Saturday, 27 April 2013

Bila orang dah suka..


Ada orang cakap,,
Bila orang dah suka kat kita, why not kita terima dia?
Kenapa tak beri dia peluang?
Bila one day kita jumpa dia & tengok dia bahagia dengan orang lain, tak ke menyesal?

Jawapan aku…
Tak! Aku langsung tak menyesal. :)
Betul. Aku langsung tak menyesal.

aku mengaku aku ni agak pelik.
Sikap aku berbeza pada setiap individu.

Tak, sebenarnya sikap aku bergantung kepada persepsi aku terhadap individu tu. Dan aku mengaku, kadang2 persepsi aku tu salah. Wakaka..


Ada orang, aku bagi peluang. Banyak kali, tapi x clear. Aku ego. Dan orang tu pun tak perasan aku tengah bagi peluang. Dan selalunya peluang yang aku bagi tu disia2kan, tapi orang tu tak habis2 mintak peluang. Memang tunggu makan penampor je la tu kan..


Ada orang, aku tak bagi peluang langsung. Sebab ada ciri2 yang aku xnak. (sejak makin dewasa ni, aku berfikiran secara logikal. Tak berapa layan dah feeling2 ni. Yela sangat kan..haha)

Ok. Berbalik kepada topik asal.
Walau berapa orang pun, walau siapa pun yang aku reject, aku tak pernah menyesal.
Sikit pun tak.

Sebab…
Kalau dia bahagia, apa yang aku rugi?
Kalau dia bahagia dengan orang lain, ada efek apa2 kat aku ker?
Ada ganggu family aku?
Ada ganggu akademik aku?
Ada ganggu kucing aku?
Ada ganggu blog aku?

Kalau dia bahagia,,
Dia rampas kebahagiaan aku ker?

Kalau dia bahagia..
Kacau rezeki aku ker?

Kalau dia bahagia..
Aku takkan bahagia selamanya ke?

Kalau dia bahagia..
Aku takkan jumpa dengan orang yang sepatutnya dengan aku ke?

Bagus la kalau dia bahagia.
Atlis dia tak kacau aku pun..

Tak perlu kot nak menyesal dengan kebahagiaan orang lain..sepatutnya kita gembira sebab dia bahagia..:)

Hari ni hari dia..
Tapi takkan xde hari kita yang bahagia kot…?

Asalkan kita bersyukur dengan apa yang kita ada, insya Allah kita akan rasa bahagia.

Alhamdulillah…:)





Sejak dah dewasa ni, aku tak risau langsung rejek sapa2.. masa kanak2 dulu takut la jugak.. takut dia sedih, takut dia frust.. 


tapi berdasarkan pengalaman, tak payah la nak takut semua tu.. orang laki xdenye nak frust lama2 sebab pompuan.. kita rejek dia pukul 1, pukul 2 dia dah cari orang lain..haha..

bagus la kan? atlis kita tak rasa bersalah.

setakat ni aku taknah rasa bersalah. sebab xde pun lelaki yang betul2 frust bila aku rejek.. so aku pun hepi je la..xdenye nak nyesal. kalau ada yang frust menonggeng sampai tahap kronik tu, nyesal la jugak aku...hik3...nasib baik xde..

UniMeOw : yakin dengan janji-Nya.


14 comments:

Naz said...

yg penting kita bahagia..

kimi jamai said...

betul tu.. kita kena belajar untuk merejek supaya kita x bagi harapan palsu kat sapa2 yg xsepatutnya.. :)

Perttzyana Alpah said...

Serius setuju!

Zara Alisha said...

kalo dia dah bahagia... kita doa semoga kebahagiaan dia berkekalan..uhuk7x ....

my notes said...

assalamualaikum ...
usia mendewasakan kita ...
perjalanan hidup mendewasakan kita ...
pengalaman mendewasakan kita ...

hanya kita tahu apa yang kita lalui dan rasa ...

Benar ! janji Allah sudah pasti !

deno said...

semoga berbahgia selalu... :)

syaewewwie abdull said...

jom komen dkt entry ni .. sya nak blogwalking :)

http://elsaulfahdotnet.blogspot.com/2013/04/blogging-contest-by-tumtumshop.html

Mizz Aiza said...

kita berhak memilih yang terbaik untuk diri kita..

Aniq Bukhary said...

Meow! Meow! :)

UniMeOw said...

naz:betol! :D

kimi:yeah!!itulah prinsip idup ak..kalo xmaw katakan xmaw..hehe

UniMeOw said...

PA:hehe...

zara:erm,,2 la nsihat kmu kt kte dlu..cyes kte igt..wpun tme 2 xleh timer..skg dah leh timer,,dah waras..hehe tq..

UniMeOw said...

MN:yeah,,,janji Allah itu pasti,,:)

deno:tq..:)

UniMeOw said...

sA:ok..:)

MA:btol..kta berhak menentukannya..undi adalah rahsia..eheh

UniMeOw said...

aniq:aummm..!!eheh,,meow..;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...