Saturday 31 March 2012

Ini keja budak busyuk ni…!!



Dulu aku penah citer pasal anak2 Kikin..sem lepas. Semua ada 3 ekoq kan. Sem ni, tinggal sekoq je. 2 lagi aku x pasti ke mana menghilang…huhu

Dulu si kecik ni aku panggil anak-mak-dia, sebab dia sebijik macam Kikin. Sem lepas, ada jiran yang baek hati+cyg kucg pgil dia Mimi.. tapi sem ni dia pgil Baby pulak. Aku ikot je la.. tapi selalu tersyasyul pgil dia Manja,, xtaw la sb pa…huhu

nampak je besar,,sebenarnya kecik lagi ni..hehe


Dia makin nakal sekarang. Dah boleh dukung2,,,dulu xnak orang dukung. Hehe…


Tengok la pe keja dy…grrrrr….


SEBELUM


..................
...........
......
...
..
.

SELEPAS


Yang xtahannya, lepas selesai buat “kerja bertamadun” dia tu, slamber badak je dia titon…

Kadang2 titon kat kacut...

Kadang2 titon kat penyapu...


Aihh,,,sabor je la..nasib baik aku sayang.. kalo takkkkk,,,,_______. (sambung la sendiri..huhu)

UniMeOw: dah hapdet pic si Penjenayah Tokin..:)


Friday 30 March 2012

Nauzubillah~


UniMeOw: masih belum terlambat untuk berubah..Y_Y

Wednesday 28 March 2012

Ini Saya! :D


Alhamdulillah. Saya bersyukur kerana dikurniakan wajah dan tubuh badan yang berfungsi dengan sempurna.

Tapi kalau nak dikatakan saya termasuk dalam golongan yang cantik, rupawan, jelita dan sewaktu dengannya..maaf. saya xtermasuk dalam golongan itu. Bukan saya.

Ini saya.

Form 3 – itam, gumok


paling kiri


berdiri, 2 dari kiri

Form 4 – belegam, selekeh..haha






Form 5 – itam, selekeh, skema.


Sekarang??
 Ermmm sekarang pon sama. 
Itam, selekeh, gumok balik..hik3…

Jadi, itulah saya.

UniMeOw: thx wat mereka yg buatkan aku dapat idea nak wat n3 ni…sekian.



Saturday 24 March 2012

Memoir ~ Hantu Raya Makan Darah di Sekolah

             Kejadian ini berlaku masa aku darjah 5, tahun 2001. Sedang aku elok2 belajar bermain dalam kelas, tiba2 kami dikejutkan dengan satu pengumuman gempar.

“diminta semua pelajar perempuan darjah 5 dan darjah 6 berkumpul di kantin sekarang.”

Nak kata ada kenduri, mustahil la pulak. Lagi pun masa tu bukan waktu rehat.

Setelah semua yang berkenaan berkumpul di kantin, agak teruk jugak la kami kena bebel.

Semuanya gara2 kemunculan “hantu raya makan darah” dari mulut adik2 darjah satu.

Begini kisah sebenarnya..

Pada satu pagi, sorang adik darjah satu (pompuan) masuk toilet. Tiba2 dia ternampak satu benda putih yang berdarah dalam toilet tu.

Maka dia pun takut. (sabor je la…)

Lalu dia mengajak kawannya (lelaki) pergi tengok kesan darah yang hantu raya itu telah makan. (huuuu sabor je la lagi..)

Bila kawan lelaki tu pun nampak benda yang sama, maka kecohlah satu kelas adik tu.

Lalu kesemua adik2 dalam kelas tu buat rombongan ke tandas untuk menyaksikan santapan hantu raya yang x habis tu..

Bila cikgu tanya, jawapan mereka ofkoz la “ada hantu raya makan darah”.

Akhirnya kami (semua pelajar pompuan darjah 5 & 6) yang jadi mangsa kena marah dengan cikgu, walaupun langsung xde kena mengena dengan hantu raya tu.  Siap diajar lagi apa yang perlu dibuat setiap kali menjadi mangsa hantu raya pada bulan mengambang. =_=”

Begitulah kesahnya.

Kalo lelaki blur dengan kisah ni aku xkesah. Tapi pompuan jangan wat2 blur ya..aku giget nanti! Haiipppp~


UniMeOw: dari alam budak ke alam dewasa-satu zaman yang memeningkan! Haha..

Friday 23 March 2012

Adakah kucing ini bodoh?

Aku duduk di kerusi batu yang disediakan di perkarangan Fakulti Sains Kognitif Pendidikan, menunggu kedatangan pensyarah untuk menunjukkan draf tugasan. Mataku terpaku seketika pada jam yang setia di tangan, baru jam 2 petang.
Aku menanti dengan kesabaran yang mula berkurang.

Tiba2 aku ternampak seekor kucing, kuat mengiau berhampiran denganku. Comel! Ada iras Eddy, kucingku di rumah. Apa yang berbeza kucing ini ekornya panjang.




Aku cuba memanggil kucing itu. “meowwww…”

Kucing itu menghampiri aku tetapi tidak sekali2 dekat dengan tangan yang ku hulurkan padanya. Ala-ala jinak2 merpati.

Setelah hampir setengah jam aku di situ, kucing itu masih tidak mahu aku menyentuhnya. Dan aku pura2 tidak kisah.

Kemudian, kucing comel itu mendekati seorang gadis, juga pelajar seperti aku. Gadis cantik itu mula menarik muka masam apabila kucing itu mendekatinya. Sambil merengus, dia cuba menghalau kucing itu, seolah-olah ingin menendang (nasib baik dia x tendang, kalo x perut dia aku tendang). Namun kucing itu sekadar membuat muka tidak bersalah dan terus menggesel manja pada gadis sombong itu.

Puas aku panggil, namun kucing bodoh itu masih takut mendekatiku. Sebaliknya terus melepak pada gadis itu sehinggalah gadis tersebut pergi.

Kambeng punye kucing!

muke penakot!!
Errr aku bukan nak menuduh kucing tu bodoh sebenarnya. Aku pun faham, kucing mana ada akal. Pencinta kucing sekalian jangan salah paham yer. Hehe..

Cuma aku terfikir, ada je manusia lain yang sayangkan kucing tu, tapi kenapa dia tetap memilih orang yang benci kat dia?

Kadang2 kita terlalu mengejar sesuatu yang kita hendak, hingga terlupa untuk menghargai sesuatu yang sememangnya ditakdirkan untuk kita.

>saya tujukan entry ini untuk seorang sahabat, dan saya sayangkan sahabat saya itu<

UniMeOw: kucing bodoh xpe, jangan manusia bodoh. :p

Wednesday 21 March 2012

Wordless: dulu bulimia, sekarang obes..:D


Lagu feveret!! Destiny – Lee Sung Wook

# U’re my destiny
nae gyote chum to kakka-yi wachwo
nowe do sonul chapgo hanchab-tongan
ne gyote chami tul-kopa
U’re my everything
onjena nae ane isso my love
nae mamenojing no ppuniranun konman arajwo

Nae pume kama-nhi issodo
shinagi kunyang nomchwossumyon hae
hae malgum noye misoga
nae mame kipsogi turowa
naye kasume mudko issotdon nol hyanghan sarang
hyangkuthan norul nukkimyo itko shipo


*Hangsang nega nae-ge isso kakka-i
norul chomdo kunyang nukkil su itke

::U’re my destiny
nomanul wi-hae hamkke issulke
onjena hangsang katun jari-eso
nomanul para bol koya
u’re my everything
nol wi-hae sara gol koya my love
nae mame norul kadwodul su itke horak-hae-jwo

Repeat: * # ::

UniMeOw: tq wat yang sudi kejut aku pagi2 n wat aku dengar lagu ni..hehe :p


Sunday 18 March 2012

Sila malu pada kucing ini


Negaraku…

Tanah tumpahnya darahku…


Rakyat hidup..bersatu dan maju…


Rahmat bahgia Tuhan kurniakan



Raja kita selamat bertakhta

Rahmat bahgia Tuhan kurniakan

Raja kita selamat bertakhta..





Adakah anda termasuk dalam golongan yang tidak tahu menghormati lagu Negaraku?

Jika ya, silalah malu pada Nekochan..

Sebab dia pon taw hormat lagu kebangsaan sendiri walaupun dia xde ic..huhu

Eh,,lagu dah habis pon berdiri tegak lagi??




Neko?


Nekochan??



Nekooooo~~~~~



Hahaha xdelah! Dia tengah tengok cicak sebenarnya..wakaka~
Kalo dah tengok cicak, panggil la sampai keluar tekak pon.. xdenye dia nak layan..haha


UniMeOw: kalo org cakap aishiteru kat kita,,kita nak jawab pe ek..? sape taw?


Thursday 15 March 2012

Spontaneous Thursday: silakan setuju part men itu..hehe

Men are like bluetooth: 
He is connected to you when you are nearby but searches for other devices when you are away.  



Women are like wi-fi: 
She sees all available devices but connect to the strongest one.

semua pic dari google..ntah apa la jepun ni tulis..muahahaha~



Sunday 11 March 2012

Saya dah balik…!!! :D

*Sila baca tajuk n3 ini dengan nada nobita-balik-umah*




Huhu lama gak la kan aku x hapdet blog.. aku masuk wad 6 hari, semuanya Tokin punya pasal! =_="

Pas bagitau abah ritu,,aku pun balik umah. Kat umah abah suruh guna tongkat, nasib baik ada lagi tongkat yang Along guna masa dia xcden dulu.




Seharian aku duduk kat umah, x wat pape pun. Terlantar je kat katil (macam sakit teruk pulak..) nasib baik ada kucing2 teman… x la boring sangat..huhu


Antara teman setia:
Goten-teman tido plg setia



Elo - paling nakal! selalu main pastu pijak kaki sakit aku...grrrr
sori pic rosak


Onin - teman plg manja.. posing maut jilat kaki..haha

Nekochan -  teman plg liaq..kena ada makanan baru nk dtg dekat..grrrr


Esok tu kami pegi hospital. Doc suruh duduk wad, nak suntik antibiotik.

Maka berkampung la aku kat wad tu..sob3… boring tahap gaban!!! Aku cuma bergerak kalo nak g toilet. Waktu lain semua aku baring je kat katil..


Teman2 kat wad:






Kali terakhir kena suntik antibiotik..hehe


Sekarang kaki aku dah ok, dah boleh jalan even bisa tu masih ada.. nak tergelak pun ada, sebelah kaki gelap, sebelah kaki cerah. 

Tapi kaki aku x kuat lagi sebenarnya. Boleh jalan, tapi kena jalan slow2.

Maka x perlulah aku bermimpi nak main kejar2 dengan tokin pasnie..

Pic tokin masih belum dapat dikenalpasti. Kalo dapat nanti aku tunjuk..huhu

Camner pun esok aku dah boleh pegi kelas. Harap2 semua ok la..

UniMeOw: tQ wat sume yg doakan uni & sudi g melawat uni…J


p/s: aku lupa bawak kabel enset, so xde la pic yg sepatutnya aku tunjuk..huhu kalo dapat kabel t aku letak..
HAPDET: dah ada pic..hehe

Thursday 1 March 2012

~Dah bagitau Abah~


Setelah didesak2 oleh Masyi & Mimi, akhirnya aku buat keputusan untuk bagitau abah pagi ni. Bagitau pasal kaki aku ni..

Memang aku xnak abah risau, tapi kaki aku ni makin bengkak lak.. susah nak jalan, sakit..

Mula2 abah beletiaQ jugak la, nape aku main kucing lagi.. padahal hari tu aku dah janji xmo maen kucing dah, pas Belang cakar+gigit aku sampai lebam. Huhu.. aku jawab,
”ni kucing lain pulakkk.. adik bagi makan kat Kiko (bajet abah kenal kan..haha), pastu Tokin mai cakaq Kiko. Adik dok dekat, adik pon kena la sekali..” aku jawab sambil nangis2.. maybe abah kesian, dia pun xjadi nak marah..huhu *nasib baik



Abah ingat aku luka sikit je kot. Bila aku cakap kena 5 jahitan (sori kak GtHans, silap info, 5 jahitan sebenarnya..huhu), ayat pertama abah:
“ya Allah,,anak akuuuuu…”
huuuuuu lagi la aku nangis…uhukkk….




Aku cter la kaki aku bengkak, susah nak jalan. X pergi kelas pun. & yang paling “best”, doktor x bagi MC sehari pun.. abah punya la marah.. abah suruh aku pegi PKU lagi, tapi aku cakap aku dah xnak pegi PKU. Aku duduk dalam bilik ni pun kaki dah bengkak, kalo aku jalan bertambah2 la bengkak..huhu


Terus abah nak bawak aku balik umah.. huhu aku takut jugak sebenarnya, nak pergi klinik lain. Tapi kalo dah xde jalan, terima je la..

Hmmm rupa2nya hari ni pun hari pembaziran air mata lagi…sob3…

& hari ni Allah nak tunjuk kat aku, yang abah memang sayang kat aku.. even dia marah pun, marah sebab sayang.. *Nangis lagi

Abah mmg penyayang...cayang betoi dia kat si Eddy gumok 2..grrrr
errr aku dah penah letak pic ni..:p


UniMeOw: persoalan di palotak masih belum terjawab..kenapa doktor kat u kedekut sangat nak bagi MC kat student..?grrrrr...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...