Pagi itu, Ustazah Nooraini mengajar
murid-murid darjah 1 Perdana mengeja perkataan-perkataan mudah dalam tulisan
Jawi.
“Hudzaifah! Baca ni..” kata ustazah sambil
menghalakan rotannya pada perkataan dan gambar bola.
“ba, wau, lam, alif…bola!”
“bagus Hudzaifah… :) Fathi, baca!”
“errr…sin…alif..ya…sai!”
Hahahahahaa….satu kelas ketawakan Fathi. Nini
yang paling rancak ketawa. Wajah Fathi kemerah-merahan menahan malu. Ustazah cuba
mengawal senyum.
“sudah,sudah!!” ustazah mula meninggikan
suara sambil menjegilkan mata.
Setelah membetulkan bacaan Fathi, ustazah
meminta Nini bangun memandangkan dialah yang paling suka mentertawakan kawan
lain.
“hah,,Nini! Seronok sangat gelak ye..baca ni!”
Nini bangun.
“errrrr…alifff…”
Diam.
Sunyi.
“alif apa??!!!” jerkah ustazah Nooraini.
“alif wai ay em, ayam!” (alif+Y+A+M) lancar sebutan
Nini kerana takut dirotan.
Hahahahahahahahahahaa…
Kali ini kelas 1 Perdana lebih riuh daripada
tadi. Ustazah sendiri pun tidak dapat menahan ketawa.
Nini terpinga-pinga. Betul la aku jawab tadi.
Kenapa orang gelak??!!
Sejak hari itu, ustazah Nooraini sering
memberikan lebih perhatian kepada Nini kerana dia tahu Nini lemah membaca dalam
tulisan Jawi.
Okey, tamatlah sudah kisahnya. Nak tahu fakta
dalam cerita ni?
Ustazah Nooraini tu memang nama sebenar. Ustazah
aku masa sekolah rendah dulu. Ustazah Nooraini Abdullah.
Hudzaifah & Fathi tu pun nama sebenar
kawan2 aku masa darjah 1.
Nini tu aku masa darjah 1. Saja letak nama
lain..hahaha
Memang masa sekolah rendah aku tak berapa
pandai baca jawi. Tak tahu la kenapa. Bukan mama tak ajar baca mukadam masa
kecik, bukan cikgu tadika tak ajar alif ba ta, tapi apa yang diajar tu tak
pernah masuk dalam otak..hadeh!
Tapi kalau tulisan rumi cepat pulak aku
belajar. Spelling in English laju je aku hafal. Faham. Huhu maybe sebab dekat
rumah mama banyak beli buku cerita rumi kat aku. Bukan aku salahkan mama, tapi
memang betul pun. Mana ada buku cerita jawi kat rumah aku dulu.
Tapi masa sekolah rendah, aku tak malu pun
tak pandai baca jawi. Sebab ramai lagi kawan-kawan yang boleh jadi geng aku. Hehe..
tapi masa sekolah menengah?? Ermmmm nanti2 aku wat entry pasal sekolah menengah
aku lak k..hik3..
UniMeOw: Sila jangan perasan Uni. Sedar sikit kau tu siapa...
12 comments:
hahaa.. kelakar lah
:3
xpa2..kita geng
hik3...geng masa kecik2 yer..
kite pun kecik xpndai sgt..huhu
hehehe..kan...bila besar baru la otak leh terima tulisan jawi..hadeh!
hahahaha...lawak jugak entry nie...akak kat johor ade sekolah agama.baca jawi tu bolehla..
lawak jer....gelak sakan haaa geng jemah. meh eja jemah plak...
jim mim alif haa
♥ geng jemah follow sini
lawak je..heheh..tapi comel kan kalo ingat balik kenangan masa kecik2
kak latifah:hehe uni masa kelas kafa dulu,,,slalu baca majalah gempak,,baca komik..hehe
jemah:haha naseb baek jemah xde kat kelas tu waktu kejadian..kalo x mesti ustazah suruh eja..:p
ainim:dah besar pon comel jugak..eheh :p
hahhahahah..
Adehh.. Kelakar.. =D
Post a Comment