Tuesday 30 April 2013

Oh Sungguh Berbeza!


sekarang ni aku bz sangat2. 
ni jer yang mampu aku update.
sekadar peringatan wat diri sendiri..

nanti ada masa aku bw & rep komen kawan2 yer...

erm,,doakan aku bleh jawab kuiz hari ni...hehe


UniMeOw: saya suka jadi cikgu tadika! uhukkk...

Saturday 27 April 2013

Bila orang dah suka..


Ada orang cakap,,
Bila orang dah suka kat kita, why not kita terima dia?
Kenapa tak beri dia peluang?
Bila one day kita jumpa dia & tengok dia bahagia dengan orang lain, tak ke menyesal?

Jawapan aku…
Tak! Aku langsung tak menyesal. :)
Betul. Aku langsung tak menyesal.

aku mengaku aku ni agak pelik.
Sikap aku berbeza pada setiap individu.

Tak, sebenarnya sikap aku bergantung kepada persepsi aku terhadap individu tu. Dan aku mengaku, kadang2 persepsi aku tu salah. Wakaka..


Ada orang, aku bagi peluang. Banyak kali, tapi x clear. Aku ego. Dan orang tu pun tak perasan aku tengah bagi peluang. Dan selalunya peluang yang aku bagi tu disia2kan, tapi orang tu tak habis2 mintak peluang. Memang tunggu makan penampor je la tu kan..


Ada orang, aku tak bagi peluang langsung. Sebab ada ciri2 yang aku xnak. (sejak makin dewasa ni, aku berfikiran secara logikal. Tak berapa layan dah feeling2 ni. Yela sangat kan..haha)

Ok. Berbalik kepada topik asal.
Walau berapa orang pun, walau siapa pun yang aku reject, aku tak pernah menyesal.
Sikit pun tak.

Sebab…
Kalau dia bahagia, apa yang aku rugi?
Kalau dia bahagia dengan orang lain, ada efek apa2 kat aku ker?
Ada ganggu family aku?
Ada ganggu akademik aku?
Ada ganggu kucing aku?
Ada ganggu blog aku?

Kalau dia bahagia,,
Dia rampas kebahagiaan aku ker?

Kalau dia bahagia..
Kacau rezeki aku ker?

Kalau dia bahagia..
Aku takkan bahagia selamanya ke?

Kalau dia bahagia..
Aku takkan jumpa dengan orang yang sepatutnya dengan aku ke?

Bagus la kalau dia bahagia.
Atlis dia tak kacau aku pun..

Tak perlu kot nak menyesal dengan kebahagiaan orang lain..sepatutnya kita gembira sebab dia bahagia..:)

Hari ni hari dia..
Tapi takkan xde hari kita yang bahagia kot…?

Asalkan kita bersyukur dengan apa yang kita ada, insya Allah kita akan rasa bahagia.

Alhamdulillah…:)





Sejak dah dewasa ni, aku tak risau langsung rejek sapa2.. masa kanak2 dulu takut la jugak.. takut dia sedih, takut dia frust.. 


tapi berdasarkan pengalaman, tak payah la nak takut semua tu.. orang laki xdenye nak frust lama2 sebab pompuan.. kita rejek dia pukul 1, pukul 2 dia dah cari orang lain..haha..

bagus la kan? atlis kita tak rasa bersalah.

setakat ni aku taknah rasa bersalah. sebab xde pun lelaki yang betul2 frust bila aku rejek.. so aku pun hepi je la..xdenye nak nyesal. kalau ada yang frust menonggeng sampai tahap kronik tu, nyesal la jugak aku...hik3...nasib baik xde..

UniMeOw : yakin dengan janji-Nya.


Thursday 25 April 2013

Praktikal & Internship


Tadi pegi taklimat internship & RLM. (kalo x kerana taklimat ni, hari Selasa lepas aku dah selamat berada di rumah…grrr)

RLM tu apa? RLM tu..Rancangan Latihan Mengajar. Senang cerita praktikal la.. praktikal untuk jadi cikgu. Huhu…berdebar pulak rasa..


dulu selalu nampak cgu2 isi buku ni..lg 2 minggu, giliran aku pulak..huhu
Internship tu pulak apa? Internship tu…ermm praktikal jugak, sebagai kaunselor. Oleh kerana tempat praktikal aku nanti kat sekolah, so internship aku ni macam praktikal untuk jadi cikgu kaunseling la..huhu


Dalam masa 14 minggu, aku kena berpraktikal sakan selama 510 jam. So, di saat orang lain bergumbira dengan cuti pertengahan tahun selama seminggu (kalau tak silap), aku tetap kena praktikal. Sebagai kaunselor. Seronoknya! :D

Bila cikgu2 lain boleh balik pukul 2, aku tetap kena ada kat sekolah sampai pukul 5. Kena praktikal macam ofis hour. Wow! Seronok sangat2~~

Tesis tak siap lagi.
Kelas ada lagi.
Assignment ada lagi. Outdoor lak tu..

Tapi xpe la, daripada aku kena konvo tahun depan, aku lebih sanggup hadapi semua ni.


ni namanya main cikgu2 sorang2 kt bilik sendiri. (gilakah?!)

Errrr ada sesaper tahu rumah sewa kat perlis?

UniMeOw: tesis. (Y_Y)

Wednesday 24 April 2013

Ikut Hati, Mati...


Kata orang, ‘ikut hati, mati..’
Aku setuju.

Kalau ikut hati aku, aku nak ketuk2 kepala dia,,tumbuk dia,,tibai dia,,tarik telinga dia..
Dan kalau ikut hati, aku akan tulis kat wall post tu.. “do u love me? Or hate me?”
kalau ikut hati la..

tapi tu la, kalau ikut hati, mati..

ikut hati,mati.. sekarang semua kena guna otak

kalau dia cakap “I hate u!!”, ofkos aku nangis..sebab aku tak benci dia pun..
kalau dia cakap “yes, I do love u..”, lagi la aku nangis! Jangan tanya sebab apa…(Y_Y)
Kalau dia x jawab pape, mesti aku marah diri sendiri “yang gatal sangat g tanya tu kenapa??”

So, aku pilih untuk tak kata apa2.
Sebab aku masih tak yakin dengan kekuatan diri.. owhhh that’s my main prob! Kekuatan untuk menerima apa yang sepatutnya aku terima.

Aku pilih untuk mendiamkan diri.
Aku pilih untuk membizikan diri.
Aku pilih untuk pura2 tak fikir.
Aku pilih untuk bersabar.
Aku pilih untuk terima perasaan aku sendiri.
Aku pilih untuk mencintai dalam diam.
Aku pilih untuk tidak bertindak.
Aku pilih untuk meyakinkan diri “Uni, ko jangan nak perasan!”
Aku pilih untuk meyakinkan diri “pasti ini yang terbaik..”
Aku pilih untuk berfikir “dia dah ada pengganti la..ko jangan kacau orang punya tu Uni…grrrrr!”
Aku pilih untuk meninggalkan yang haram.
Aku pilih untuk mendapatkan sesuatu secara halal.
Aku pilih untuk tidak memilih.
Aku pilih untuk menunggu.
Aku pilih untuk mendoakan yang baik2.
Aku pilih untuk menyerahkan sepenuhnya kepada Dia..

Kerana aku yakin, Dia sentiasa merencanakan sesuatu yang terbaik untuk hambaNya ini..
Kerana walau aku tak sempurna untuk miliki kamu,
aku tetap punya Dia..
(^_^)



UniMeOw: kalau tak kerana henset di poket, memang aku dah main hujan hari ni…haihhh..

Monday 22 April 2013

Susah Tido Malam adalah Satu Masalah - Satu Kajian Kes

Tolong~~
Tolonggggg~~
Huhu aku sedang menghadapi masalah ini sekarang.




Kalau waktu siang aku tido, then malam xleh tido…it’s ok. It’s normal!
Tapi bila siang tak tido, wat itu ini, letih, then malam still xleh tido….
It’s weird ok!!!

Dah la aku ni memang spesis kuat tido 
(fakta ini diakui oleh orang2 yang rapat ngan aku)
Kalau xleh tido, tu maknanya aku ada masalah.
sekarang ni aku xde masalah pun, (selain masalah xleh tido ni)
but still xleh tido….
It’s weird ok~!!!!

Aku dah ulang baca ayat Kursi beberapa kali, still mata xmo lelap jugak..
Hal ini teramatlah aneh yer kawan2..

So, korang..
Kalau xleh tido korang wtpe ek…huhu

UniMeOw: syoknya jadi cikgu tadika…:> (berangan!)

p/s:tajuk entry ini adalah amat tidak sesuai. sekian.


Saturday 20 April 2013

Pretending??!


Pada satu hari…aku mesej sorang sahabat ni..
“kadang2…rasa letih sangat, senyum, ketawa & wat2 hepi depan orang..”

Siyes, bila depan orang, aku sentiasa hepy.
Bercerita, pot pet pot pet..
Gelak itu gelak ini…benda kecik pun nak gelak..ahhahahahaa…
Kat fb, kat blog, kat depan orang..

Tapi bila sorang2, nangis. (Y_Y)
Kenapa nangis?
Tak tau. Siyes xtau kenapa.
Maybe sebab homesick, maybe sebab aku dah xleh main Kikin selalu, maybe bla3..
Tapi tu semua alasan!




Sahabat aku reply,
“pasni cuba senyum or gelak sorang2 pulak, tengok letih ke x..”

Hahaha…
 (aku tak pasti ni betul2 ketawa or juz buat2 ketawa..-_-)
Cayang, ada kawan macam kau,
Walaupun aku selalu nangis, xdenye aku nak nangis lama2..hehe

Tq Najuwa! <3

UniMeOw: esok hari yang busy..& I’m lovin it!!! ;>



Friday 19 April 2013

Dah jodoh, nak wat camne…


Ramai orang suka cakap camni kan?
Espeselly orang yang TERkawen dengan orang yang kurang patut. Amboi indahnya bahasa~

Contoh, terkawen dengan suami orang, dengan orang tua bangka (biar la,,bukan dosa pon!), terkawen dengan anak ikan orang yang terlalu muda, atuk terkawen dengan budak baru habis SPM, bla3..

Tapi yang paling kerap didengar, bila terkawen dengan suami orang la kan.. tak pun merampas isteri/tunang/aweks orang. Hmmm...

“Terkawen” yang lain2 tu, walaupun orang sekeliling mengata, bagi aku takpe je..selagi tak dosa, biar la kan.. 

Kawen dengan laki orang pun tak dosa sebenarnya. Sebab laki tu memang kuota dia 4. Kecuali la kalau dia dah ada 10 orang bini..eheh.. 

Tapi ustazah aku cakap, seboleh2nya elakkan la daripada kawen dengan suami orang. Tambah2 lagi kalau yang bercinta diam2 tu.. 

Alasan “dah jodoh, nak  wat camner..” hanya boleh diterima SEKIRANYA, si perempuan tadi memang dah sedaya-upaya mengelak daripada ‘berjodoh’ dengan lelaki tu. Kalau sama tempat kerja, pompuan ni try jugak2 tukar tempat kerja (ni contoh yang ustazah aku bagi). Kalau at last diorang memang ditakdirkan kawen jugak, yup..tu memang jodoh. 

Tapi kalau dah tahu si lelaki/pompuan tu suami/isteri orang, then gatal2 gi layan, pastu kata “dah jodohhhh…nak wat camner..” (dengan wajah pasrah), ha…yang tu memang takleh diterima la..huhu

Ni ustazah aku yang kata. Kalau tersalah ke hapa, ceq mintak maaf la..huhu


UniMeOw: homesick sampai nangis2, tu pon ada hati berangan nak duduk oversea. (Y_Y)

Mini GA 2



Jom join~!! Hadiah besttttt…. :p


klik banner untuk syarat penyertaan..;)

Tuesday 16 April 2013

Alif, wai, ay, em…Ayam!



Pagi itu, Ustazah Nooraini mengajar murid-murid darjah 1 Perdana mengeja perkataan-perkataan mudah dalam tulisan Jawi.

“Hudzaifah! Baca ni..” kata ustazah sambil menghalakan rotannya pada perkataan dan gambar bola.

“ba, wau, lam, alif…bola!”
“bagus Hudzaifah… :) Fathi, baca!”

“errr…sin…alif..ya…sai!”

Hahahahahaa….satu kelas ketawakan Fathi. Nini yang paling rancak ketawa. Wajah Fathi kemerah-merahan menahan malu. Ustazah cuba mengawal senyum. 

“sudah,sudah!!” ustazah mula meninggikan suara sambil menjegilkan mata.

Setelah membetulkan bacaan Fathi, ustazah meminta Nini bangun memandangkan dialah yang paling suka mentertawakan kawan lain.

“hah,,Nini! Seronok sangat gelak ye..baca ni!”
Nini bangun. 

‘Alamak, macam mana ni..aku bukan reti eja..tapi aku tahu la tu ayam..sebab ada gambar ayam’

“errrrr…alifff…”
Diam. 

Sunyi. 

“alif apa??!!!” jerkah ustazah Nooraini.

“alif wai ay em, ayam!” (alif+Y+A+M) lancar sebutan Nini kerana takut dirotan.
 
Hahahahahahahahahahaa…

Kali ini kelas 1 Perdana lebih riuh daripada tadi. Ustazah sendiri pun tidak dapat menahan ketawa. 

Nini terpinga-pinga. Betul la aku jawab tadi. Kenapa orang gelak??!!

Sejak hari itu, ustazah Nooraini sering memberikan lebih perhatian kepada Nini kerana dia tahu Nini lemah membaca dalam tulisan Jawi.

Okey, tamatlah sudah kisahnya. Nak tahu fakta dalam cerita ni?

Ustazah Nooraini tu memang nama sebenar. Ustazah aku masa sekolah rendah dulu. Ustazah Nooraini Abdullah.

Hudzaifah & Fathi tu pun nama sebenar kawan2 aku masa darjah 1.

Nini tu aku masa darjah 1. Saja letak nama lain..hahaha

Memang masa sekolah rendah aku tak berapa pandai baca jawi. Tak tahu la kenapa. Bukan mama tak ajar baca mukadam masa kecik, bukan cikgu tadika tak ajar alif ba ta, tapi apa yang diajar tu tak pernah masuk dalam otak..hadeh!

Tapi kalau tulisan rumi cepat pulak aku belajar. Spelling in English laju je aku hafal. Faham. Huhu maybe sebab dekat rumah mama banyak beli buku cerita rumi kat aku. Bukan aku salahkan mama, tapi memang betul pun. Mana ada buku cerita jawi kat rumah aku dulu.

Tapi masa sekolah rendah, aku tak malu pun tak pandai baca jawi. Sebab ramai lagi kawan-kawan yang boleh jadi geng aku. Hehe.. tapi masa sekolah menengah?? Ermmmm nanti2 aku wat entry pasal sekolah menengah aku lak k..hik3..

UniMeOw: Sila jangan perasan Uni. Sedar sikit kau tu siapa...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...