“Bertuah siapa yang dapat kamu.”
“Kenapa cakap macam tu?”
“Yela, kamu ni baik, cantik…”
“Muahahahahahaha~” terhambur tawa yang tidak dapat ditahan-tahan lagi, lalu menyambung “cantik? Lawak antarabangsa la..hahaha..”
“saya serius. Kamu mesra, mudah didekati tapi bukan mudah untuk miliki hati kamu.”
Dia terdiam. Sedikit sebanyak mengakui kebenaran kata-kata yang baru didengarinya. Memang, dia mudah berkawan dengan sesiapa saja, tapi hatinya bukan seperti hadiah yang boleh diberi dengan mudah.
“Daripada apa yang saya lihat, kamu seorang yang realistik dalam percintaan. Kamu memerlukan sebab untuk mencintai seseorang dan menetapkan ciri2 lelaki idaman untuk memilih kekasih.”
Dia terdiam lagi. Dia bukanlah seorang yang realistik sebenarnya, tetapi lebih kepada romantik. cinta yang penuh dengan impian seperti yang terlakar dalam novel sentiasa menjadi angannya.. Namun, dia lebih selesa mendengar sahaja tanpa membantah.
“Tapi,,,fikirlah.. Untuk apa mencari pasangan yang terlalu sempurna sedangkan kita sendiri pun manusia biasa yang tidak sempurna..?”
Dia tersentak. Ayat ini betul-betul menyentap jantungnya. Ya, dia pernah bercinta. Tapi berpisah kerana masing-masing merasakan tiada keserasian antara mereka.
“kan mudah perjalanan cinta kita andai kita dapat menerima seadanya?” detik hatinya, seolah-olah sedang berbicara dengan si dia..
Memori lama mula memenuhi minda..
UniMeOw: hadoi,,,lain yang aku nak buat, lain yang jadik…huuuuuuu camner la boleh tulis cerpendek lak ni…. tetiber jer..huhu
No comments:
Post a Comment