“Uni, free tak hari khamis ni?”
“ermm…free ja..awat Along?”
“mai la tolong Along, ada program kat SMK Jabi..”
Tanpa berfikir panjang aku terus bersetuju. Aku dah lama tak terlibat dengan program Rebutia, rindu pulak rasanya. Lagi pun aku bukan buat apa pun cuti2 sem ni..
Tiba hari yang dijanjikan, aku pun pegi la SMK Jabi. Along dah lama sampai masa aku sampai, padahal waktu tu baru pukul 730 pagi.
Macam2 aktiviti la yang Along n Meor buat. Semuanya aktiviti motivasi. Aku tolong sikit2 je. Yang bestnya aku dapat adik fasi baru. Nama Shuhada.
nie Along,,,mentor kesayangan aku... |
Shuhada pun salah sorang student cemerlang jugak. Kalau tak silap dari SMK Kuala Nerang. Sweet orangnya..:)
Masa aktiviti, macam biasa Along tekankan jugak pasal ibu bapa. Memang dah jadi kemestian, setiap kali program, kami memang akan ingatkan peserta jasa2 ibu bapa. Bagi aku,parents r da bes motivator.
Yang aku tak boleh lupa, ada sekali tu Along suruh peserta tulis kat kertas apa perasaan dyorang sekarang. Salah sorang peserta tulis “saya terfikir, muka kak yuni sebijik macam girlfren abang angkat saya”
Haha…nak tergelak pun ada, nak bengang pun ada. Tak habeh2 abang angkat, kak angkat, adik angkat, boyfren angkat, awek angkat..semuanya nak diangkat.. zaman aku sekolah dulu aku ada jugak kak angkat,tu pun dyorang yang mintak.. tapi tak pernah terfikir pun nak ambik abang angkat. Ada 3 orang abang yang kuat membuli tu pun dah cukup bagi aku, tak payah nak angkat2 dah..haha..lagipun aku tak lawa..mana ada senior nak mek jadi adik angkat..haha ngaku je la uni..
Lepas habis aktiviti, peserta pun bersalaman la dengan kak2 n abang2 fesi. Ada dua orang peserta, perempuan, tunggu je orang lain salam. Selalunya kalau tunggu nak jadi orang last salam ni, mesti ada pape nak cakap ngan fesi.
Seperti yang dijangka, adik tu pun cerita la kisah ayah dia. Panas baran, suka pukul orang, asyik marah2 dan macam2 lagi la yang tak baik pasal ayah dia.
“betul kak, Along suruh kami hormat ayah. Tapi macam mana kami nak hormat kalau ayah dah macam tu. Saya buat apa pun dia marah. Dah la suka pukul mak saya.”
Peserta tu bersungguh2 meluahkan rasa tak puas hati pada aku dan Shuhada.
Aku terdiam, mencari kata2 yang paling sesuai untuk dilontarkan pada budak tingkatan 4 ni.
“Adik, syukurlah adik ada ayah. Kak dah lama takdak ayah,dik..”
Belum sempat aku berbicara, Shuhada bersuara terlebih dahulu. Inilah ayat Shuhada yang betul2 mengejutkan aku. Banyak lagi dia bebel sebenarnya, tapi ayat ni je yang aku ingat, sebab ayat ni betul2 membuat aku tersentuh.
Sungguh, hampir saja aku menangis di situ.
nie la Syuhada..dah lost contact pon...sob2~ |
nie Along ngan Meor..Along belanja myfc pas program tu..hehe tq Along! |
UniMeOw : macam mana pun ayah kita, lebih baik ada daripada tak ada. Alhamdulillah..
No comments:
Post a Comment