Friday 30 September 2011

N3 buat Ami~Mama x nangis!

Ami cayang~~

tQ sangat2 coz kamu sudi datang jumpa mama!!! Cyes mama xcted giler ehemmm,, x xcted langsung tyme kamu datang cni..betol nie!!haha

lama giler kite x jumpa kan, x makan sama, x tido sama, x mandi sama, x gado sama, x ketawa sama, x citer sama, x mam eskrem sama, x lepak sama, x shoping sama, x snap pic sama, n macam2 lagik la!! Mich u so much!! & bile kamu datang, sume kite wat sama2!! Even dalam masa 2 hari..dasat kan?!

Ingat x masa kita turun mek nasik ayam?!haha..

Crush

tQ bagi gelang comey tu kat mama…mama suka sangat2!! Err pas ko balik, hari2 ma pakai gelang tu taw…setiap kali keluar mesti ma pakai..(doakan dia x putus!) tapi tapi tapi tapi tapi gelang tu nakal macam ko gak, suka tarik bunga2 kat beg mama,,huhu… so mama terpaksa pakai gelang tu kat tangan kiri (sebab mama galas beg belah kanan)..n ma belajar pakai jam kat sebelah kanan..setiap kali nak tengok jam, ofkos ma akan tengok tangan kiri,,sebab dah biasa letak jam belah kiri..setiap kali silap tengok tu la ma akan nampak gelang kamu bagi…n setiap kali silap tu la ma akan ingat kamu…(ma x nangis!)
gelang kesayangan mama skg!hehe...tangan aku mesti la yang itam tu..lalala~

tQ gak coz bagi brooch rama2..ma suke sangat2 jugak! Eh,benda pe yg ko bagi ma tak suke?huhu… ma pakai selalu jugak, setiap kali bukak brooch tu,,ofkos la ma akan ingat kamu! Hehe…(ma x nangis!)

Malam pesta konvo, ko sanggup xmakan sebab tunggu ma..huhu..ma bad mood giler sebenarnya malam tu, sebab tetiber je ade meeting.. Ma paksa gak ketua group mama wat cepat2.. asalnya meeting tu pukul 9, tapi ma buat alasan macam2 soh dyorang wat kol 8.30..hehe padahal aku bukan ade hak pape pon..wakaka~ xleh blah! Ko pun sedar kan, muka ma pucat macam mayat innocent giler malam tu, x mekap langsung! (sebab ma bad mood!grrr..) Hahaha… tingat zaman KMK kan…:p

innocent x ma?hehe...

Sowi sangat2 ma cuma mampu beli tshirt murah yang dah kotor..no choice! Sori….ma x kesah pun kalo ko dah xnak pakai…huhu… tapiiiii,,,,baju kite tu wajib pakai taw..sebenarnya ma dah pakai pun tadi..haha.. nanti bila jumpa lagi kite pakai baju tu aww…x sabar nak tunggu pakai baju tu dengan ko! ^_^

Bile ko balik,,,sori sangat2 ma tros naek tangga xtengok ko.. yela,,ma kan x nangis! Hehe…

Walaupun kite jumpa kejap je,,walaupun kita diganggu oleh hantu (tu la,,ko x baca doa b4 datang kat ma!haha..),,walaupun ko buli kikin,nyunyu,fifi n momot aku,, tapi ma betol2 epi leh jumpa kamu!! tQ cayang….

Len kali kita plan jumpa ngan myLiver lak k…mich u all sangat2!!!!!

Uni taw kLong x suke publish pic..so org yg kenal kLong je taw mana 1 kLong..:)


K,,asemen ma x siap g nie!  K la yunk, laen kali kalo ada n3 pasal kite lagi ma post kat fb kamu yer..haha…lebiu ketat2!!! Muah,,muahhh,,muaahhhh~~~ xoxo!

UniMeOw: pic kat fb kamu x bermakna Mon jatuh tangga kedua dalam ranking anak-kesayangan-mama k…lalala~

pic yg ma maksudkan..:p

Sunday 25 September 2011

Manusia aneh:merungut bila diberi rezeki


“alamak,,hujan la…orang baru je jemur baju!!”
“hujan la pulaakkk….ingat nak g gym rini..huhu”
“aiseh,,time ni la nak hujan..payung pun xbeli lagi..”

Asal hujan jer,,mesti kedengaran suara orang merungut..nape yunk,,,teruk sangat ke hujan?

Siyesly,,,aku sangat suka hujan…kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya bersyukur sebab selalu hujan..

korang nak ke jadi macam ni?


Or macam ni?

ke nak macam nie??
nauzubillah!!kesian la.....nasib baik kat malaysia x sampai tahap camni..
tQ Allah krn turunkan ujan...:'>

Kan Allah turunkan rezeki melalui hujan…tu pun maw merungut ke?
Aku lebih rela baju2 kat ampaian basah daripada kebuluran…huhu.. Tapi kalo sampai banjir tu payah la jugak ye..hehe…
pic feveret family aku..hehe
kedit pic:google image

Jangan banyak merungut cayang2 semua,,,,Allah tahu apa yang kita perlu! Cuma kadang2 manusia ni banyak sangat komplennyer…huhu

 Tapi kadang2 tu heran gak,,setiap kali aku xbawak payung je ujan..bila aku bawak payung xujan lak..

UniMeOw : alasan nak men ujan je tu..muahaha~

Saturday 24 September 2011

Teori Cinta Pertama Ayuni


*Teori yang dicipta oleh seorang pencinta kucing yang bernama Ayuni..

Teori Cinta Pertama Ayuni states that:
“semua orang mempunyai cinta pertama yang sama, iaitu ibu masing2..”

Aku mula mendapat ilham ni masa join PLKN, tahun 2008. Pada satu hari, sang arnab berjalan2 dengan kura2 ada sorang cikgu PLKN yang juga sorang polis menyampaikan kuliah subuh..

Dalam ceramah tu, dia mengingatkan kami betapa perlunya kita sebagai sorang anak menghargai jasa2 ibu bapa, dan dia lebih tekankan jasa ibu.

“Hargailah ibu selagi dia masih ada.. Saya dah hampir setengah tahun kematian ibu, dan sampai sekarang saya masih merasai kehilangannya..” aku dapat melihat air matanya bergenang..

Aku terfikir, cikgu ni berusia lebih kurang pertengahan 40-an, ada kerjaya, gagah perkasa, muka pun nsem lagi.. kalaulah ditakdirkan isteri dia yang meninggal, selalunya lelaki macam ni sekejaaaappp je menyendiri. Sekejaaaapppp je bersedih, lepas tu dia akan lupakan isteri dia tu dan jumpa pengganti. Apa yang aku tulis ni ialah yang menjadi kebiasaanlah, bukanlah bermaksud semua lelaki macam ni.

Tapi bila kehilangan ibu, dah lama ibu pergi pun masih meninggalkan kesan pada hati si anak. Benarlah, kasih ibu tiada pengganti..

Bukti2 lain yang menyokong teori aku ni:
·         Anak dapat mengenali sentuhan ibu dan dapat membezakan sentuhan orang lain
·         Anak akan berasa cemburu apabila si ibu melebihkan orang lain

·         Bila berjauhan, mustahil si anak langsung tidak rindu pada ibu

·         Bergaduh macam mana pun, ibu dan anak akan berbaik semula

·         Ibu mengenali anaknya, kadang2 melebihi anak itu mengenali diri sendiri

·         Walaupun kadang2 ibu tidak dipilih sebagai pendengar yang setia oleh anak, ibu sentiasa tahu apabila anak menghadapi masalah

·         Anak dan ibu tahu mereka saling menyayangi walaupun tiada lafaz “I love u” diucapkan, berbeza dengan kekasih yang sentiasa inginkan kepastian bahawa dirinya dicintai

 Kalau anda rasakan sukar untuk melupakan cinta pertama, ingatlah…ada “cinta pertama” yang lebih suci untuk diingat…
kasih ibu...tiada pengganti...
kredit pic 2 google image

UniMeOw : walaupun adik ni anak yang ketegaQ, adik cayang mama aw….huk3…

Friday 23 September 2011

Tragedi Kain Batik

Cuti sem baru ni aku tido 2 3 hari kat umah tok. Nak buat kuih raya dengan sepupu aku, Anis.

Satu hari Anis ajak aku pegi kedai. Kedai runcit tu sebelah rumah tok je, kami nak beli bahan2 nak buat kuih raya.

Aku sebenarnya agak segan sikit nak pegi kedai tu. Anak2 tokey kedai tu memang kamceng r dengan aku masa zaman budak2 dulu. Tapi bila dah besar ni kami segan la nak cakap2, sembang2 apatah lagi maen2 macam zaman kanak2 dulu..huhu xtaw kenapa, malu la….

“kak uni,kita pakai kain batik na..saja nak jadi wanita melayu terakhir kat kampung ni..hehe”
pic google image

“ermm,,ok..”

Ni la 1st time aku keluar rumah pakai kain batik.
Selalunya aku pakai kat rumah je la..


“kain tu kena pakai labuh sikit kalau nak keluaq umah..” tok menegur aku sebelum aku melangkah keluar. Nasib baik tok tegur! muahaha~

Pergi kedai, macam biasa aku blushing giler bila nampak kawan lama aku tu..huhu cakap pun sepatah dua je..tu pun pasal harga barang.

“eh2,, tu anak sapa?” kedengaran dua tiga orang kampung bertanya, hairan melihat orang asing di kampung mereka.

“tu la anak Mah, cucu tok ngah Kiah..” ntah sapa lak yang menjawab. 

Selesai beli bahan nak buat kuih, kami pun segera pulang.

Dan…

Bila sampai umah,,baru aku perasan…

Aku pakai kain batik tu terbalik!!!!!!!!!!

UniMeOw : patut la terasa nak blushing semacam…huuuu Y_Y

Khilafnya hambaMu ini...

Rini kerja lagi (aku kerja lab assistant, part time job)
6pm-8pm..

8pm, still ada customer, aku print kat dia…even kawan yang ganti shift aku dah datang..sebab aku dah print separuh jalan. Lagipun nak mudahkan kerja kira duit nanti.

Lepas siap kerja aku, cepat2 aku naik bilik. Masa tu dah 8.15pm..

Cepat2 aku wuduk, solat maghrib pun macam ayam patuk (bak  kata ustazah aku masa sekolah rendah)
Masuk rakaat ke2, aku cepatkan lagi bacaan, takut2 xsempat..surah lazim jauh sekali aku nak baca, baca alFatihah je…sebab aku rasa memang waktu dah sangat suntuk. Aku x sure isyak masuk pukul berapa..

Masa rakaat ke2 tu la,,aku dengar azan..
.
.
.
.
.
Tak taw nak kata apa…macam biasa, air mata je yang jadi sahabat setia aku…

Rasa sangat bersalah!

Bayangkan….

Sebab nak cari duit, aku terlepas solat.

Dan dengan duit tu aku makan.

Bila makan, duit tu jadi sumber darah daging aku..

Tapi…berkat ke duit tu?

Berkat ke duit tu? Soalan yang berlegar2 dalam mindaku…tak henti2!!

Berkat ke?

Ohhh…….God! 



Anda, anda dan anda,,,,janganlah jadi macam saya..

Memang duit tu penting, tapi kalo sampai tinggal solat,,,,


Kalo sampai Pencipta sendiri diletak tepi,,

Hebat sangat ke duit tu?

Uni,,,,duit x boleh wak masuk kubur!

Sejam aku dapat rm2.30, tadi aku kerja 2 jam..

Rm4.60.

Aku takkan guna rm4.60 dari gaji aku hanti!!

Nekad!

Fullstop!

Y_Y ..ampuni aku oh Tuhan… Y_Y

UniMeOw : ni baru part time job, belum kerja betul2 nanti…..ya Allah, kuatkan kami.....

Wednesday 21 September 2011

Aku dah Dewasa…!

Aku rasa,,ni la pertama kali dalam idup aku jadi camnie..

Aku rasa macam nak nangis tapi x nangis pun..

Pelik?!

X penah lagi jadi camnie..

Selalunya aku xnak nangis,,,tapi nangis jugak..

Kali ni terbalik pulak..
boleh x aku nangis camnie..?


Maybe ni tandanya aku dah dewasa kot…huhu

(nak gelak bangga tapi dihalang oleh rasa nak nangis)

waduh,,kecelaruan betul la aku ni!!

update: adeh,,,TERmenangis pulak di saat menulis n3 ni...huhu

UniMeOw: hanya dengan mengingatiNya hati menjadi tenang….

Saturday 17 September 2011

Kisah Dongeng (Stacy)

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
 yang jauh lebih megah dari diri ini
...

Apa yang mampu ku berhias
hanyalah hati yang ikhlas

Terpendam simpan untuk dia yang sudi


Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sendu...Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela


Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja


Belum pernah ku merasakan
dipeluk dalam dakapan

Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan 

kehadiran seorang teman
tulus mencurah kasih sepenuh hati...

Lagu ni ditujukan khas wat kawan fb ak, Zamri sebab aku selalu bukak wall dya semata2 nak dengar "abang nsem sora sedap" nyanyi lagu ni sambil maen gitar..haha

Juga ditujukan khas wat Najuwa yang sudah semestinya menghayati lirik,buka sekadar mendengar.

Tidak lupa,kepada Fie@Afiah Akfarinah yang turut meminati lagu ini...

haha macam la aku yang cipta lagu ni!!adeh~~

UniMeOw: sekadar kisah dongeng..kerna aku hanyalah sekuntum tulip yang tidak seharum mawar...

Monday 5 September 2011

Kesah Raya – aku, raya & macam2~


Sehari sebelum raya
·         Adeh,,,sehari suntuk masa aku habiskan dengan mencincang ayam dan daging! Haipppp~~(konon2 bergaya samurai..muahaha) macam biasa..ni la keja aku setiap kali raya.
·         Yang peliknya raya kali ni abah beli 3 ekoq ayam…huhu slalunya 2 ekoq ja…yang menjadi mangsa, aku la..mama bz buat ketupat..almaklum la,,anak bongsu dia ni mana reti balut ketupat palas..dah bertahun belajaq, xreti2 jugak… pas cincang ayam, daging pulak jadi mangsa ketajaman pisau aku…
·         B4 bukak posa terakhir tahun ni, aku sempat masak gulai ayam. Yang 3 ekoq tu…fuhh,,,express giler aku masak! Mama yang suruh cepat, sebab nak antaq kat kawan abah yang Cina tu…huhu
·         Pas solat maghrib, aku masak rendang daging pulak. Mama xsiap lagi balut ketupat. Aku lupa abah beli berapa kilo beras pulut..
  • dalam aku bizi2 kacau rendang tu la….berduyun2 manusia send sms raya kat aku…mesej cik najuwa kita je aku sempat reply..tu pun sebab xmo dia risau..huhu

·         Siap rendang, aku tanpa ragu2 lagi gtaw mama “adek nak tidoq”..huhu..dan sebelum tido itulah baru sempat aku mereply mesej kawan2…xsusah pun,,4ward je mana patut..x sempat aku reply semua aku dahzzzzzzzzzz…….

Raya 1
·         1st guest=pakcik aku, bersama 3 orang anaknya..
·         Anak2 pakcik (czen aku) telah menjadi jurulatih PLKN yang berjaya kerana berjaya melatih kucing2 aku berkawat dan melakukan rentas halangan!huhu….
·         Gulai yang aku masak xpress semalam basi! Mama cakap sebab aku tumis rempah dia kejap sangat….waaaa dah la 3ekoq ayam!!!! Nasib baik ada rendang..
·         Jiran aku datang. Masa aku keluar bawak minuman, semua mata terpaku ke arahku. Sebab aku xpakai baju raya. Slamber badak je aku pakai tshirt, kain batik, tudung lusuh,..hua3…ngan alasan, xnak baju kotor tyme hidang makanan..
·         Tyme bersalaman+bermaafan (fmly aku panggil upacara ni “beraya”), aku nangis. Ape lagi, si setan itam ngan setan putih* pun mula la upacara membuli adik…grrrr
walaupun buruk,pic ni je bleh  d'publish...yg laen cencored!!
ehehmmm....setran puteh memang kuat ngusik! setan itam snap pic...grrrr

·         Aku balik kampung, umah wan*..aku pakai la baju raya, kot2 nak berjalan mana2 kat kampung….last2 umah sape pon x g….grrrr…
·         Aku update status fb,say sory 2 sumer kawan2 n cikgu yang sms raya kat aku... xdapat reply, bz sangat. Line celcom kat umah ni wat hal sama…huhu

Raya 2
·         Ikut abah jalan2 g umah sedara mara dia (sedara aku jugakkk..) kat daerah Kubang Pasu n Perlis.
·         Asyik tdo dalam keta…ngantuk sangat…
·         Aku rasa nak g bako menara celcom..dah bpe hari aku send sms raya kat kawan2, x delivered2!!! Sampai bile nak pending?????!!!! Outbox aku penuh!! Satu sms pon xsend…
·         Czen aku perli “amboi femesnya dia tu….status fb dia tulis buat SEMUA kawan2 yg sms raya…macam la semua kawan2 dia send sms kat dia…macam la dia tu artis” hahaha…biar la,,,mulut manusia…lalala~

Raya 3
·         Ngah bizi2 kemas luar umah g, ada kawan dia nak datang..Perak mali…
·         Tengah hari, Najuwa send mesej ajak beraya umah kawan2..aku ni memang spesis liat keluar umah..lagipun baju xbasuh lagi…huhu
·         Kawan Ngah sampai..cepat2 aku cari tudung selekeh aku tu..haha agak bengang gak r mamat2 tu sampai waktu aku tengah basuh baju,jemur baju..
·         Tak lama pastu kawan2 chik pulak datang. 2 bijik keta..
·         Then ikha sampai, ngan Umi n adik dia…geng Ikha aku hidang dalam dapur je..huhu sori yer Ikha,,keadaan bagaikan dalam tongkang pecah masa tu..huhu
·         Bila Ikha balik,,,Najuwa sampai bersama gerombolannya..haha Aasma, Zimah n Mirah…
·         Najuwa bising2 aku pakai seluar tyme raya..banyak la ko Jwa,,,xde masa aku nak pakai kebaya serve orang!haha~ tp xpe,,mulut manusia xleh ditutup….mulut tempayan xpe r,,agak bising sikit kita leh tutup…kan Jwa  kan…hehe..:p
·         Dapat “hadiah istimewa” sebagai tanda persahabatan daripada Mirah…huhu lebam tangan Uni taw Mirah,,bukan men2 ni….betul~  tatau la nasib Ayg i camner…:p
·         Letih! Tapi hepi sebab atlis meriah gak umah aku..hehe tQ ek kawan2 yg sudi beraya umah aku….lebiu ol,,muah2!!
·         Jangan tanya bila aku nak g raya umah korang k…

Raya 4
·         Sedang aku menambah dosa dengan memaki hamun celcom, tetiber aku terfikir sesuatu…
·         Errr….patut la xleh send sms raya,,,,,,upanya aku xde kredit..hehe aku ingat sebab aku n network bz..lalalala~ patut la bpe hari sms aku send semua pending..adeh!!!!!!!
·         Hari ni aku betul2 xchat….cb,muntah2,demam….
·         Tengah hari, ikut Along g klinik..
·         Ermmmm bad mood betul bile x chat..tdo seharian…

Raya 5
·         Anjang datang dengan family dia..
·         Tengah hari petang, g kenduri. Aku yang x berapa sihat ni pun ikut jugak..saja nak layan budak2. Lagipun dah lama x makan kenduri..hehe
·         Ingat ke kenduri kawen, rupanya kenduri akikah…xpe la, aku bedal je sup daging ngan kentang…sedap!
·         Pastu mula la loya2….adeh!
·         Malam – pertama kali dengar orang maki hamun secara live…siyes! X sangka aku boleh dengar macam kat drama tu setelah aku umur 21 tahun..  yang sedihnya, orang yang dimaki tu ialah ibu dan saudara terdekatnya sendiri…Nauzubillah! Semoga manusia itu cepat2 bertaubat..amin..
·         Pulang dengan air mata yang bertakung di hati…
Raya 6
·         Zohor – abah, Angah, Achik & aku berjemaah. Tetiber dengar orang panggil Achik.. “Aiman…Aiman..”
·         Solat aku mula x khusyuk! Si pandai mana pulak mai umah x bagi salam…ape dia ingat ni zoo ke?
·         “sapa kawan kamu xreti bagi salam tu?” aku mula muncung sedepa.
“Chong la!”
Oooo,,,,,,,,,,,,,siam upanya…..adeh! tepuk dahi!
·         Kesihatan aku still kureng, aku pun pelik…dah bpe hari aku g klinik, selalu kejap je ok..hmmm
·         Angah cakap aku sengaja wat2 sakit sebab xmo balik u n sayang nak tinggal kucing…dem!! >_<

Raya 7
Dah2!!! Raya apa lagi…xkan nak tulis sampai sebulan kot…hmmmm….
Walaupun orang cakap raya 30 hari, aku ni xpayah la ngada2 nak raya sakan sangat..bukan puasa cukup 30 hari pun…

*jangan sensitif  dengan gelaran setan kat abang2 aku. Kami memang biasa samakan watak komik/novel/filem sesama kami…yang pasti semua orang dapat watak jahat/buruk/hodoh! Haha..
*wan=atuk. Orang utara panggil atuk tu “tok wan”, nenek  tu kami panggil “tok”. Jangan konpius k…;)

UniMeOw: maaf n3 ni panjang.. Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin buat semua!!! xoxo~


p/s:aku ingat dah lama publish...rupanya aku save kat draft jer..adeh~~~
p/s/lagi:pic x banyak,,achik x transfer dari nset dia lg..kamera osak..sob3~



 
       





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...