Friday, 23 March 2012

Adakah kucing ini bodoh?

Aku duduk di kerusi batu yang disediakan di perkarangan Fakulti Sains Kognitif Pendidikan, menunggu kedatangan pensyarah untuk menunjukkan draf tugasan. Mataku terpaku seketika pada jam yang setia di tangan, baru jam 2 petang.
Aku menanti dengan kesabaran yang mula berkurang.

Tiba2 aku ternampak seekor kucing, kuat mengiau berhampiran denganku. Comel! Ada iras Eddy, kucingku di rumah. Apa yang berbeza kucing ini ekornya panjang.




Aku cuba memanggil kucing itu. “meowwww…”

Kucing itu menghampiri aku tetapi tidak sekali2 dekat dengan tangan yang ku hulurkan padanya. Ala-ala jinak2 merpati.

Setelah hampir setengah jam aku di situ, kucing itu masih tidak mahu aku menyentuhnya. Dan aku pura2 tidak kisah.

Kemudian, kucing comel itu mendekati seorang gadis, juga pelajar seperti aku. Gadis cantik itu mula menarik muka masam apabila kucing itu mendekatinya. Sambil merengus, dia cuba menghalau kucing itu, seolah-olah ingin menendang (nasib baik dia x tendang, kalo x perut dia aku tendang). Namun kucing itu sekadar membuat muka tidak bersalah dan terus menggesel manja pada gadis sombong itu.

Puas aku panggil, namun kucing bodoh itu masih takut mendekatiku. Sebaliknya terus melepak pada gadis itu sehinggalah gadis tersebut pergi.

Kambeng punye kucing!

muke penakot!!
Errr aku bukan nak menuduh kucing tu bodoh sebenarnya. Aku pun faham, kucing mana ada akal. Pencinta kucing sekalian jangan salah paham yer. Hehe..

Cuma aku terfikir, ada je manusia lain yang sayangkan kucing tu, tapi kenapa dia tetap memilih orang yang benci kat dia?

Kadang2 kita terlalu mengejar sesuatu yang kita hendak, hingga terlupa untuk menghargai sesuatu yang sememangnya ditakdirkan untuk kita.

>saya tujukan entry ini untuk seorang sahabat, dan saya sayangkan sahabat saya itu<

UniMeOw: kucing bodoh xpe, jangan manusia bodoh. :p

14 comments:

GtHans said...

betul tu..:)

Naz said...

hehe..mesti xpuas hati ngan perangai kucing tu..hehe

UniMeOw said...

tatak:hehe kannn...

naz:err mmg pon..cmner taw?hahaha...

9n0L4 said...

besenye manusia ni akan tahu menghargai sesuatu bile sesuatu itu hilang. ;)

m4rilyn said...

kucing tu tahu sesuatu...mungkin jauh d'sudut hati perempuan tu sebenarnya suka kucing tapi mungkin dia ada sejarah tersendiri :)

tachi n poncho said...

badan uni bau musyuk tu...kucing tu xnk dekat...hahaha..(gurau je, jgn marah)

UniMeOw said...

9n0L4,,betol2..!!

cik marie & t&p:warrgghhh tenson2!! smp ati kucg 2 jual mahal..haippp~~

aKSARAfENDI said...

ya..saya suka cara awak kaitkan crita ni dgn khidupan..

UniMeOw said...

alhamdulillah,,Dia yg bg ilham kt aku..:)

malik said...

gadis cantik tu bau ikan kot.. tu kucing suke.. muke je cantik. bau ikan.haha

UniMeOw said...

huhu beh 2 mcm la ak ni bau bunga sgt..hadeh..kucing2~~

sha my heart said...

hahaha~

kucing pun ada perasaan juga, suka kan org tertentu. seriuously =)

Leeyana Amzar said...

hamboii demand giler kucing ne huhu...

UniMeOw said...

kak sha:itu sudah mesti~~ :D

leeyana:td uni jumpa dia lg..prangai x ubah!haihh~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...