Wednesday 29 February 2012

28 Februari 2012 – Hari Pembaziran Air Mata (oleh aku je)


Semalam aku kena cakaq meow2.. nama dia Tokin. Dia memang otai.

Camner leh kena cakaq? Aku akui memang disebabkan kebodohan sendiri la.. plus, aku x ikut pesan abah..huhu dan ni la balasan yang aku dapat..

Aku nak jadi heroin, konon nak selamatkan Kiko dari kena belasah ngan Tokin. At last aku yang jadi mangsa keganasan Tokin yang x bertempat tu..sob3..


Pas kena cakaq tu, terus aku masuk bilik. Malu. Ramai jugak budak blok aku yang bukak pintu, sebab terkejut dengar aku menjerit.

Bila dah masuk bilik, darah menitik2 kat lantai. Nasib baik ada rumate aku, berani orangnya.. Farah, junior aku. Dia yang lapkan darah & pujuk aku supaya berhenti menangis. Dia jugak yang pujuk aku pergi PKU (Pusat Kesihatan Universiti). Dia jugak la yang temankan aku naek bas g PKU, juga pujuk aku dalam bas sebab malu,,nangis dalam bas.

ni masa mula2 kena.. Farah yang tolong lap..huhu...ni bukan darah period k!!


Aku merayu2 kat doktor, jangan la jahit.. aku takut sangat.. seumur hidup aku x pernah luka sampai kena jahit. Aku selalu berdoa semoga dilindungi daripada kena jahit. Sungguh, aku takut sangat2. Pesakit2 lain pandang je aku nangis2 kat PKU tu. Aku tebalkan muka. Dah memang aku takut, nak wat camner..


Masa kena jahit, aku tutup muka dengan bantal kat PKU tu. . takut nak tengok. Tangan kanan pegang bantal, aku gigit jari tangan kiri supaya x menjerit.. cis, baru aku perasan aku gigit jari kiri..ptuihh!!! Sambil tu aku menangis lagi..tak ubah macam budak darjah 1 kena buli dengan budak darjah 6.

“ishh..malu la nangis macam budak kecik..” kata doktor. Huh, nasib baik ko yang tolong aku doktor, kalo tak dah lama aku cilikan mulut ko..


Pas kena jahit, doktor suruh aku pergi kat meja dia. Bajet aku senang2 je ke nak jalan..grrrr… dia nasihatkan aku jangan banyak berjalan, sebab takut kaki bengkak. Aku pun mintak la MC, sebab esok (hari ni) ada 3 kelas. Nak taw apa jawapan dia?

“alaa xpayah MC la..kamu kena cakar je pun, bukan kena gigit..”

Mana dia taw Tokin x gigit aku?grrrr.. sungguh aku langsung x faham, kenapa doktor kat U payah sangat nak bagi MC? Apa ganggu gaji dyorang ke kalo bagi MC??

Aku pun blah dari PKU, tunggu bas dari pukul 2 sampai 3.30.. nak gerak pun sakit. Lintas jalan macam kura2. Tunggu jalan clear dulu baru aku lintas. Masa tunggu bas, aku menangis lagi. Tapi kali ni nangis cover2 sebab ramai orang…huhu

Sampai je kat bilik,,aku tido pas makan ubat. Sakitnya makin menjadik-jadik. Giler sakit. 

Aku cuba tido, doktor pesan kaki tu kena letak atas bantal. Punya la payah nak tido.. sebab sakit. 1st time aku rasa macam ni. Siyes. Bila dah boleh tido, aku terjaga pulak. Sebab darah dah meleleh kat bantal. Terus aku gtaw kawan2 aku, nak taw normal ke jadi macam ni..

Setiap "scene" yang aku citer lam n3 ni, semuanya aku menangis..huhu memang membazir!!

Tak lama lepas tu, Masyi datang bilik aku. Papah aku pergi bilik air. Kaki aku makin sakit. Then Mimi sampai.. dyorang yang tolong cuci luka aku, then letak ubat sapu. Huhu aku takut nak letak sendiri. Nak tengok luka tu pun aku takut sebenarnya.. tu pun ada orang still xpuas hati sebab aku xjadi doktor..waddafish..?


Fiey datang masa Masyi n Mimi tengah balut luka aku. Fiey yang tolong cuci darah kat kerusi.


Ni pas aku balik bilik..tQ Fie yang sudi cuci semua ni..sob3~

Pastu ada la kawan2 yang datang melawat. Kak Cu MeOw, Kak Una, Kak Fizah, Kak Aina, CT.. tqvm!!
Nasib baik ada kawan kannn…

tQ semua yang sudi datang melawat..

tQ masyi, mimi, fi, kak cu yang banyak tolong elly.. tolong beli makanan, tolong ambik air kat ely…tolong cuci luka..tolong gtaw lecturer..

tQ kak una sebab ajaq aku solat cara duduk.. masa sekolah dah penah belajar, tapi xpernah amal..huhu

tQ tuan sebab bagi moral sapot…

tQ jwa sb sudi reply mesej aku..

tQ semua.. tQ Tokin sebab cakaq adek..grrrr….adek xmo kawan Tokin dah,,sampai bila2!!! *tipu

Nie la Kiko..mangsa yang kononnya aku nak selamatkan..huhu
pic Tokin xde. aku dah ntaq pic dia kat Balai Polis..:p


malam, aku bagitau Achik.. 
aku tak gtaw abah n mama, aku xmo dyorang risau, plus, aku takut kena marah, plus, aku takut dyorang xbagi aku maen kucing lagi..huhu kalo dyorang yang larang, aku xleh ingkar..Y_Y

jawapan Achik..”ceh, lekeh betoi. Kena cakaq kucing pun sampai kena jahit..”

Hehe memang tu la jawapan yang aku nak dengar. Atlis dia tak risau…

UniMeOw: mesti ada hikmah semua ni terjadi..aku yakin..!

Friday 24 February 2012

Hepi besday Jwa!! :D


*errr sepatutnya hepy belated besday..besday Jwa semalam (23 Feb 2012)..huhu
1st of all,,sori sangat2 sebab aku lewat post n3 khas+spesel wat ang ni…sori k…
2nd,,ofkos la aku nak wish besday kat ang walaupun dah wish semalam.. errr ni versi wish-kat-blog lak..hihi


Semoga ang panjang umoq, dikurniakan rezeki yang baik dan halal, menjadi lebih matang, dan bahagia di samping orang2 tersayang (termasuk la aku..haha..)

Aku xtaw nak bagi hadiah pa kat ang..(bajet macam tiap2 taun aku bagi hadiah ja kan..haha)

Bagi lagu leh x? :p ni lagu spesel kat ang…



Sahabat (Deevotees)
Ku layarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang menyentuh emosi
*saaaangat indah
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hadirmu bawa sinaran cahaya inspirasi

Sahabat,,kau sesungguhnya
Temanku di kala suka dan lara
*siyes! :D

Tika ku buntu & diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan untuk ku ukir senyuman
Bagaikan embun hilang di terbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
*p kL nun!
Menggapai redha yang Esa

Duhai sahabat dengarkanlah bicara hatiku ini
Meski pun jarak memisahkan namun tiada noktah kasih 
*betol2,,jarak x efek pa pon..huhu
Biarlah waktu menentukan nilai ukhwah yang terjalin
Teruskan perjuangan ke titisan darah yang terakhir

Dan aku..masih di sini
*dok kedah x keluaq2!
Terus mendaki puncak tertinggi hidupku
Dan aku.. terus menanti
Saat yang manis akan berulang kembali
*amin..
Sahabat…

adeh,,nak tyak lak taip n3 ni sambil dengaq lagu ni..huhu (feeling terlebih..)

Dan lagi satu adiah kat ang…kata2 ni: 
“x sama antara kawan ngan sahabat..& ang adalah sahabat aku..”

UniMeOw: hepi besday G & Lee Kah Wai!! J

Wednesday 8 February 2012

In a Relationship with…


Baru2 ni aku letak “in a relationship with….” kat fb..
Macam2 respon aku dapat daripada kawan2..
“peeiiwwiiittt~”
“amboi…x habaq aku pon na..”
“sapa ** ni? Aku kenal ke?”
“bila nak kawen?”





Dan nie pulak respon dari sahabat2 aku..
“sape pulak yang kacau ko ni?”
“ko saja je kan…hehe..”
“ada orang wat hal ngan ko ke?”
“huh, ni mesti kes xmau kena skandal ni…”



UniMeOw: macam2!! haha… :p


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...