Saturday, 6 April 2013

Bidan Terjun

Assalamualaikum kengkawan meow!eheh...

Peristiwa yang aku nak citer ni terjadi pada 2 Februari 2013. Ok, pe korang akan buat bila hadapi situasi macam ni?





Eiiyuuu…aku ni dah la geli geleman tengok darah.. (darah orang lain la..darah sendiri xpe..lalala) bila tengok jer mula la nak pening, nak pengsan, nak muntah, nak kentut semua nak-nak tu bersatu..huhu



Si Onin la ni…selamber badak je dia membersalinkan diri kat luar loker Achik. Bila nampak je baby yang entah-hidup-entah-mati ni, aku panggil la Onin.

“Onin..”
“Oninnnn……..”

Krik krik krik krik...*bunyi cengkerik
Tiada sahutan.

Tetiber aku dengar ada bunyi benda bergerak dalam loker Achik. Sah! Memang Onin..

Rupanya, dia tak perasan dia telah ‘mengeluarkan’ sekor anak di luar loker. So dia ingat anak yang bakal keluar dari perut dia tu la yang sulung..hadeh.. biasalah, Onin mana pernah ada baby b4 ni…festaim la katakan…

So aku pun tunjuk kat Onin..

“nie,,baby hang ni..takkan nak tinggai ataih lantai?!!!potpetpotpet…”

Dalam geli2 tu, aku letak baby sekali ngan mak dia dalam bekas. Mati la aku kalau Achik tau Onin nak try beranak dalam loker dia..huhu semua bukti perlu dihapuskan sebelum Achik balik kerja. 


Oh,lagi satu..aku cilok bekas plastik mama..haha cepat2 aku alas dengan surat khabar lama. Hapuskan bukti jugak. Mati la kalau mama tau..wakaka…


Ni bila dah besar sikit. Onin saaaayang sangat ngan anak dia..pandai jaga!
Anak dia dua ekor jer. 

bila orang snap gambar,dan2 wat aksi manja..eiii~!
Setelah menghabiskan masa selama satu pagi bermesyuarat dengan Along & Kakak, kami memutuskan untuk memberi nama Yus dan Tauke. Sebab kami suka sangat ngan Jambu. hahaha… 



Nie Angah yang letak duit kat dyekor. Sebab Onin suka sangat bawak anak2 dia lepak tengah2 jalan, tempat orang nak lalu. Konon2 sedekah la kat Onin tu..huh!


Nie la Yus..(aku rasa la..aku pun x berapa cam…huhu). Yus dah KO, jangan tanya macam mana dia KO. Sebelum ada jembalang tanah merasuk aku, baik jangan tanya..grrrrrrrrrr….



So sekarang tinggal la Onin dengan Tauke. Suka menyusu kat tempat orang lalu lalang.. tengah2 tangga..tengah2 ruang tamu. Kadang2 tengah2 dapur!

Umah aku tu bukannya luas. Ruang terhad. Ditambah pulak dengan minah ni & anak dia..hadeh..


Attention seeker betul la kamu ni Onin~!! Adek cayang Onin sangat2!!

Harap2 peristiwa ni menjadi pengajaran bermakna buat Onin, & semoga pasni aku takkan jadi bidan terjun dah..seram beb!



UniMeOw: bila cinta sudah berkarat, gula batu rasa kelat…:p

14 comments:

Perttzyana Alpah said...

ala comei2... penah gak kecoh gara2 kucing beranak ni. habis satu rumah atas bawah darah dia menitik.. pukul 2 pagi pulak tu.. tepaksa mop atas bawah rumah :)

Chic Na said...

huiiii.. beraninya uni. tabik ar.. :)

Naz said...

rasakan...kita dah selalu jd bidan kucing..hehe

UniMeOw said...

PA:eiiyuuuu...masalahnya kucg2 uni ni degil...org sedia kotak sbg wad bsalin,nk jugak beranak dlm almari..haipppp

UniMeOw said...

chic na:uni tlg alihkan ank dy je,,,2 pon muka merah tahan muntah..haha

UniMeOw said...

naz:sob3...geli~~

kimi jamai said...

wahhh.. comelnya.. nak tauke! XD

UniMeOw said...

hehehehe mst la xboleh~!! >_<

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

adoilah, sengaja tau nyusu kan anak tengah2 awam. . tapi comei lah tauke. err jantan? kalau tino camne?? kena jadikan tauke soh la .. hehee

Misz Pinkie Winkie said...

pnah rasa situasi macam nie...jantung berdebar2 time nak potong tali pusat tue..huhu...memang pengalaman tak pat dilupakan.

IntaNBerliaN said...

oh tidakkkkkk akak cepat2 scroll entry ni.. xdan nak baca.. bukan pe, akak geli tgk anak kucing... huhuu

Mr. Doctor said...

Alolo comei gila mak dia posing.. Sama ja muka mak ngan anak.. Like mother like daughters.. Ka sons? Hoho

UniMeOw said...

ibuKM:jantan la kak..hehe

MPW:errrr akak jd bidan kucg ke bidan org? :o

UniMeOw said...

kak intan:hehehe sebenarnya uni pon geli...slalu skip je pic kedua teratas 2..haha

Mr Doc:like mader like san..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...