Tuesday 7 August 2012

Ikan sepat ikan puyu

Kisahnya bermula pada satu malam... masa tu abah & mama p masjid. So aku pun masak la kat umah.

Masalahnya, aku xde idea nak masak apa kat abah. Kalo kat orang lain xpe, dyorang bedal je apa2 yang aku masak. Kat abah susah sikit, abah selalu pantang makan. Makanan2 yang x baik untuk kesihatan dia,,semua dia pantang. 

Setelah penat memerah otak, akhirnya aku mendapat satu idea bernas. Tetiber aku teringat, mama ada simpan ikan puyu dalam peti ais. Maka aku pun godek2 la peti ais, mencari ikan puyu..

Jumpa! Ada ikan puyu yang telah disiang, satu plastik! :D 

Maka, dengan penuh semangat jati diri, aku pun menggoreng ikan puyu tersebut sebanyak tujuh lapan ekor. 

Bila abah & mama balik, mama pun tanya.. “adik masak pa..?” (soalan wajib setiap hari)

“haaa..adik goreng ikan puyu kat abah! :D” (dengan penuh bangga)

“aik?? Bila pulak kita ada ikan puyu? Hari tu mama dah goreng semua dah...”

“ada la ma...satu plastik lagi tu ha..adik mek lam peti ais..”

“mana??” lalu mama bergegas melihat ikan puyu yang telah ku goreng.

“laaa ni bukan ikan puyu dik,,ni ikan sepat!!!”

Aku terpinga2..:o apa beza ikan puyu dengan ikan sepat?? Sama je aku tengok..huuuuu

Aku rasa macam nak hantuk2 kepala kat dinding bila mama menyambung, “abah mana boleh makan ikan sepat..ikan puyu boleh la...” 

Y_Y

Ni la akibatnya kalo x pernah dibawak ke market. Selama ni aku masak je segala ikan yang mama or abah beli. Xpernah la pulak aku kenal jenis2 ikan semua tu...huuuuuuu

sumber


sumber


Dan akhirnya, malam itu abah makan nasik berlaukkan sayur & telur mata kerbau..



UniMeOw: rupanya, sakit akibat dikecewakan tidaklah seperit sakit kerana mengecewakan insan yang dikasihi..

Sunday 5 August 2012

Percaya padaMU

Maha Suci Allah, kami tidak mengetahui apa-apa melainkan jika Engkau yang buat kami tahu. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui, Maha Bijaksana.

Hari ini aku pergi darimu kerana Allah,
semoga satu hari nanti kita dipertemukan kembali dengan izin Allah

Sungguh, aku mencintaimu..
tapi aku juga cinta pada-Nya..

Air mata yang menitis segera ku seka. Mana mungkin aku menangis kerana bersedih, sedangkan Dia lebih mengetahui? Siapa aku untuk ingkar pada-Nya? Aku tidak layak untuk mempersoalkan keputusan ini. Aku tidak tahu apa-apa, sedang Dia mengetahui segala sesuatu, Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi mungkin kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia baik bagimu, dan mungkin kamu menyukai sesuatu, padahal ia tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. “ (Al-Baqarah, ayat 216)

Ampunkan aku Ya Allah..Ya Rahman..Ya Rahim..
aku tidak layak meragui-Mu, bahkan aku yakin dengan-Mu,,
yakin dengan kasih sayang-Mu,
yang semestinya jauh lebih hebat berbanding cinta manusia..

“Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya kamu mengetahui. (Al-Ankabut, ayat 64)

Maafkan aku,,aku tidak sekali-kali terniat menyakiti hatimu..
Cuma jalan yang kita tempuhi ini salah. Yang salah tetap salah.
Lalu aku cuba menjemputmu ke jalan yang benar. Haluan yang diredhai.
Izinkan aku menarikmu dari terus hanyut dalam permainan dunia.
mari mengejar sesuatu yang abadi…


Mari mendekati-Nya,,,mari mencintai-Nya..
Mari mencintai kerana-Nya..
Mari pendamkan dulu cinta ini, hingga ianya menjadi sah di sisi Ilahi..

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran.”
(Al-Baqarah, ayat 186)

Cukuplah Allah bagi kami, dan Allah sebaik2 tempat berlindung..


Maafkan aku..

Friday 3 August 2012

Kisah Sultan Brunei

N3 ni aku cilok 100% dari fb. (jom like page ni..)

Nak share satu kisah menarik. Semasa tazkirah solat tarawih semalam, ustaz ada cerita pasai Sultan Brunei. Info ini dia dapat daripada sahabat beliau yg baru balik dari negara Brunei setelah berada di sana selama 2 bulan. 

Ceritanya begini, Sultan Brunei bila dia akan pergi ke mana2, sama ada dalam negara atau luar negara, baginda ada membawa seorang Tok Imam. Tujuan baginda bawa Tok Imam ni dua perkara.

 Pertama, Baginda boleh solat jemaah. Kedua, Baginda mahu mendengar tazkirah drp imam sekurang-kurangnya 1 hadis nabi atau ayat al qur'an selepas solat. 

Baginda akan batalkan utk pergi kemana2 jika Tok Imam tak boleh ikut serta.
So moral dia, Sultan yang paling kaya dalam dunia pun ikut ulama'..

UniMeOw: bila agama ditolak tepi, berlakulah maksiat setiap hari.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...