Sunday 26 June 2011

Pesanan buat gegirls kat hostel

>n3 ini khas buat girl sahaja,para boboy xyah baca pon xpe kot<

Buat kawan2 pompuan yang menginap di asrama/hostel/kolej/dewan penginapan or yang sewaktu dengannya,,dengan sukacitanya ingin saya berpesan beberapa perkara yang mesti kita mek perhatian.

gambar hiasan..:D

As we know, tempat kita menginap tu bukan “rumah” kita je kan. Ada makhluk lain yang turut menjadi penghuni tetap kat situ. Malah, golongan ini lebih layak menjadi tuan rumah berbanding kita. Walaupun mereka tidak membayar yuran penginapan, kita kena ingat..di saat kita bercuti mereka tetap tinggal di situ.

Perkara pertama ingin saya pesan, jaga cara kita berpakaian semasa berada di hostel. Alamak, kena batang idung sendiri! Yup, jangan terlalu seksi. Makhluk tu (betina) jeles kalo2 laki dia terjatuh cinta dengan anda. Jangan tak tau, jin juga ada kemungkinan jatuh cinta dengan manusia.

Kedua, jangan mandi “free2”..paham x? atau dalam bahasa mudahnya jangan mandi bogel. Pakai la kain basah. At least pakai la pakaian “”kecik2”, tutup sikit. Kita selalu risau kalau2 ada manusia rakam kita mandi, padahal anak lelaki/ abang/ bapak/ datuk/ cucu cicit  jin yang jantan,kalau mereka mempunyai keinginan untuk skodeng kita, mereka tak perlu panjat tingkap pun. Kalau mereka berada di atas kepala kita pun, bukannya kita nampak kan? Mandi “free2” ni jugak salah satu punca jin jatuh cinta dengan manusia tau..

Ketiga, time period, basuh la pad. Makhluk2 tu sangat la suka dengan darah kotor wanita. Lagi satu, bila masuk toilet, pastikan anda beralih belakang sebelum keluar. Tengok, mana la tau kot2 ada kesan period tertinggal. Kalau ada, cuci sampai bersih. Selalu yang terjadi, orang yang period tak cuci betul2 toilet, then orang lain geli nak masuk. Bila takde orang masuk, maka bertapalah makhluk itu di toilet tersebut. Itulah yang selalunya menjadi penyebab histeria.

Keempat, sebelum tidur bacalah Surah al-Mulk. Selain membantu kita semasa dalam kubur nanti, surah ni jugak dapat menghindarkan gangguan jin setan semasa kita tidur.

Tu je la kot, kalau ada lagi akan saya tambah di kemudian hari. Pesanan2 ini saya dapat daripada kawan saya (Masyi). Masyi ni orang silat, so sedikit sebanyak dia tau la pasal gangguan2 makhluk halus. Errr,,,dia bukan anak Harun Din k…hehe

UniMeOw: xpernah + xsanggup tengok orang histeria…T_T

Saturday 25 June 2011

~Nicknamesssss~

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Hari ini, dengan rasminya ingin ku kategorikan diri aku ke dalam golongan manusia yang banyak nickname. Miauuuhahahahaha~

Dari kecik bawak ke besor, macam2 nickname dah aku dapat. Ada yang aku letak sendiri, ada yang orang bagi.. Nickname yang memang sinonim ngan aku ofcoz la Adik. Sebab aku anak bongsu. Orang yang lebih tua dpd aku, panggil la aku adik..aku x kesah pun..hehe

Owh, dan xlupa jugak. Gelaran adik ni la yang akan aku guna setiap kali berinteraksi dengan kucing..haha (jangan kata aku gila plz..)

Masa kecik2, abah mama panggil aku Uni (masa baby) coz waktu kecik aku pakai pampers Uni…hahahaha…(ni yang wujud nama UniMeow ni..)
Pampers uni dah xwujud dah skrg...mama la cakap..
pic ni jenama China mali...haha tq cik google!

Sekolah rendah
Adik + Uni = Diki
à Dicky. Nickname yang angah bagi kat aku..hehe
Ada cikgu panggil aku Jalilah..owh..
Bukan Dicky Cheung k..ahaks~

Sekolah menengah
kengkawan, cikgu2 panggil Yuni. Standard r..
Ada kawan panggil Meow..hahahahahahahaha~ cikgu BM aku taw..:p
Ada kawan panggil aku Montel (walaupun aku rasa aku slim giler). Grrrr…

PLKN
kengkawan, cikgu2 sumer panggil Cat. Sempena kesukaanku pada makhluk Allah tue..ahaks~
Kucing tanpa tuan kat Hospital Tha Phei, Satun..mama pgil dya dokter besaq..hehe

Matrik
Aku soh kawan2 panggil aku Uni. Tapi gelaran yang aku dapat ----
àMamaMeow coz aku ni dianggap mama kpd meow2 kat situ. Siyes kat m3x aku banyak giler kucing!
Gelaran Mama memang dah lekat ngan aku sampai la sekarang..huhu aku x kawen lagi la woi!

U
Elly. Sempena nama kucing kesayangan aku yang telah ‘pergi’ masa aku kat matrik lu. Aku sayang giler2 kat dia. Selalunya orang letak pic pakwe lam dompet, tapi dompet aku penuh ngan pic elly. Sob3x..(sebab aku xde pic abah ma yang kecik..hehe)

Tak kesah la orang nak gelar pe pon, yang pasti aku sangat anti orang panggil aku Ayu. Anti giler. Aku rasa nak penampor jer orang panggil aku ayu..
Orang yang xtaw leh la dimaafkan lagi, orang yang  sengaja? Hehe berniat nak putuskan silaturrahim kot…isy,,astaghfirullah! Isy,,,ngarut betol la kamu ni uni oi~

UniMeoW: paling suka gelaran adik! :D

Tuesday 21 June 2011

Maafkan kak yuni,adik2…

"perhubungan yang bermula dengan penipuan mungkin akan berakhir dengan kebencian.
jadi, buat sesiapa yang telah menipu aku, baik mengaku sekarang…..”


Camnie la lebih kurang status fb aku baru2 ni.

Status nie ditujukan khas buat sorang yang kononnya kawan yang aku kenal kat fb. Dia ok, xde prob pun ngan aku, cuma yang aku heran kenapa dia mesti menipu. Tipu kos pe dia mek n tipu sekarang dia sem bape…persoalannya…

Perlu ke dia tipu untuk berkawan dengan aku??

Dia ingat aku xnak kawan ngan dia ke kalo dia gtau benda sebenar pasal diri dia? Owh plz la…aku boleh jer nak kawan ngan sesaper pun, asalkan orang tu baik..

Yup, aku rasa agak terkilan dapat kawan macam tu.

Tapi….

Aku muhasabah diri,,,dan aku sedar…sebenarnya aku juga penipu dalam perhubungan..

Aku tipu junior2 aku.

i'm guilty!!!!

Aku bahasakan diri aku “kak yuni” sedangkan aku sama umur dengan dyorang. Dan junior2 ni saaaaaaangatlah baik dengan aku,,sayangkan aku sebagai sorang “kakak”.

Macam2 gelaran dyorang bagi kat aku…kak yuni, kak pelangi, kak tulip…

Buat aku terfikir, kalaulah dyorang tahu hal sebenar, nak ke dyorang sayang aku macam sekarang?

Siyes, aku memang dah anggap dyorang adik2 aku…adik2 kesayangan! ;)

Ada antara dyorang yang tahu aku ni sebaya, tros berubah sikap. Maybe rasa tertipu.

Tapi bagi aku, kalau sama umo pon, xsalah kan panggil kak…aku selesa macam ni. At least aku kakak senior dyorang. :p

Aku memang suka bahasakan diri kakak, adik, abang. Sesaper yang aku dah panggil abang/adik(lelaki), aku akan rasa selesa ngan dia coz x mungkin aku akan jatuh cinta dengan dia. Yela, dah anggap abang/adik…camner nak ada feeling? Tu yang buat aku selesa…hehe lagi pun macam mesra la panggil camtu..macam satu family…J

Seboleh mungkin, aku cuba mengelak bila junior2 tanya sal umo, tapi teramatlah menipunya kalau aku cakap aku langsung xde rasa bersalah.
Untuk menghapuskan rasa bersalah tu, aku tulis la entry ni.
Pasnie jangan cakap kak yuni x gtaw, I dah gtaw k..korang yang x baca…huhu
Masa ni budak2 ni berebut2 mek pic sebelah aku...kalaulah dyorang tahu aku sebaya dyorang,,,

UniMeOw: Bila aku dah xmenipu macam ni, so boleh la aku nak marah kawan fb yang menipu aku tu..lalalaala~

Tiada yang sempurna

“Bertuah siapa yang dapat kamu.”

“Kenapa cakap macam tu?”

“Yela, kamu ni baik, cantik…”
“Muahahahahahaha~” terhambur tawa yang tidak dapat ditahan-tahan lagi, lalu menyambung “cantik? Lawak antarabangsa la..hahaha..”

“saya serius. Kamu mesra, mudah didekati tapi bukan mudah untuk miliki hati kamu.”

Dia terdiam. Sedikit sebanyak mengakui kebenaran kata-kata yang baru didengarinya. Memang, dia mudah berkawan dengan sesiapa saja, tapi hatinya bukan  seperti hadiah yang boleh diberi dengan mudah.

“Daripada apa yang saya lihat, kamu seorang yang realistik dalam percintaan. Kamu memerlukan sebab untuk mencintai seseorang dan menetapkan ciri2 lelaki idaman untuk memilih kekasih.”

Dia terdiam lagi. Dia bukanlah seorang yang realistik sebenarnya, tetapi lebih kepada romantik. cinta yang penuh dengan impian seperti yang terlakar dalam novel sentiasa menjadi angannya.. Namun, dia lebih selesa mendengar sahaja tanpa membantah.

“Tapi,,,fikirlah.. Untuk apa mencari pasangan yang terlalu sempurna sedangkan kita sendiri pun manusia biasa yang tidak sempurna..?

Dia tersentak. Ayat ini betul-betul menyentap jantungnya. Ya, dia pernah bercinta. Tapi berpisah kerana masing-masing merasakan tiada keserasian antara mereka.

“kan mudah perjalanan cinta kita andai kita dapat menerima seadanya?” detik hatinya, seolah-olah sedang berbicara dengan si dia..
Memori lama mula memenuhi minda..


UniMeOw: hadoi,,,lain yang aku nak buat, lain yang jadik…huuuuuuu camner la boleh tulis cerpendek lak ni…. tetiber jer..huhu

Monday 20 June 2011

Najuwa – bisikan rahsia hatiku

Suasana tenang di tasik itu telah menggamit memoriku. Memoriku bersama dia. Ya, dialah sahabat, dialah pendorong, dia juga musuh namun…dialah penyeri duniaku.

Berdekatan tasik itulah letaknya dewan seminar yang aku sertai bersamanya. Seminar yang penuh dengan memori. Kami terpaksa berjalan kaki hampir 2 kilometer untuk ke dewan itu daripada kolej kediaman.

Kesejukan bagai berada di gunung salji semasa berada dalam dewan serta-merta diganti dengan kehangatan sang suria apabila terpaksa berjalan kaki pulang ke kolej kediaman. Keadaan ini membuatkan aku demam.

Pada hari terakhir seminar, iaitu pada hari ketiga, seperti biasa aku berjalan bersamanya. Najuwa, sahabatku. Kami bersemangat berjalan dan apabila sampai ke kolej kediaman, kami segera ingin ke bilik untuk berehat.

Bilik kami terletak di tingkat dua. Sementara berjalan ke bilik, Najuwa yang sememangnya periang dan nakal itu mengetuk setiap pintu bilik yang berpenghuni dan terus berlari ke tingkat atas. Aku malas mahu melayan kerenahnya. Keadaanku yang kurang sihat membuatkan aku kehilangan mood untuk mengenakan orang lain.

Langkahku terhenti apabila melihat seekor ibu kucing yang cantik bersama anak-anaknya. Kucing itu berada betul-betul di hadapan pintu bilik yang telah diketuk oleh Najuwa. Aku menghulurkan tangan sebagai tanda “salam perkenalan” kepada ibu kucing itu. Kasihan, kurusnya kucing ni…

Sedang aku leka memberi belaian kasih sayang pada ibu kucing itu, pintu bilik yang berada di hadapanku dibuka. Kemudian bilik-bilik lain juga dibuka. Semua tuan bilik memandangku dengan pandangan “nak cari gaduh ke?”. Aku cuba untuk tersenyum.
Setelah menghadiahkan jelingan tajam ke arahku, semua tuan bilik menutup kembali pintu bilik mereka dengan hempasan yang boleh tahan kuat. Aku terkesima. Semestinya mereka marah kerana pintu bilik diketuk, tetapi tiada sesiapa di luar..kecuali aku!

“ah, ini semua Najuwa punya pasal!”

Sampai saja di bilik, Najuwa terus ku serang tanpa belas kasihan.
“woi, hang ni cari pasai sungguh…b*** betoi la!! Ha,,,semua orang tengok aku tau tak??!!”

Najuwa hairan melihat aku yang seperti disampuk jembalang gila ini.

“pasai pa?” dia bertanya, cuba meminta penjelasan.
“hang la, p ketuk pintu bilik orang buat apa? Tengok, semua orang marah kat aku!!”

Najuwa terdiam. Aku juga. Menahan kemarahan.
Tiba-tiba Najuwa ketawa sekuat-kuatnya. Seronok kerana berjaya mengenakan orang lain. Bertambah seronok apabila aku, sahabatnya ini yang menjadi mangsa.

Ohhh Najuwa…aku yang tengah hangin satu badan terus ketawa bersama. Bagai api yang disimbah air, kemarahanku terpadam.

Aku tersentak dari terus melayari kenangan. Rindu yang melimpah-ruah tiba-tiba menerpa benakku. Ya, terlalu banyak memori yang ku bina bersama Najuwa, tetapi inilah kenangan yang paling kuat terpahat di mindaku. Kerana, inilah kali pertama dan terakhir (insya-Allah) aku memaki hamun seseorang dengan perkataan b***!

Dan mangsa pertama dan terakhirku adalah seseorang yang bergelar sahabat.

UniMeOw: Maafkan aku sayang…haha~

sekarang Najuwa dah jadi cikgu..kalaulah murid dia tau perangai dia kat sekolah dulu..hahahahaahahaha~


Sunday 19 June 2011

Tips mengurangkan berat badan


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
Kawan2 sekalian, dengan sukacitanya pada hari yang berbahagia ini akan saya kongsikan tips-tips mengurangkan berat badan. Tips ini teramatlah sesuai diamalkan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa mahu pun usia tetapi mestilah membela kucing...eheh.. Jom ikuti tips2 ini!
1.   Kurangkan makan -berkongsilah!
Jangan risau, setiap kali membeli makanan di restoran, belilah seperti yang anda selalu makan. Tetapi….apabila nampak je kucing melintas, jadikan berkongsi dengan kucing sebagai satu kewajipan. Bukan sahaja kurus, anda juga akan memperoleh kebahagiaan, insya-Allah…
kenapa saya kata begitu? Kerana, kucing juga makhluk Allah yang boleh berdoa. Apabila anda membuatkan kucing bahagia, secara x langsung anda juga akan bahagia... :D

2.   Hidup secara aktif -bermainlah!
Jangan ragu2 mengajak kucing tersayang bermain. Selain menyihatkan badan kerana kita banyak bergerak, kucing kita juga akan turut merasai gaya kehidupan sihat yang kita amalkan secara berjemaah bersamanya.
Game apa nak main? Macam2..main tetikus, main lompat2, main tali..tapi pastikan anda juga bergerak bersama kucing. Jangan pulak kucing jer yang bergerak, kang berat badan kucing je la yang turun..huhu
gerakkan badan yer murid2,,bukan maen game!!

3.   Tidur yang mencukupi
Okeh, tips ini amat bersesuaian bagi mereka yang sukar tidur kerana takut tidur keseorangan macam saya! Bagi memastikan anda boleh tidur dan tidur anda mencukupi, ajaklah si manja menjadi peneman setia anda, tidurlah bersama kucing. Percaya atau tidak, nafas kucing boleh memberi ketenangan seterusnya membuatkan kita tidur dengan nyenyak..ahaks!
tido biar cukup,,,tapi pilihlah tempat yang sesuai...huhu

4.   Jangan tidur berlebihan!
Untuk memastikan anda tidak tidur secara berlebihan, ajaklah kucing garang tidur bersama anda. Contohnya, kucing saya akan menggigit kaki saya setiap kali saya liat nak bangun bila mama panggil. Nasib baek saya x sepak je kucing tu! Ataupun kucing yang suka kejutkan tuannya bangun subuh setiap kali mendengar azan…jangan x percaya, memang wujud kucing sebegini..:)
Tuan yang malas bangun subuh mensti dicakar!!!!meow~~~

5.   Putuskan percintaan
Hahaha rasanya tips inilah yang paling berkesan untuk mengurangkan berat badan. Apabila anda mempunyai kekasih yang cukup baik untuk anda, putuskanlah perhubungan anda itu secara tiba2. Kesan yang lebih baik akan diperolehi sekiranya dia yang memutuskan hubungan. Perkara ini akan membuatkan anda frust, lalu tidak berselera untuk menjamah makanan. Tapi awas, ada juga manusia yang makan lebih banyak apabila frust. Bagi golongan sebegini, jangan cuba tips ini…haha
hipotesis:semakin intim hubungan yang diputuskan, semakin  efektif  proses mengurangkan berat badan...haha

UniMeOw: Eddy (my cat)  dah obes…sapa ada tips mengurangkan berat badan kucing? =_=”
pic terbaru eddy..masa mula2 datang merempat je...sekarang...hmmmm

Saturday 18 June 2011

Bersedihlah!

Hape ke pelik tajuk n3 minah nie?? Mana ada orang yang dengan riang-rianya menyuruh orang lain bersedih? Selalunya ayat yang femes ialah “jangan bersedih”, baru la logik. Memberi semangat pada orang lain yang tengah bersedih,,,ni x..xpasal2 suruh orang bersedih pulak…giler ke per UniMeOw ni?

Hehe….relaxlah sahabatku sekalian~

Memang, xde saper lam dunia ni yang suka bila diri dia bersedih. Sedih tu adalah perasaan yang seboleh2nya mahu dielak oleh semua manusia di muka bumi ini,,kan3x??!!

Tapi, dari sudut psikologi..bersedih, frust, unhappy bcoz of an event adalah normal. Ya,normal!

Tapi bersedih tu biar la bersebab…jangan pulak tengah syiok2 makan angin kat pantai, tetiber je nangis..yang tu memang la abnormal..huhu

Kenapa saya cakap bersedih tu normal?

Okey,,cuba anda bayangkan…

Seorang pencinta kucing melompat keriangan bila kucingnya mati…abnormal x?

Seorang student yang study bersungguh2 siang malam berjoget gembira bila kena repeat semua paper yang dia mbik…abnormal x?

Seorang anak yang manja dengan ayahnya menyanyi dengan senang hati pada majlis tahlil ayahnya yang baru meninggal kelmarin…abnormal x?

Seorang gadis yang kekasihnya mengaku ingin sehidup semati dengan gembiranya bergelak ketawa apabila kekasih yang dicintainya itu telah memutuskan hubungan tanpa alasan yang munasarawak…abnormal x?

Abnormal kan…

So,,yang normalnya…mereka ini ofcoz la akan bersedih. Normal la kalo mereka sedih,,xkan nak hepi pulak bila unfortunate event jadi kat diri kan…

Anda juga, (termasuklah saya), bersedihlah bila patut bersedih. Jangan nafi or pendam perasaan tu, nanti jiwa kita yang merana. Luahkan pada sum1 yang kita percaya, kalo anda rasa dah xde sape dah dalam dunia ni yang boleh dipercayai,,at least mengadulah pada Pencipta kita..Dia Maha Mendengar, jadi jangan sesekali meragui yang Allah sentiasa bersama kita.

Tapi…dalam psikologi, apa yang x normal adalah bersedih yang terlalu lama. Takkan dah clash tiga taun pon bersedih lagi?

Takkan ayah meninggal 10 taun lepas pun bersedih lagi? Yup, memang si anak akan bersedih selamanya, tapi kalo sampai terperap dalam bilik, buat kerja apa pun xnak, tu dah dikira sebagai abnormal.

Lecturer saya cakap, 3 bulan adalah tempoh maksimum untuk bersedih. Kalau selepas 6 bulan pon still bersedih, xnak makan minum,,better p jumpa psikatrik. Takut2 orang tu menghadapi kemurungan. Jangan pandang ringan dengan kemurungan, takut2 melarat. Nauzubillah.


So, kengkawan…bersedih itu perlu, tapi berpada2lah.

UniMeOw: hidup mesti diteruskan! Look 4wad, never look back! J

Thursday 16 June 2011

Janganlah kawan2ku…

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
1st of ol,, aku nak ucap timer kaseh kat sumer kawan2 yang prihatin tentang cintanya diriku pada makhluk Allah yang bernama kucing.

Ada antara kawan2 aku yang sanggup mek gambaq kucing di mana2 sahaja,,sama ada di kafe, kolej, depan pintu bilik malah di toilet semata2 ingin mengetag aku di fb. thx kawan2,,korang memang prihatin dengan perasaan aku.

Tapi…..

Ada tapinya.

Ada antara kawan2 aku suka tag aku kat video/pic kucing yang cedih2 or menakotkan. Kucing kena s**b*l*h la, kucing kena m*s*k la, kucing kelaparan la, kucing kena kasi la…..macam2 lagi la…

Maybe dyorang nak aku sama2 ngan dyorang melihat kekejaman manusia seterusnya memaki hamun manusia2 bangsat kejam tu..tapi……

Kawan2,,,sori…saya sangat takut dengan benda2 macam tu. Tengok darah pun takut, ni kan pulak tengok binatang kesayangan dibuat macam tu. I really can’t. siyes!
Sekali tu aku tengok pic kucing dibiarkan kelaparan kat blog sorang kakak tu. N malam tu aku tido ngan sedu-sedan….cedih! Esoknya aku bangun dengan mata bengkak. Huhu….

Jangan la weiii,,,jangan la tunjuk kat aku benda2 macam tu…korang suka ke tengok aku sedih?
Isk isk isk….
maaf,hanya pic ini yg mampu ku insert dalam n3 ni...
xnak letak pic cedih2...huhu

UniMeOw: kadang2 terpaksa meremove tag,,,korang paham2 la yer….huhu

Wednesday 15 June 2011

Hari pertama ke kelas sebagai cikgu



Nervous. Tu je yang boleh aku describe tentang perasaan aku bila diberi surat ganti kelas. Kelas 2A. nasib baik. Kalo kelas belakang xtaw la aku,,maw nangis..huhu

Bila aku masuk,,,sedaya mungkin aku control neves aku, dengan harapan student ingat aku ni dah lama mengajaq n “kondifen” dalam klas..padahal,,,dalam hati…..hanya Tuhan yang tahu..

Ketua kelas: Bangun….Assalamualaikum cikgu..
Tyme ni aku sekali nak ikut dyorang bagi salam kat cikgu…lupa pulak yang aku dah jadi cikgu sekarang..huhu

Pastu dyorang teragak2 nak baca doa ke x. selalunya dyorang baca, tapi pas bagi salam aku dah soh dyorang duduk..huhu (=_=)” at last baca jugak..aku hanya mampu tersengih malu tyme tu…huuuuuuuu

30 minit pertama, aku xtaw nak watpe…siyes. Blur! Ye la,,aku x sempat nak suruh pape g,,,dyorang ngan slamber pegi tempat kawan, sembang2 macam kat kedai kopi, n wat aku macam x wujud lam klas tu…huhu aku pon wat muka toya je la…

at last aku bangun jugak, ronda kelas. Ramai yang tengah wat homework math. Ada jugak aku cakap2 ngan dyorang….kalaulah dyorang tahu betapa berdebarnya saat bergelar guru…huuuuu….

Pas aku duduk, aku ajak budak2 klas maen teka-teki. So berteka sakanlah kami..haha kalo aku xleh jawab soalan dyorang, cepat2 aku offer budak2 lain jawab. Bila dyorang bagi jawapan,,,aku pun dengan slambernya akan cakap “hah,,2 la yang cikgu nak jawab tadi..” hahahahaa~ cover!

Bila aku xdak idea, aku hantam ja bagi teka-teki merapu…jawapan lagi r merapu. Bila dyorang tanya “awat jawapan lagu tu?” aku jawab, “dah cikgu yang bagi soalan, sukati cikgu la nak bagi jawapan apa pon..” hua3….cian dak2 tu dapat cikgu macam aku…:p


Setelah siap merapu meraban ngan budak2 klas tu, maka bunyilah loceng menandakan aku harus memblahkan diri dari kelas tu..

Ketua kelas: “bangun,,,!! Terima kasih cikgu..”

Dan dengan slambernya aku pun ikut ketua kelas tu mengatakan “terima kasih cikgu”…..oopppss!

UniMeOw: xleh buang tabiat murid..huhu
  

Monday 13 June 2011

Jawapanku yang bijak! :D

(b4 aku ce citer rini,,,inginku wish kat kak suhada,,cezenku n jah (siti khalijah harun) bezfrenku epi besday~)

Hari ni hari 1st aku wat ROS (Rancangan Orentasi Sekolah). Jangan korang ingat student je kena orentasi. Bakal cikgu pun kena orentasi gak aww…

Tadi “senior” aku (sorang cikgu yg dah banyak pengalaman),gila2 orangnya telah bertanya satu soalan cepu gangsa kat aku.

“Kamu orang mana?”
“orang ____”

“ooo…laki orang mana?”
Ternganga aku seketika. “errr…saya mana kawen g cikgu..”

“xpa,,bakal pak mentua orang mana?”
“saya mana ada bakal pak mentua cikgu..” kataku sambil geleng2 kepala.

“ala,,,toksah dok malu la ngan saya…hah,,,betoi2 ni…bakal pak mentua orang mana?”
“laaa…saya memang xdak lagi bakal pak mentua,,nak habaq cena..”

“xpayah nak cover2,,,cuba jawab secara profesional.”
Time ni darah pahlawan muda aku telah naik ke kepala. Kalo aku dah ada awai2 g aku dah gtaw dia k.. Lalu tercetuslah jawapan bernas ini dari mulutku..

“camnie cikgu, dulu bakal pak mentua saya ni jiran sebelah umah saya. Tapi cancel,,,xjadi. Pastu saya xdak dah la bakal pak mentua…tu je la citernya,,,sekian.”


Terdiam cikgu tu..

Senior pompuan aku bisik kat aku “alamak dik, ulat bulu dah naik daun…”

Aku relax jer, coz aku taw senior laki yang banyak tanya tadi juz maen2 kalo nak menggatal pon…hehe aku kan muda lagi,,layak jadi cucu dia jer..lalalaa~

UniMeOw: aku mana ada jiran sebelah umah…lalala lagi~

Saturday 11 June 2011

~Zaman kanak2~ memalukan!!

“Peserta seterusnya, dipersilakan Ayuni Jalilah bt Jaafar daripada Tadika KEMAS Tanjung Musang.”

Dengan bangganya aku naik ke pentas setelah mendengar namaku disebut. Nervous? Apa tu? Masa tu aku belum mengenal erti nervous. Yang pasti aku excited ingin membuat persembahan.

Pakaianku biasa. Terlalu biasa. Jika mahu dibandingkan dengan pakaian peserta2 lain, aku memang jauh ketinggalan. Aku hanya memakai baju tadika kotak2 putih merah, seluar tadika dan kasut cantik yang dibeli dengan mama. Dat’s all. Sebelum ni mama dah tanya, tak kena beli gaun ke? Aku cakap xpayah, dah cikgu pun x cakap pape…huhu

Ni pertandingan bagi tadika2 kat daerah Kota Setar. Macam2 persembahan yang budak2 tadika buat. Ada yang menari gelek ikut dangdut, ada yang nyanyi lagu patriotic, ada yang bercerita dengan gambar, nasyid, pertunjukan fesyen dan aku….? aku bercerita dengan puppet! :D

Aku memulakan ujaran dengan penuh yakin.

“Assalamualaikum and a very good morning to all of you. Today, I will tell you a story of the wise rabbit and the hungry tiger.”

Tetiber aku dengar riuh satu dewan ketawa. Ketawakan aku. semua orang ketawa. Termasuk cikgu aku sendiri.

Muka aku dah rasa panas yang teramat. Mesti merah giler dah muka aku waktu tu….

Rupa2nya,,,,,,

Aku dengan bangganya menunjukkan puppet harimau masa sebut “the wise rabbit” (suara halus),,,

n dengan gembiranya sekali lagi aku angkat puppet arnab masa sebut “the hungry tiger” (dengan suara besar)…



Owhhh….apalah nasib…tapi kejap je aku malu, pastu dengan selambernya aku pun sambung la bercerita…nasib baik x silap puppet lagi masa tengah2 cerita. Huhu…….

Bila balik tempat kat sebelah cikgu, cikgu pon mula la beletiaq…”kan cikgu dah kata tadi, jangan tukar tangan. Kamu kan dah biasa letak harimau belah kanan, arnab belah kiri..”

UniMeOw: dapat no 4 dalam pertandingan tu…huhu

Tuesday 7 June 2011

~Terengganu~ in my HeaRT! ;)



Baru2 ni aku g Ganu,,prog  baksis (bakti siswa=anak angkat)..siyesly,,,aku memang dah 4 tauuuuunnnnnnn tingin nak g Ganu, n ble dapat peluang nie,,,aku hepi sgt2!!! >_<

errr...aku nak ce citer ngan pic,,,tapi........

lambat gler nk loading...uhukk3,,,:'(
aku dah nak balik dah jpg...

xpe la,,,kalo nk tgk pic,,meh sini..huuuu.....

pape pon,,juz wan 2 say dat

"I CAN'T WAIT 2 GO GANU AGAIN N AGAIN!!!" :D

Setelah beberapa jam,,akhirnya berjaya gak uplod pic ni..huhu


Pic paling aku hargai...tq Fiza n Min!muah2~






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...