Monday 18 June 2012

My Cayang2~~ (Part 2)

7. Elo
Sekarang Along panggil dia Uuu sebab dia suka bunyi “uuu~~” masa makan. Badan punya la besar,,tapi childish lagi ni.. manja, kuat nangis, suka maen plastik ngan adek dia, si Leo..

8. Leo
Adik si Elo. Badan kecik sikit, tapi semangat nak berlawan cukup tinggi! Bukan sekali dua dia belasah Elo, sampai kadang2 nangis si Elo..haha.. kemahiran Leo yang paling terer ialah “berdiri untuk memanjat tuan”. Kalo kita gosok2 kepala dia, automatik dia berdiri…hik3..


9. Onin
Nama sebenar dia ialah Che Nin (sempena nama watak lam citer Kak Limah). Aku yang cadang nama tu, tapi aku gurau2 je. X sangka lak Along setuju. Penat jugak la bertekak ngan Along sebab aku x berkenan nama 2. At last, mama jadi pengadil..
Ma cakap kita terima nama Che Nin tapi kita panggil Onin bagi dengar manja sikit…grrrr…




Dyekor 3 beradik ni (Elo, Leo & Onin) ni kucing Along kat umah sewa dia sebenarnya. Tapi ibu dyekor (Cici) xmo bela, maybe masih xdapat menerima hakikat bahawa beliau telah melahirkan anak luar nikah. So, Along pun bawak balik dyekor ni. Kebetulan aku cuti sem 4, so secara automatiknya aku dilantik menjadi baby sitter…




10. Uni

Hehe jangan xtaw, aku x kesah meletakkan nama sendiri kat kucing..:p
Ni anak Gomey, nakal sangat! Xsesuai ngan nama dia..eheh..:p


11. Jebat

 Memuler aku nak bagi nama Tuah kat dia.. sebab aku minat Dr. Tuah Iskandar. Aku pon dengan excitednya citer la kat Achik “Chik100x~~ baby baru Gomey yang kaler oren 2 nama Tuah! :D”

“xboleh! Chik nak nama dia Jebat!” =_= (macam biasa, mesti nak bangkang aku..grrrr)
Bagi mengelakkan aku gado2 ngan dia hingga aku didenda membasuh baju2 bucuk dia, maka aku pon bersetuju…huhu


Baby2 yang lain, errrr aku pon xtaw ada bpe ekor..sebab aku xde kat umah. & ibu2 semua berusaha keras menyembunyikan anak masing2.. nanti la, aku balik nak check tengok bpe ekor..hmmm rindunya nak balik umah!!

UniMeOw: dyekor ni la penghibur hati keluarga aku…cayang dyekor cangat2!!! <3

12 comments:

Chic Na said...

banyaknya sayang dia. memang pencinta kucing nih. hihihi.. :)

aisyah nordin said...

banyak giler kucen rumah die...
rumah kak chah ade sekor je. name comel. tapi dah tua. dah 5tahun. tu pon kepunyaan along kak chah..
lepas baca blog adek rase nak bela kucen juga, sebab nak letak name kucen yang comels-comels..
tapi kak chah kurang sket ngan kucen.

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

banyak gak koleksi kucing ko ek.. umah ak sekor kucing pon xde :)

HUD AIKARA said...

alahai bestnya ada banyak kucing..mesti lucu dan meriah je rumah..comel-comel pulak tuh!

IntaNBerliaN said...

gambo bertiga tu comellah :-)

blog-tips-kurus said...

untungnya kucing2 tu dilayan 1st class.. :)

Zila Zainal said...

banyaknya miaow dia! ehhee.. kita ada miaow nama leo jugak.. kucing siam. tapi dah hilang :(

baru2 ni ada mak kucing beranak kat belakang rumah. haih laa kesiannya tengok anak2 dia. sape2 yang berkenan bagitau laa ye. kita bagi free je :)

Elih Japahar said...

Comel2 semuanya :) tapi napa nampak kurus ye..

Reena Sidek said...

byk nyer kucing... lepas ni sy nak baca part 1...

si leo tu sama dgn kucing sy suka memanjat tuan...

meowwmania said...

cecomelnya diaekor2 nih!! ^_^

Judh said...

teringinnya nak berbakti dengan makhluk Tuhan yang comel ni , sayangnya masih takot2 nak pegang si comel ni ! hehe . :)

Zila Zainal said...

rokiah, mak kita pun sangat takut dengan kucing. tapi sebab kita berkeras nak bela, dia mengalah je. ehhee sian dia.. :) dia teringin nak pegang belai2. tapi berani bila kucing2 tu suma tido je. heheheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...