b4 ni, mesti ex-hubby dia mati masa pas akad nikah, xpon xdatang tyme majlis perkahwinan, lari..n alasan paling best:laki dia sebenarnya gay!!haha..so nak xnak dyorang akan cerai n heroin pon jumpa la dengan hero..hmmm


·         At last kawen
biar la dihalang dengan ikan toman sebesar klcc pun, at last mesti hero n heroin tu kawen jugak…=_="

·         Kalo awal2 citer dah kawen, mesti dyorang xrela…
selalu sangat10x dah novel macam ni! Kalo x kawen kontrak, kawen paksa..mula2 nyampah kemain, last2 opppssss…x sengaja ter….pastu jatuh cinta..lalalala~
owh,,aku dah dewasa! :D


·         Mak mentua garang giler, x pon baek giler
kalo baik,,baik sangat..tapi kalo dah jahat…hmmm…


·        Even terpisah 15 taun pon,1 day mesti jumpa gak…
siyes,,,dalam novel memang macam nie. hero sanggup tunggu…kalo heroin yang sanggup tunggu xpe gak,still boleh dipercayai…hehe..tapi xpe la,hero macam ni la aku cari lam realiti idop aku..mana maw cari?xde punya..hahahaha

·         Epi ending
Seperti yang dinyatakan di atas, biar runtuh langit ke7, biar kucing digigit tikus, biar terbit matahari di utara, last2 mesti epi ending jugak novel/cerpen tu…
~~~the end~~~



UniMeOw:ni buat kebanyakan novel/cerpen Melayu,,,bukan semua k…

Friday, 27 May 2011

Spekulasi2 ke’single’an aku…muahahaha~


    Study dulu….
Hehe bagusnya kalo ada orang berbaik sangka ngan aku macam nie..haha
erm…xtaw nak cakap betul ke x..ada orang memang boleh study+b’cinta dalam satu masa, tapi aku x boleh la…jatuh pointer kang,,,maw nangis mama…huuuuu :’(

juz don 1 banana fruit 2 times...:p

  Jual mahal
Cis,,bengang betol bile orang cakap aku jual mahal..ermm,,,tapi bagi aku better jual mahal daripada digelar murah..oppsss~
Ehehmmm..aku x jual mahal k,,,or lebih tepat lagi aku x jual pape..lalala~


X laku
     err…yang ni spekulasi ker? Macam betol jer..haha…
aku slalu pikir camni, “aku x bminat ngan sesaper pon,n sesaper pon x bminat ngan aku..haha”


Terlalu bz dgn kucing
     err…yang nie…aku macam setuju jer…eheh….
ha’a kan..naseb baek aku xde bf, kalo x mesti dia beliau borink kapel ngan aku..sepanjang masa bz ngan kucing jer..huhu


Anak manja
     eleh,,,ramai jer anak manja yang kapel…nape aku lak yang dituduh sedemikian rupa?owhh…
cup, bile lak aku manja? Grrrrr….



      Kapel itu haram..!!     
     hah,,,dengaq tu,,kapel tu haram la wei!!
(sesaper yang kenal aku mesti nyampah ngan ayat aku di atas..haha)

Dan macam2 lagi la andaian npe aku x kapel..tapi bagi aku, x kesah la orang nak cakap apa pun. Aku ada alasan aku sendiri. Yang pasti Dia taw pe alasan aku tu..huhu

Lain kali aku cter sebab sebenar ek…

UniMeOw :akulah selemah2 hamba, dah tau salah g buat jugak.. Astaghfirullahalaziim… 

Wednesday, 25 May 2011

Wahai orang baik2, hati-hatilah…:)

Situasi 1
B masih baru di surau itu. Bukanlah manusia yang kerap kali ke surau, tetapi mempunyai keinginan untuk kembali dekat dengan Penciptanya. Sempena majlis tahlil, B membawa alQuran tafsir yang sudah mula menjadi teman setianya.
B duduk bersama2 jemaah lain di surau itu.
“Ape la dia tu, orang baca tahlil dia bawak Quran tafsir!” kata A sambil menjeling ke arah B dan tersenyum sinis. B tunduk tanpa berkata apa-apa. Tiada keinginan untuk melawan seorang yang sudah tentu lebih tinggi ilmunya berbanding dirinya.

Situasi 2
A berbual-bual bersama rakan-rakan. Tiba2 telefon bimbit A berbunyi, masuknya SMS.
A tersenyum setelah membaca SMS tersebut lalu dengan bangganya berkata “ada orang tanya pasal agama lagi. Aii,,biasa la dah jadi ustazah nie..” A merasa gembira kerana sudah boleh digelar ustazah walaupun masih lagi belajar.
A memang cantik, muka bersih, berkarakter sopan dan membuatkan mata-mata terasa sejuk memandang. Tapi…

Situasi 3
kuliah fardu ain akan dimulakan tidak lama lagi. Muslimat diminta menyelak “langsir” yang membahagikan kawasan jemaah lelaki & wanita. Seorang jemaah wanita segera bangun dan menyelak langsir tersebut.
Pada kelas fardu ain yang khas untuk wanita sahaja, A yang sememangnya mempunyai sifat kepimpinan menegur muslimah dengan ayat ini: “perempuan yang xpakai stoking jangan gedik2 nak bukak langsir! Kalau kaki tu lawa xpe la jugak..”

Situasi 4
B yang baru ingin mendalami Islam menghantar mesej kepada seseorang yang mendapat jolokan “ustaz” daripada rakan2nya untuk bertanya tentang kekeliruan dalam amalan Islam. Setelah lama menunggu, hampir setahun, mesej itu tidak dibalas. Tidak mahu buruk sangka, B berfikiran si ustaz itu mungkin sibuk dengan urusan hariannya.
        Malangnya, satu hari B terserempak dengan rakan muslimahnya yang tidak kurang cantik sedang elok2 berchatting dengan si ustaz. Menurut rakannya itu, selalu je si ustaz ni chat dengannya..siap cakap nak datang rumah lagi..=_=”

Okey2, dah la kot bagi 4 contoh. Nie semua contoh je k..kalo betul pun macam la aku nak gtaw..haha 

so aku nak pesan, wahai orang2 yang alim lagi bijaksana…berhati-hatilah dengan ketakwaan yang kamu tunjukkan pada dunia. Aku bukanlah sesiapa. Tutup aurat pun x sesempurna kalian, aku sedar.

Tapi agak menjadi masalah bila kita yang baik nie memandang hina pada yang x sebaik kita. Kadang2, kebaikan kita tu buat kita rasa kita lebih baik dari orang lain.

Ya, korang betul. Aku salah. Tapi cara menegur tu biar berhikmah.
Aku x rasa aku akan berubah dengan melihat pandangan serong korang kat aku.
Maaf jika terlanjur kata.


UniMeOw: “aku” di atas bukanlah merujuk aku secara mutlak..hehe dan contoh ni xde kena ngena ngan sesaper pun..tipu!!

FaceBLoG??wats dat??! :o

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit

Nah mek ko!!Aku Copy paste tros,,kan senang..lalalala~


UniMeOw:Nak taw lagi sal Faceblog nie? nak join jugak? meh sini meh...ahaks~:D


Monday, 23 May 2011

Format Penulisan Diari Aku

Waarrgghhh…..aku malu giler rini..malu sangat2…malu yang teramat!!!! Tidak pernah ku sangka aku akan mendapat kemaluan yang besar pada hari ini!!! L oh Tuhan,,,kenapa mesti aku yang hadapi semua ini…kenapa bukan orang lain..kenapa bukan kucing je yang menghadapi peristiwa ini….uhukkk2…
siyes aku malu giler!!! pic from cik google..

Kenapa la aku bleh wat mende2 camtu depan orang…teruknya aku nie..

Xtau dah macam mana nak keluar bilik. Malu yang tersangat2 nie! Rasa macam nak sembunyi muka dalam poket jer…huk3…

Yang si dia tu pon,,,gatal gi tengok aku tu pehal??? hei budak!! Hei orang tua,,!! kalo ko x tengok aku, xde la mende nie nak jadi taw..!! aku taw la aku comel, xyah r tengok aku camtu!! Sebab ko la aku dah xnak kuar bilik taw!! 

Lagi 1, dah taw mende tu akan memalukan aku, xyah r tengok2 then bisik2 kat kawan ko! Then xyah la bagi pandangan bermakna sampai aku terpaksa tunduk buat2 x faham!! Haduuuiiiii,,,malu la weyh…setiap kali terpikir mende ni, aku rasa macam nak terjun bangunan meja (meja yg paling rendah) huhu...
Maluuu…….:’(


RASIONAL

Okey2,,,uni,,aku paham perasaan ko. Malu kan? Ok, sekarang ko relax, tarik nafas….jangan pikir lagi sal mende tu…

1st,aku rasa xpayah la ko tanya “kenapa” kat sini..memang Allah dah takdirkan nak bagi kejadian nie kat ko. Anggap la ko insan bertuah kerana terpilih. Mungkin Dia hanya nak uji hamba-Nya, nak tengok, setakat mana hamba Dia nie redha ngan ketentuan Dia.. jadi, bila ko termasuk salah sorang hamba yang diuji, sepatutnya ko bersyukur. (Coz kita taw Allah tak abaikan kita camtu jer kat muka bumi neyh..) Bukan tanya “kenapa” seolah2 Allah tersilap pilih orang. Dia takkan pernah silap, ko pun taw kan..?

2nd, anggap la nie sebagai peringatan kat ko supaya ko x sombong sangat dengan orang pasnie. (cup,,bile lak aku sombong???!!!)

3rd, ko sebenarnya bertuah. Embarrassed event selalunya akan mematangkan kita..betul…pecaya la..siyes! Apa yang ko susah hati sebenarnya? Orang nak gelakkan ko? Aku rasa, tu memang hak dia nak gelak kat sapa2 pon. Siapa kita nak halang dia? Ko malu dia ce citer kat kawan2? So what? Bukan ko yang kena tanggung dosa dia pun.. 
dah taw dia nak gelak, yang ko g layan pon watpe..cuba wat xtaw jer, biar dia gelak sorang2. Ha,,last2 dia gak yang malu sdri t..lagipon, ko bukan cam pun muka dia kan…haha so lantak la dia nak pandang slack kat ko pon lepas ni.

4th,cadangan aku camnie la..ko pikir camnie: “kalo dia gelak n citer kat semua orang pasal mende tu,,,,ada efek akidah aku ke? Ada kaco fmly aku? ada susahkan ati mama abah? Ada wat kucing aku kelaparan? Ada mengganggu penjualan aiskrim? Ada merosakkan paru2,jantung mahupun limpa aku? xde kan….so lantak la! Lalalala~

~TAMAT~

Yeah,,beginilah format diari aku..setiap perkara negatif yang kita fikir, mesti kena rasional balik. Jangan biar terus menular dalam diri..

UniMeOw: haha ni nak publish, ayat kat atas tu cover2 r…kalo diari betol,,hmmm…

Sunday, 22 May 2011

Saya dah jadi cikgu!!! :D


لسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُl 
Alhamdulillah,,,hari ini, 22 May 2011 aku telah berjaya menjawat jawatan sebagai seorang guru…
Betapa gembiranya hati ini, hanya Allah sahaja yang tahu..

Kalau aku ce citer kat mama, kat abah, konfem monfem dyorang akan hepi giler..
Melihat anaknya mendidik anak bangsa..

Yer la kan..siapa sangka…
Anak dia yang tak nakal nie dah dapat mengajar orang lain..
Alhamdulillah…

tapi.....

Err,,,nie sumer hanya gambaran dalam imaginasi aku jer..
Memang la aku dah mengajar orang hari nie, tapi bukan ngajor kat skolah..huhu

Aku ajar dia memandu je la wei!!
Huahuahua…

berangan seketika jadik mrs puff..hehe

 Yang paling xleh blahnya,,,cikgu memandu la konon nie,,,nak isi minyak pon payah.. 50m lagi nak masok simpang aku dah ready ngan gear 1..maw nangis keta tu..huhu

Nak tarik handbreak pon x larat..siap mintak tolong orang…

Nak kuar dari tempat parking pon takot..takot terkena ngan keta seblah…adeh…

Tp xpe la,,lupakan sumer 2..
Yang penting “I LOVE DRIVING!!” :D
 nyway fiey,,,thx 4 belanja nasik goreng..lebiu muah2!!! <3

seb bek studen aku x macam nie...fuuhhhh

UniMeOw:majulah driving untuk negara..hehe 

Saturday, 21 May 2011

Lagu tema Blog Pencinta Kucing

Saya ada kucing ekornya panjang
Bulu warna putih cantik bebelang
Bila saya panggil dia pun datang
Tersangat manjanya saya pun sayang
meOw2:bobo, owner:vindmazlan

Saya beri makan nasi campur ikan
Dia minum susu riang selalu
Jaga waktu malam tidur waktu siang
Bulu putih susu saya pun sayang

meOw2:caty, owner:anis suraya
UniMeOw: pic cute mute kedit to page Kami Pencinta Kucing 
(my feveret page!! >_<)

Kalau ada jarum yang tumpul



Kalau ada jarum yang tumpul,,
jangan disimpan di dalam peti..
kalau ada jarum tu betul2,,
buang je la,,tunggu pe lagi!! >_<



Kuang hasam punye jarum!! Dah la ak kalut nak g exam pagi,,dye pulak wat hal..haipppp~



UniMeOw: aku yang bangun lambat,,jarum pulak yang disalahkan..huhu 

Wednesday, 18 May 2011

Nekochan cayangku...!!!! ^_^

Nama penuh: Nekochan

Nickname: Neko, Eko, Anak Lori Tanah, Penyamun (kadang2 angah panggil dya musang utk menaikkan kemarahan aku...grrrrr)

Umur: x sure…coz bukan penduduk asal umah..

Makanan kegemaran: Nasik+ikan rebus or ikan goreng

Makanan dibenci: ikan pekasam…bucuk!!

Port kegemaran: dalam plastik, atas tv, atas pc, atas lappy,atas kelambu abah,longgokan baju x lipat..
Budak buaih ni mmg pantang nmpk lappy!! >_<

bangganya ada meow2 yg bminat belajar memasak..haha

Baju2 yang lambat dilipat akan menjadi tilam Neko secara rasminya..huhu


Tentang nekochan:

·         Bukan warga umah aku yang asli. Kalo wat ic,,bukan kaler biru la..

·         Dijumpai oleh mama kat tepi jalan..hampir dilanggar oleh lori tanah, tapi driver lori tu baek sgt…dia beliau sanggup break mengejut..mama ikut blakang lori tu,,heran la pesal lak lori ni..upa2nya beliau break semata2 kerana sekor anak kucing kecik yg belum mengenali erti bahaya…

·         X comel langsung masa mula2 sampai kat umah. Kurus, cakap banyak. Asyik kena buli dengan Eddy jer..xnak maen,,,nak makan jer..hmmm..

nie masa mula2 dtg umah aku...xcomey lgsung!!
bila besar cun la plak..:p



cian sgt waktu ni...kecik2 lagi neko dah tpisah ngan ibu dya..
so bila dya jumpa Goten (kucg oren),,dya macam nak minum susu Goten..
p/s:Goten 2 jantan k...huhu



·         Dianggap adik kepada Eddy…1st,sebab kaler hampir sama.. 2nd,sebab sama2 kucing jalanan..:p

eddy n neko...abang-adik..:)


·         Masa mula2 datang, kami x berani bagitau abah yg mama bawak alik Nekochan…so kami cakap Nekochan yg datang sendiri..abah ingat ni adik Eddy..hehe lama gak la abah tertipu!

·         Kisah kedatangannya terkantoi pada 1 hari…abah kutuk Nekochan 2 "pendatang haram"…mama tetiber xdapat mengawal kemarahan,mama pun cter la Nekochan ni dijemput dgn seikhlas hati oleh mama,,bukan pendatang!!grrr… (mama ni pun 1,,ce citer dari awal..hehe)

·         Sekarang Nekochan nie sangat aktif, xleh dok diam kecuali masa tido..asyik berkungfu je..xkira masa,walau di mana jua…huhu

rak baju pon jadi gelanggang kungfu dyorang...huhu
sabor je la...


ngan achik pon neko marah..haha pantang kena ucik!!

·         Telah menjawat jawatan “pencuri yang berjaya” kat umah aku… naik meja makan tanpa segan silu walaupun di hadapan tuannya yang konon garang ini..huhu (depan abah dia x berani lak..huh!)

·         Maintain kurus walaupun x diet..kalau bab makan dia no. 1..mungkin kadar metabolisme tinggi kot..maklumla..rajin kungfu..

·         Mata dia cantik sgt,,macam pakai eye-liner..kalau aku buang tebiat pakai eye-liner kat umah,Along gelak…coz dia kata mata aku macam Nekochan..ampeh!
kena buli ngan czen aku..hehe


·         Slalu dok lam umah coz sentiasa menjadi bahan buli Gomey..

 UniMeOw: rindu neko!!!nak balik~~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...