Saturday 8 November 2014

Kisah aku, Batrisyia dan pen marker.

Alkisah ada satu ketika, kelas aku kehilangan pen marker. Habis dikerjakan anak2 didik. Sama ada dibaling, dijadikan mainan, disorok, atau digunakan sebagai mainan dengan kucing di luar tadika. Wallaualam.

Pada satu hari, salah seorang anak didikku,Batrisyia telah membawa kotak pensel yang berisi baaaaanyak pen merah. Kebetulan, aku pun kadang2 kehilangan pen merah. Juga hasil kerja anak2. Hinggakan kadang2 aku terpaksa menggunakan colour pencil merah untuk menanda buku mereka.

Batrisyia





"Kak Miza,,cuba tengok ni. Ni nak perli kita ke ni? Mentang2 cikgu takde pen merah..hehe"
Kak Miza, penyelia tadika sekadar tersenyum.


"Batrisyia, meh sini jap. Lain kali,,bawak la pen marker. Kelas kita bukan ada marker." kataku lantas ketawa bersama Kak Miza. Sekadar bergurau. Batrisyia tidak memberikan sebarang respons.

Keesokan harinya...
Batrisyia terus datang kepadaku untuk bersalam. Tapi sebelum itu, dihulurnya pen marker yang baru dibeli.

Aku yang tulis nama dia. hehe

Huhuhu..cikgu lawak je la sayangggggg...
Terus aku rasa bersalah. Tapi aku guna jugak. Eheh..

Tak lama lepas tu, aku beli pen marker sendiri. Tapi pemberian Batrisyia tetap disayangi..wakaka

hadiah buat Batrisyia




Entah apa la parents Batrisyia fikir kan..teruk betul cikgu tadika ni,,pow murid2..haih

UniMeOw: rindu kucing2 kat umah.sob3x...

Saturday 11 October 2014

Tips untuk Jadi Ikhlas :)

Tips-tips ni aku dapat dari Ustazah Fatimah az-Zahra..dia cakap masa kelas tafsir semalam..hehe semalam kami belajar tafsir surah az-Zumar (surah ke 39) yang secara umumnya menerangkan tentang "ikhlas". :)

5 tips untuk latih diri dengan sifat ikhlas:
1. renew niat
    - kena sentiasa renew & refresh niat kita. Buat apa2 pun, untuk dapatkan keredhaan Allah.
    - so kita takkan rasa marah/sedih/kecewa bila orang tak hargai kerja2 kita..kita tak peduli bila orang asyik pertikai apa yang kita buat. sebab kita buat bukan untuk dapat 'keredhaan' manusia, sebaliknya keredhaan Allah. :)

2. Doa
- selalulah berdoa supaya tidak tergelincir dari niat 'untuk dapat keredhaan Allah
- doa dijauhi dari syirik sama ada disedari atau tak disedari. Selalunya tanpa disedari, manusia buat syirik kecil, iaitu RIAK. Bila kita rasa diri kita hebat, tu dah termasuk dalam syirik kecil. Sebab kita terlupa, Yang Mencipta kita tu lagi hebat. ;)

3. Sembunyikan kebaikan yang kita buat
- biar antara kita dengan Allah je..biar Allah je yang tau.. :)

4. Jangan buat kebaikan kerana orang lain buat
- "aku pakai tudung sebab semua housemate aku pakai tudung.." "aku semayang la,,dah mak,ayah,atuk,nenek,moyang aku semua semayang..grrr"
- jangan macam tu..buatlah apa2 kebaikan pun, semuanya kerana Allah. Bukan kerana manusia. 

5. Bersahabat dengan orang baik
- bila kita berkawan dengan orang negatif, dikhuatiri kita terikut2 sama.
- contoh ek..kadang2 tu kita bukan nak dengki, tapi kerana meluat dengan sikap kawan yang suka berlagak,menunjuk2, kita pun menunjuk balik apa yang kita ada..nauzubillah

pic ustazah. cilok kat gugel image

Aku pun budak baru belajar..aku share tips2 ni dengan kawan2 bukan bermakna aku dah sempurna. Sebenarnya aku share ni untuk peringatan diri sendiri..huhu

UniMeOw : besnya cuti..hehe

Thursday 9 October 2014

Setelah Sekian Lama~~~

akhirnya....boleh jugak aku berblogging~~~yes~!!

Errr Assalamualaikum.eheh..

Selama ni aku blogwalking jugak,tapi sekadar jadi silent reader je la..huhu

Sebab online guna henset je. Boleh baca blog orang (& blog sendiri) tapi xboleh compose entry. & takleh komen. sob3..padahal punya la geram tengok pic meow2 kat blog orang..hmm

Ni online guna lappy...lappy pinjam..hehe tq gajah.. <3

Sekarang aku keja kat tadika kat KL. Xdapat posting lagi..huhu



Kalau ikut plan aku, paling lama keja kat sini pun sampai bulan Januari tahun depan je. Sebab rancang2 nak sambung study bulan Februari tahun depan.

Tapi xsure lagi. Kalau dapat kerja tetap sebelum tempoh tu, aku kerja la dulu..

Tengok la dulu macam mana.

Kalau takde keja tetap jugak sebelum Februari 2015, insya-Allah aku sambung study.

Bercakap menulis pasal kerja,,hehe..aku agak hepi la keja kat sini. Memang la penat. Keja apa pun penat kan,,so tak payah la nak mengeluh bagai.

Kadang2 stres jugak dengan kerenah budak2. Tapi Alhamdulillah start minggu ni aku dah mula rasa 'dekat' dengan dorang.. Rahsianya? Aku selalu amalkan ayat2 al-Quran & doa untuk lembutkan hati, tambahkan kasih sayang..belajaq masa kursus kawen hari tu..hehe.. nanti aku share ye..

Sekarang dah xleh tido lewat2..pukul 11 lebih tu dah kira lewat sangat2 dah..hik3.. Tiap2 hari azan subuh jadi alarm clock..tapi kadang2 terlajak jugak..lalala

Harap2 kerja yang sementara ni boleh bagi banyak pengalaman & pengetahuan kat aku..amin..
Tak sabar nak sambung study! :D

p/s:aku nak sambung study kos psikologi perkembangan kanak2..sebab tu aku excited je mintak keje sini..hik3...

UniMeOw: dah lama tak berblogging...ayat aku makin skema sekarang..wakaka
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...