Sunday, 26 June 2011

Pesanan buat gegirls kat hostel

>n3 ini khas buat girl sahaja,para boboy xyah baca pon xpe kot<

Buat kawan2 pompuan yang menginap di asrama/hostel/kolej/dewan penginapan or yang sewaktu dengannya,,dengan sukacitanya ingin saya berpesan beberapa perkara yang mesti kita mek perhatian.

gambar hiasan..:D

As we know, tempat kita menginap tu bukan “rumah” kita je kan. Ada makhluk lain yang turut menjadi penghuni tetap kat situ. Malah, golongan ini lebih layak menjadi tuan rumah berbanding kita. Walaupun mereka tidak membayar yuran penginapan, kita kena ingat..di saat kita bercuti mereka tetap tinggal di situ.

Perkara pertama ingin saya pesan, jaga cara kita berpakaian semasa berada di hostel. Alamak, kena batang idung sendiri! Yup, jangan terlalu seksi. Makhluk tu (betina) jeles kalo2 laki dia terjatuh cinta dengan anda. Jangan tak tau, jin juga ada kemungkinan jatuh cinta dengan manusia.

Kedua, jangan mandi “free2”..paham x? atau dalam bahasa mudahnya jangan mandi bogel. Pakai la kain basah. At least pakai la pakaian “”kecik2”, tutup sikit. Kita selalu risau kalau2 ada manusia rakam kita mandi, padahal anak lelaki/ abang/ bapak/ datuk/ cucu cicit  jin yang jantan,kalau mereka mempunyai keinginan untuk skodeng kita, mereka tak perlu panjat tingkap pun. Kalau mereka berada di atas kepala kita pun, bukannya kita nampak kan? Mandi “free2” ni jugak salah satu punca jin jatuh cinta dengan manusia tau..

Ketiga, time period, basuh la pad. Makhluk2 tu sangat la suka dengan darah kotor wanita. Lagi satu, bila masuk toilet, pastikan anda beralih belakang sebelum keluar. Tengok, mana la tau kot2 ada kesan period tertinggal. Kalau ada, cuci sampai bersih. Selalu yang terjadi, orang yang period tak cuci betul2 toilet, then orang lain geli nak masuk. Bila takde orang masuk, maka bertapalah makhluk itu di toilet tersebut. Itulah yang selalunya menjadi penyebab histeria.

Keempat, sebelum tidur bacalah Surah al-Mulk. Selain membantu kita semasa dalam kubur nanti, surah ni jugak dapat menghindarkan gangguan jin setan semasa kita tidur.

Tu je la kot, kalau ada lagi akan saya tambah di kemudian hari. Pesanan2 ini saya dapat daripada kawan saya (Masyi). Masyi ni orang silat, so sedikit sebanyak dia tau la pasal gangguan2 makhluk halus. Errr,,,dia bukan anak Harun Din k…hehe

UniMeOw: xpernah + xsanggup tengok orang histeria…T_T

2 comments:

* HeeBum * said...

betol tu setujuuu.. dulu2 zmn dok hostel pon sllu kene pesan cmni :D

kasih sufi said...

EEEE....k.uni
gerun aih... xpernah tgok org histeria...
tp pernah tgok org kena rasuk...sama ke tu....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...