Thursday 26 January 2012

Lagu Tadika- Ibu Ayam dikejar Musang


Errrr aku x pasti tajuk lagu tu betul ke tak..tapi aku ingat lirik lagu ni..hehe

Ibu ayam dikejar musang
Anak ayam mencari ibunya
Ibu ayam berlari, terus lari..
Dan ditangkap musang
Anak ayam mencari, terus cari…
Ibunya yang hilang..
Oh kasihan,, oh kasihan.. 
aduh kasihan…

Tetiber aku rasa nak nyanyi lagu ni sebab sejak dua tiga menjak ni ada musang selalu kacau ayam abah. Hik3..

Perasan tak, lagu ni sedih sebenarnya.. kesian kat anak ayam tu kan.. ibu dia hilang, pasni dia jadi anak yatim.. Y_Y



Tapi tapi tapi tapi..kalau musang tu x berjaya tangkap ayam,,kesian jugak kat musang tu.. sebab dia lapar… Y_Y




UniMeOw: teringat lak masa darjah 1, aku kena berlakon jadi ibu ayam (bukan ibu ayam kat hotel yer!!), kawan aku nama Hanif kena jadi musang..hahahahaha~ 

Thursday 19 January 2012

TOLONG DOAKAN SAHABAT INI


Maaf andai entry aku selalu mengganggu Reading List anda.

Maaf juga kiranya anda semua bosan kerana penulis yang sama asyik mengupdate entry yang mungkin anda x rasa tringin pun nak baca.

Cuma saya mohon, kepada sesiapa yang terbaca entry ni, tolong doakan sahabat saya selamat. Kerana tidak mustahil ada antara anda yang termakbul doanya..

Sahabat saya, Khairi exciden tadi.. mendengar khabar ini sudah cukup untuk membuatkan air mata saya mengalir..

Apatah lagi apabila ada pula manusia post berita terkini:
salam sahabat........ maklumat terbaru,, azeed cakap peluang kery untuk hidup 20 peratus sahaja...ya ALLAH..selamatkan sahabatku...amin
di page group

tapi saya xkan berputus asa untuk berdoa semoga dia selamat, kerana xde kuasa yang lebih agung melainkan Allah..

dan saya sangat berharap sesiapa yang terbaca entry ini,

tolonglah doakan semoga sahabat saya itu selamat…aminnnn…

UniMeOw: Y_Y


UPDATE: dia dah xde,,,aku dapat berita sebaik je dengar azan Maghrib.. siapa sangka kan,, baru semalam je dia chat ngan aku...


ya Allah,,jadikan aku hamba yang sentiasa redha dengan segala ketentuanMu..
dan tolong hentikan air mata ini..amin..



Let's hug our cats! :D



pic telah dicilok dari SINI
 “Memeluk haiwan peliharaan merupakan salah satu rawatan dan terapi jiwa yang sangat baik. Pelukan itu juga akan menyebabkan kelenjar di otak mengeluarkan hormon serotonin dan dopamine yang memberikan rasa tenang dan tenteram. Perbuatan itu juga menyebabkan gelombang di otak menjadi lebih tenang lalu mengurangkan stress dan kerisauan.” (Sumber)


Dan aku baru tahu fakta ni..


Tapi bagi aku,,,everyday is a hug-ur-cats day!!! :D
gambaq lama..:p



UniMeOw: balik nanti siap la kucing2 aku peluk…muahh2!!! (>_<)

Wednesday 18 January 2012

Bela ikan kecik dalam bilik



*cis,,tajuk n3 yang x eksklusif langsung!*
Tadi,,kawan aku, Fiey dah nak balik Sabah. Fiey ada bela ikan kecik, xtau la nama apa.. dia rahsia, xmo gtaw aku.. tapi aku sure nama ikan tu sempena nama bf dia..hahaha
Oleh kerana Fiey xsanggup membunuh ikannya sendiri dengan membawak ikan tu naik flight, maka aku dengan berbesar hati memvolunteerkan diri nak bela ikan tu sementara cuti sem.
Walaupun aku tahu Eddy (kucing aku kat umah) xkan senang2 melepaskan “lauk mini”nya ini, aku tetap teringin nak ambik risiko tu kerana x sanggup membiarkan Fiey lepaskan ikan kecik ni kat tasik u yang macam teh ais tu..
Sebenarnya aku saja nak bela, sebagai latihan untuk aku bela harimau dalam bilik sem depan.. errr I mean bela kura2 comel la! >_<
Lebih kurang je kot kan bela ikan dengan kura2. Tukar air, bagi makan..dan yang paling penting..bagi perhatian & kasih sayang..hehe…
Ni pic ikan tu..sekoq jer..


*sori pic aku blur,,kamera problem tp gatal nak mek gambaq jugak…hehe
yang biru kat belakang 2 cermin..ikan ni akan marah bila nampak "sekor lagi ikan" kat cermin..hehe
kaler sebenar dia biru2...comel sgt!
 UniMeOw: semoga ikan ni masih hidup masa aku nak bagi balik kat Fiey.. amin..:)

PJK

Cuba ingat balik masa zaman sekolah..ada satu subjek nama Pendidikan Jasmani & Kesihatan kan? Atau nama pendeknya PJK. Nak lagi pendek? Ok2,,PJ.



Selalunya bila waktu PJ je, budak laki dengan hepinya akan pergi padang dan main. Main la pape pon, bola sepak ke, bola tampar ke, ping pong ke, batu selambut ke…janji main.

Budak pompuan pulak?

Hmmmm duduk dalam kelas, bergosip. (aku pon join gak) Tak pun siapkan homework semalam.


Kalau kat sekolah aku dulu, cikgu PJ ada 2 untuk setiap kelas. Sorang cikgu laki, sorang cikgu pompuan. Cikgu laki senang je kerjanya, cuma tengok je student laki main kat padang..


Cikgu pompuan susah sikit, kena masuk kelas. Kalau ada masa rajin tu, sembang la jugak pasal kesihatan yang ada dalam buku teks PJ tu.. (kan susah tu..)

Kalau malas sikit, xsembang dah pasal subjek tu. Ubah topik sikit, beletiaQ! Adaaaaa je ideanya nak beletiaq..aku pon xpaham la sebab apa. macam aku pulak..kuat beletiaQ!

Kalau malas banyak,,laaaagi “susah”. Suruh bebudak pompuan ni buat keja sendiri! (=_=”) susah giler kan?

Sebagai sorang student mithali,,aku teramatlah suka dengan subjek PJ ni walaupun aku pompuan. Aku teringin sangat nak main kat padang. Nak main sukan feveret aku, bola jaring.





Tapi malangnya aku xde peluang. Aku penah nak join pasukan bola jaring sekolah, tapi cikgu tolak sebab nak aku fokus dengan akademik. Bukan apa, cikgu takut aku selalu ponteng kelas sebab asyik training.. kejam kan?

I don wanna b like JACK! :(



Aku teringin sangat2 nak main masa subjek PJK. Tapi kalau aku sorang je pompuan dalam kelas tu yang nak main, aku nak maen dengan sapa? Dengan bebudak laki? Huh…xmaw haku… macam la depa nak sangat maen ngan haku..haha

So…


Kalau aku jadi cikgu nanti…aku nak mintak kat pengetua tu nak ajar PJK!
Dan semua bebudak pompuan WAJIB bawak baju PJ..! sapa xbawakkkk,,, cikgu garang ni denda dyorang menari poco2 tengah padang pakai baju kurung, jadi cheerleader dak2 laki maen bola!


Dan.. ofkos la aku akan maen ngan dyorang..lepas geram waktu sekolah dulu x dapat maen..hehe


UniMeOw: syok tengok student kat Jepun rajin PJ..(n_n) 

|
|
|
|
|
v

Errrr patot la dyorang rajin PJ..lalalala~


Sunday 15 January 2012

Diari lama

pic google

Sedang aku hepi2 mengemas bilik (maklum la,,sem dah abes)…aku terjumpa diari lama.. err diari aku ni bukan ikut tahun. Suka2 hati je aku nak tulis bila2 aku nak..hehe

Diari ni aku guna sejak tahun 2007 (form 5) sampai la aku mula2 masuk u,, tahun 2009.
Aku terjumpa 1 kata2 ni..


“kita selalunya mengagumi & menyukai pelangi yang indah warnanya..
Namun, kita tidak sedar bahawa pelangi tidak akan selalu muncul..
Akibat daripada pelangi, kita terlupakan awan, sedangkan awan selalu hadir & menemani kita..
Itulah manusia, hanya memuja yang indah..
Dan itulah kehidupan…
Terlalu banyak pilihan, hingga kadang-kala kita tersalah membuat keputusan…”



Kata2 yang dihantar oleh sahabatku Najuwa.. 16 Julai 2007, 11.15pm

UniMeOw: aku sure Najuwa dah x ingat…haha..

6ixth Sense - Dari Hati



Oh Tuhan
Tolonglah diriku
Aku sungguh menginginkan dia
Tuk mencintaiku dan mendampingiku
Di dalam hidupku ini


Oh Tuhan
Bukalah hatinya untuk melupakan kesalahanku
Yang tlah menjadi duri
Di dalam hatinya
Dan melukai hatinya

Tolonglah dekat aku yang melukaimu
aku ingin engkau tahu
aku selalu cinta padamu
Aku telah menyesalinya semua


Memang setiap manusia melakukan kesalahan..dan layak untuk dimaafkan.

Tapi pabila kesalahan menjadi duri di hati…

…….


jangan sampai terluka lagi.

UniMeOw: lagu dari hati yang menyentuh hati :’>


Saturday 14 January 2012

Kenapa sampai sekarang aku x reti bawak motor



Yela2,,aku mengaku aku la manusia yang x reti2 bawak motor..kecuali la kalo motor tu diletakkan di atas kereta..huhu.. 

­sebenarnya dulu ada jugak aku belajar bawak moto.. okeh,,dalam proses pengajaran & pembelajaran motor ni..aku ada 3 orang sifu..sapa lagi kalo bukan abang2 aku.. errr sebenarnya ada 4..nanti aku citer sifu yang keempat k..hehe

Sifu 1 – Angah
Aku mula belajar dengan Angah sejak darjah 5 lagi. Setiap kali aku cakap “Ngah,,ajaq adek nek motor..” jawapan dia:
“mai RM2,ngah nak p isi minyak lu..baru boleh ajaq adek..”
Maka aku pun bagi la.. dan aku rasa dah beberapa puluh kali duit RM2 aku terbang, dan dia cuma ajar aku sekali..tu pon aku xreti2 jugak.huuu…
Y_Y

Sifu 2 – Along 
Aku belajar naek moto dengan Along masa aku form 1. Ok la,,Along ajar aku. Aku kat depan, Along duduk belakang. Oleh kerana aku x reti, paham2 je la aku pulas minyak macam mana kan..aku rasa kalah mat rempit kot..haha..
Dan seperti yang dijangka, ofkos la motor tu jatuh.. yang bestnya aku lompat sebelum sempat jatuh. (macam Zizan dalam citer Hantu Bonceng)
Maka tinggallah Along atas moto jatuh sorang2..huhu
Dan Along pun serik nak ajar aku naik moto lagi.. Y_Y

Sifu 3 – Achik
Dengan Achik pulak aku belajar masa form 3. 
Achik ajar best, dia ajar teori dulu.. camner nak tukar gear, cam ne nak rem minyak, camner nak brek.. memang aku paham la.. best!
Tapi malangnyaaaa… dia ajar teori je. Praktikal xde. Sebab dia sambung belajar kat kolej..huhu…Y_Y




Sifu 4 – bezfren aku
Ni masa form 5.
Dia ajar aku kat umah aku. Dia suruh aku naik motor dia, aku takut giler (macam biasa..) gayat!
Aku bawak motor sorang2 la..sebab dia laki..xkan nak naek sekali lak kan..haha
Aku cakap aku gayat.. dia pegang motor tu kat belakang..
And aku pon berjaya bawak motor! :D
errrr tapi… 0.5 meter je la..ok la tu kan kan kan..
pastu terus aku terjun dari motor tu (macam masa Along ajar dulu..haha)
malam tu, dengan excitednya aku citer kat mama yang aku dah bawak motor sejauh 0.5m….teruk jugak la aku kena gelak ngan family aku..sob3..
n bezfren aku tu pun kena gelak sebab tolak aku macam budak kecik..haha
dan tu la kali terakhir aku coba2 bawak motor..

 ~~~~~~~~
haha walau apa pun yang sifu2 aku buat, sebenarnya bukan salah dyorang pon..aku ni yang penakut sangat..huhu Y_Y
sekarang aku dah tak rasa teringin nak bawak motor..dah la berat, payah lak tu kena tukar2 gear! alasan je ni..ngaku je la ko memang xreti Uni…haha :p
masa sekolah dulu, aku rasa terhina giler sebab x reti bawak motor.. kawan2 aku sumer reti..
tapi bila masuk je PLKN, matrik, U..aku rasa biasa je.. rupanya ramai je dak2 U x reti bawak motor.. xde masalah pun. xjejas pointer pun. xganggu kesihatan kucing pun.. hehe..
tapi aku rasa teringin nak bawak skuter lak. orang cakap bawak skuter senang...:)


motor impian aku...elegen gilak! :D






 UniMeOw: ada sesapa berani ajar aku bawak skuter? :p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...