Saturday 11 October 2014

Tips untuk Jadi Ikhlas :)

Tips-tips ni aku dapat dari Ustazah Fatimah az-Zahra..dia cakap masa kelas tafsir semalam..hehe semalam kami belajar tafsir surah az-Zumar (surah ke 39) yang secara umumnya menerangkan tentang "ikhlas". :)

5 tips untuk latih diri dengan sifat ikhlas:
1. renew niat
    - kena sentiasa renew & refresh niat kita. Buat apa2 pun, untuk dapatkan keredhaan Allah.
    - so kita takkan rasa marah/sedih/kecewa bila orang tak hargai kerja2 kita..kita tak peduli bila orang asyik pertikai apa yang kita buat. sebab kita buat bukan untuk dapat 'keredhaan' manusia, sebaliknya keredhaan Allah. :)

2. Doa
- selalulah berdoa supaya tidak tergelincir dari niat 'untuk dapat keredhaan Allah
- doa dijauhi dari syirik sama ada disedari atau tak disedari. Selalunya tanpa disedari, manusia buat syirik kecil, iaitu RIAK. Bila kita rasa diri kita hebat, tu dah termasuk dalam syirik kecil. Sebab kita terlupa, Yang Mencipta kita tu lagi hebat. ;)

3. Sembunyikan kebaikan yang kita buat
- biar antara kita dengan Allah je..biar Allah je yang tau.. :)

4. Jangan buat kebaikan kerana orang lain buat
- "aku pakai tudung sebab semua housemate aku pakai tudung.." "aku semayang la,,dah mak,ayah,atuk,nenek,moyang aku semua semayang..grrr"
- jangan macam tu..buatlah apa2 kebaikan pun, semuanya kerana Allah. Bukan kerana manusia. 

5. Bersahabat dengan orang baik
- bila kita berkawan dengan orang negatif, dikhuatiri kita terikut2 sama.
- contoh ek..kadang2 tu kita bukan nak dengki, tapi kerana meluat dengan sikap kawan yang suka berlagak,menunjuk2, kita pun menunjuk balik apa yang kita ada..nauzubillah

pic ustazah. cilok kat gugel image

Aku pun budak baru belajar..aku share tips2 ni dengan kawan2 bukan bermakna aku dah sempurna. Sebenarnya aku share ni untuk peringatan diri sendiri..huhu

UniMeOw : besnya cuti..hehe

1 comment:

RaksasaBaik said...

Perkongsian yang baik... terima kasih. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...