Thursday 28 June 2012

~n3 Terakhir b4 Cuti Sem 6~

Sebenarnya ada baaaanyak benda aku nak citer..huhu…tapi aku ringkaskan kepada beberapa citer je la ek..

1)   Kiko selamat
Alhamdulillah..kiko selamat.. aku jumpa dia ritu, tapi dia kurus sangat. & Tokin x habis2 nak serang dia…
Hoi Tokin!! Kok yer pon nak lawan tunggu la mamat tu sihat dulu..!!grrrrr…

ciannnn...tengok,,dah kurus kan...sob3...

Anyway,,,tq wat sumer kawan2 yang mendoakan keselamatan & kesihatan Kiko…tqvm!! Muahh2~~

2)   Tq Kikin
Semenjak aku berstatus single ni (single sebab rumate awal2 lagi dah balik), Kikin la yang teman aku tido tiap2 malam…tq Kikin! (bajet Kikin dok baca blog aku je kan…hak3~~)


esok nak exam, malam ni kena study pasal minah ni...aummmm!

kacau orang iron baju...


penuh lappy aku ngan bulu dia...grrrr

Aku dah bagi upah kat Kikin..hehe ce teka aku bagi adiah apa?? Sapa jawab betul aku bagi adiah bermalam bersama Kikin selama 3 hari 2 malam..hehe…

(semoga umate aku x baca n3 ni..kalo tak,,kantoi la aku wak masuk kucing lam bilik...dia xsuka..)

3)   Aku bawak sekor kucing balik umah
Ya,,dan ini adalah pakatan rahsia antara aku dengan Angah. Aku xgtaw family aku yang lain bahawa ni kucing lulusan yuyuem. Aku rasa 1 day aku akan gtaw mama gak, Cuma xtaw bila…huhu

Ok,kisah dia macam ni..kucing ni nama Uni (nama aku lagi!!haha).. kawan aku yang bela Uni, tapi dia xleh wak balik atas sebab2 tertentu.. Oleh sebab aku rasa Uni xleh survive kat sini, so aku pon suruh la Angah bawak balik Uni..

Ni semua salah kawan aku!! Sebab dia manjakan sangat si Uni ni..bagi makan friskies bagai.. Kalo cuti panjang macam ni susah la, mana ada manusia nak bagi makan kat Uni..grrrrr laen kali ajar la dia makan burung ke, cicak ke, monyet ke.. (padan muka ko kena marah kat blog aku..hak3~)

uni-si-demok tdo..hak3..

nah!!hidup ngan aku,,makan nasik la ko uni...hehe

Xpelah,,papehal pon aku harap Uni masih selamat bila aku kembali ke sini sem depan..amin…

4)   Aku kemas barang x siap lagi
Owh!!haha..yang ni pon ada ker?? Ha’ah,,,memang xsiap lagi…padahal petang ni Angah dah nak ambik aku..lalalala tengah mengemas la ni,,,ni berehat sebentar bersama blog..:p



Ok,,sempena cuti ni aku nak wat beberapa perkara..
1)   Jaga abah baik2
Abah kurang sihat 2 3 menjak ni…huhu kecian abah, macam mana abah jaga aku baik2 dari aku kecik sampai besar,,camtu jugak la aku nak jaga abah baik2.. maybe ni la peluang yang Allah bagi untuk aku balas kebaikan abah…:’>

2)   Jaga kucing baik2
Bila aku kat u,,memang la family aku jaga.. tapi aku tetap yakin yang aku jugak penjaga kucing terbaik..muahahahaha (gelak riak) astaghfirullah..
Erm,,xde2..aku cakap ni hasil daripada temu ramah aku dengan kucing2 kat umah k.. aku dah tanya dyekor..wakaka…

3)   Belajar buat kek
Hehe..selama ni aku cuma reti masak masakan kampung je..so pasni aku nak belajar wat kek lak..
B4 ni aku ada jugak wat kek,,tapi jangan kata orang,kucing pon xsudi makan..sob3…
& aku dah godek2 dapur Mat Gebu…haha…tunggu la nanti..kalo kek aku menjadi,,aku publish kat blog..kalo aku x publish,,errrr paham2 la yer…lalala

4)   Kuruskan badan
Sebelum aku mengexplain dengan lebih lanjut point ni,,izinkan aku gelak terlebih dahulu..hahahahahahahahhaha ok,xlawak.
Aku rasa azam yang ni la yang paling x logik..sebab kat umah ada banyak makanan,,& kebanyakannya aku yang masak sendiri. Bila masak, mesti la aku nak  rasa. & bila rasa, maw separuh masakan 2 aku rasa..haha rasa je 2,,belum makan..

Tapi xpe,,aku nak usaha jugak…nak kurus!!!!haiiippppp~~ >_<

5)   Setelkan urusan program
Huhu,,,walaupun cuti, aku still kena ulang-alik g u jugak..sebab banyak benda nak kena setel. Sekolah pun aku kena g..silap2 pejabat yb pon aku kena g..Y_Y
Malasnya!! Tapi nak tak nak aku kena wat gak….alang2 membela kucing biar sampai 50 ekor!!! Pe aku ngarut ni..haihhh

Ok, aku gembira kerana berjaya menghasilkan n3 yang panjang & mampu membuatkan orang skip lalu terus membaca perenggan kedua terakhir ni..hahahahahaha..

Ermm pasni aku cuti, aku memang xkan hapdet blog punya…kalo ada pun maybe masa besday aku (tu pon x janji).. kalo ada pon,,post 2 memang aku dah schedule awal2..tapi xbanyak pon…huhu

Tu je nak cter…sikit kan??? Kbai! :D

UniMeOw: meoowwwwww~

Friday 22 June 2012

Menyesal

si kecil itu melangkah masuk ke kawasan rumah yang sudah dipenuhi dengan saudara mara itu. Di luar rumah kelihatan ramai lelaki berkopiah putih. Tetamu wanita kebanyakannya berada di dalam rumah.

“abang, nanti orang letak mak dalam tu la kan?” si kecil itu sibuk bertanya sambil menuding jari ke arah keranda.

“ishh,,diam la! Orang sedih ni tau tak?”

Dia segera diam. Dia juga sedih. Dia tahu mak sudah tiada, sudah meninggal dunia. Tapi dia tidak boleh menangis. Entah kenapa, dia sendiri tidak tahu.

Si kecil melangkah masuk ke dalam bilik yang terdapat jasad mak. Bau kemenyan menusuk hidung, hampir membuatkannya sesak nafas. Sepanjang hayatnya selama 6 tahun, inilah kali pertama dia menghidu asap kemenyan. Tanpa mempedulikan bau itu, dia pergi mendapatkan mama.

Dilihatnya mama yang asyik menangis. Dari tadi, tak henti2. Tapi dia tak juga menangis.

“adik…meh sini sayang..cium pipi mak..sekali ni ja..last..”

Panggilan Kak Ngah disambut dengan gelengan. Tak mahu!

Mak dah jadi mayat! Bukan mak yang selalu peluk cium aku lagi.. kang kalau dia bangun masa aku cium pipi dia kang,, tak ke naya..

“cepat la adik…last dah ni..pasni kita dah xleh jumpa mak..” rayu Kak Ngah lagi.

Dia menggeleng lagi. Dia betul2 xmahu. Walaupun mak yang selalu berkongsi kasih dengannya, memeluknya setiap hari, menjaga, menukar pakaian, mengasihinya lebih dari anak sendiri, menyuap nasi ke mulutnya setiap hari, semua itu belum cukup untuk membina keberanian untuk dia menghampiri jenazah mak. Mayat tetap mayat!

“adik..”

Kak ngah merayu dalam tangisan.

Tapi dia tidak peduli. Dipeluknya mama. Kak Ngah terus menangis, tidak lagi mendesaknya.

Sesampainya di kawasan perkuburan, dia melihat mama menangis lagi.

Erm, mak dah masuk dalam tanah. Itu dia faham.

Lepas ni aku takkan jumpa mak lagi. Itu juga dia faham.

Tapi dia langsung tidak mengalirkan air mata.

Dia sedih. Tapi tidak menangis.


Ini kisah 16 tahun yang lalu. Kisah aku. Aku si kecil yang degil itu.

Dalam hidup ini, antara perbuatan yang paling aku benci ialah menyesal. Aku tidak pernah menyesali apa yang terjadi dalan hidup aku, sebab ini semua adalah pilihan aku sendiri. Dan aku perlu bertanggungjawab dengan pilihan aku.

Apabila terjadi peristiwa buruk dalam hidup ini, aku mengambil pengajaran. Dan tidak berpaling lagi. Apatah lagi menyesal.

Tapi memori yang satu ini, tidak dapat melarikan aku daripada rasa menyesal.
Ya, aku sangat menyesal.



Menyesal kerana tidak mengucup dahi mak buat kali terakhir.

Menyesal kerana langsung tidak membalas jasa mak, langsung tidak menunjukkan yang aku sayang pada mak.

Sekarang, aku tak pernah lupa sedekahkan al-Fatihah apabila melintasi kawasan perkuburan yang pernah aku jejaki 16 tahun yang lalu. Aku hanya melihat dari jauh, sambil menanam tekad yang aku akan melawat mak, aku akan membaca yassin di kubur mak.

Apabila melintasi kawasan perkuburan itu,,,hatiku terdetik..
“mak, adik dah besar..dah ambik UPSR”
“mak, adik dah besar..dah sekolah menengah..”
 “mak, adik dah besar..dah ambik lesen..”
“mak, adik dah besar..dah masuk universiti..”

Kawan2 aku mungkin perasan, aku tak pernah membahasakan “mak” atau “mak aku” apabila berbicara tentang ibu kandungku. Ibu kandung yang aku panggil “mama”. Bila bercakap tentang mama, aku akan bahasakan dirinya sebagai mama.

Bukan kerana aku anak manja..tapi kerana aku punya mak yang lain.

Dan panggilan “mak” itu khusus untuk mak sahaja. Mak yang mengasuhku sejak kecil, ketika mama sibuk di pejabat.

Aku tak dapat membandingkan kasih mama dengan kasih mak. Kedua2nya sayangkan aku, dan aku sayang kedua2nya..

Aku tidak pernah membalas jasa mak, jadi biarlah aku balas jasa mama..kerana aku tak mahu menyesal lagi.

UniMeOw: al-Fatihah buat mak..

Tuesday 19 June 2012

Kiko..Di Mana Kamu....

Kelmarin, masa tunggu Mimi kat blok sebelah, aku ternampak sekor makhluk oren tengah tido kat rumput. Aku gelak la. Nape la si kiko ni buang tebiat lak g tido tengah panas. Nasib baik time tu tengah mendung.

pic osak! tapi ni la 1st aku nampak masa tu..

Aku panggil Kiko, dia pandang aku. Menyahut, tapi slow je. Agak pelik  di situ. Sebab selalunya Kiko ni suara dia kemain kuat.

Aku gosok2 badan dia, dia pun wat wajah bahagia je. Hehe comel punya budak! Pandai betul mek ati aku..hik3..


 Dia xnak bangun even aku pegi dekat dia. Pemalas betul!! Ni la akibatnya kalo disayangi sangat oleh warga kolej aku ni..

Tetiber aku rasa pelik, sebab kemalasan Kiko ni melampau2 lak. Xnak bangun langsung.

Aku cuba buat dia berdiri, xboleh! Dia jatuh balik..uhuk3…kiko…:’(

kepala je leh gerak, badan xgerak..
Upanya kiko sakit. Xtaw sakit pe.. kat sini aku terpikir 3 kemungkinan:

1.    Jatuh bangunan
Sama ada Kiko tertidur kat koridor then terjatuh sebab mengigau or ada cilanat sengaja tolak dia dari tingkat atas.
 Jangan xtaw, pernah je jadi kes camtu. Ada manusia lahabau yang sengaja campak kucing dari tingkat atas xtaw atas tujuan ape. T aku cter..
Tapi malaon mana lak nak tolak Kiko siang2 kan?? X mungkin…

2.    Kena langgar
Maybe gak, sebab tempat aku jumpa Kiko tu dekat dengan tempat parking. Mana la taw si Kiko ni g buang tebiat tidor kat bawah tayar keta.

3.    Dipukul oleh makcik cleaner durjana
Makcik cleaner kat tempat aku ni kebanyakannya bayik2..aku siap bleh bersembang beramah mesra g ngan dyorang. Even dyorang x suka kucing pon, dyorang xkesah aku bagi kucing makan..:)

Tapi ada la sorang dua makcik yang anti sangat ngan kucing. Kucing kat kolej aku ni pon tinggal beberapa ekor je, dulu banyak. Dyorang buang. Xtaw la ke mana dyorang humban kucing2 x bertuan ni..

Ada sorang makcik ni, aku selalu nampak dia pukul, campak kucing. Pernah aku tengok dia pukul kucing ngan getah paip kaler oren, masa tu cuti sem. Aku baek je ngan makcik tu, bleh sembang2. Tapi kalo nampak je dia zalim ngan kucing, automatik muka aku dah macam rimau, & dia pon cepat2 blah dari pandangan aku…grrrrrrrr

ni pic Kiko sebelum ni..manja sangat!

Aku xleh lama2 ngan Kiko sebab waktu tu aku keja (part time). Aku suruh kawan aku bagi ikan goreng kat Kiko, tapi Kiko xnak makan.

Malam tu bila balik keja. Aku tengok Kiko dah xde. Aku risau jugak.
Tapi hati aku kuat mengatakan, ada orang baik hati yang tolong Kiko. Aku harap suara hati aku tu benar.

Kiko..walau di mana pun kamu, adik tetap harap kamu selamat. 
Cepat sembuh ye sayang……..<3

:’(

ni pic kiko malam sebelum hari kejadian.,..kedit 2 fb kak cu..

UniMeOw: saya sayang sumer kawan2 saya, & saya xreti nak sentap lama2..

Monday 18 June 2012

My Cayang2~~ (Part 2)

7. Elo
Sekarang Along panggil dia Uuu sebab dia suka bunyi “uuu~~” masa makan. Badan punya la besar,,tapi childish lagi ni.. manja, kuat nangis, suka maen plastik ngan adek dia, si Leo..

8. Leo
Adik si Elo. Badan kecik sikit, tapi semangat nak berlawan cukup tinggi! Bukan sekali dua dia belasah Elo, sampai kadang2 nangis si Elo..haha.. kemahiran Leo yang paling terer ialah “berdiri untuk memanjat tuan”. Kalo kita gosok2 kepala dia, automatik dia berdiri…hik3..


9. Onin
Nama sebenar dia ialah Che Nin (sempena nama watak lam citer Kak Limah). Aku yang cadang nama tu, tapi aku gurau2 je. X sangka lak Along setuju. Penat jugak la bertekak ngan Along sebab aku x berkenan nama 2. At last, mama jadi pengadil..
Ma cakap kita terima nama Che Nin tapi kita panggil Onin bagi dengar manja sikit…grrrr…




Dyekor 3 beradik ni (Elo, Leo & Onin) ni kucing Along kat umah sewa dia sebenarnya. Tapi ibu dyekor (Cici) xmo bela, maybe masih xdapat menerima hakikat bahawa beliau telah melahirkan anak luar nikah. So, Along pun bawak balik dyekor ni. Kebetulan aku cuti sem 4, so secara automatiknya aku dilantik menjadi baby sitter…




10. Uni

Hehe jangan xtaw, aku x kesah meletakkan nama sendiri kat kucing..:p
Ni anak Gomey, nakal sangat! Xsesuai ngan nama dia..eheh..:p


11. Jebat

 Memuler aku nak bagi nama Tuah kat dia.. sebab aku minat Dr. Tuah Iskandar. Aku pon dengan excitednya citer la kat Achik “Chik100x~~ baby baru Gomey yang kaler oren 2 nama Tuah! :D”

“xboleh! Chik nak nama dia Jebat!” =_= (macam biasa, mesti nak bangkang aku..grrrr)
Bagi mengelakkan aku gado2 ngan dia hingga aku didenda membasuh baju2 bucuk dia, maka aku pon bersetuju…huhu


Baby2 yang lain, errrr aku pon xtaw ada bpe ekor..sebab aku xde kat umah. & ibu2 semua berusaha keras menyembunyikan anak masing2.. nanti la, aku balik nak check tengok bpe ekor..hmmm rindunya nak balik umah!!

UniMeOw: dyekor ni la penghibur hati keluarga aku…cayang dyekor cangat2!!! <3

Friday 15 June 2012

My Cayang2~~ (PART 1)

1. Siu siu


Kucing paling tua kat umah…dia datang umah aku masa tahun 2007. Waktu tu dia kecik g..kesian..
Pic ni diambik masa dia dalam tempoh berpantang kerana melahirkan Goku, Gohan, Goten & Gomey. 



2. Gohan

Anak no 2 Siu2. Dia ada abang nama Goku, tapi Goku dah lama lari dari umah. Mungkin kerana tekanan. 
Sekarang Gohan dah jadi otai kat umah. Selalu pukul2 kucing jantan lain, iaitu Goten & Eddy. Tapi dengan manusia kemain manja..hadeh!


3. Goten

Anak emas kucing emas dalam family aku. Kesayangan abah. Kami selalu bagi dia masuk umah. Kalo lapar macam mana pun, Goten xnah mencuri, even ada ikan depan mata dia. Kalau lapar, dia mintak. Kalau aku lambat bagi, dia gigit kaki aku…grrrr…


4. Gomey

Adik Goten. Manja, tapi kuat mencuri. Selalu belasah kucing2 kecik kat umah. Kedengki betoi!



5. Eddy
Kucing jalanan yang abah bawak balik sebab kesian. Aku panggil ketua penyamun, sebab kuat mencuri. Sekarang dah kurus, sebab gila betina & dah x mencuri (kami xbagi masuk umah sebab selalu spray perfume..grrrr)



Yang ni pulak mama yang bawak balik..hehe.. kami panggil bini Firaun, sebab pakai celak tebal sangat. Dalam kes ini, Eddy la yang mendapat gelaran Firaun, sebab Eddy dianggap sebagai suaminya yang sah.

To be continue…

Tuesday 12 June 2012

Saya Rajin Study!!!

KREDIT


Kata2 pada tajuk n3 di atas adalah satu doa..
Jadi,,tolong aminkan yer..hehe tq!

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
UniMeOw: kadang2 aku kejam demi kebaikan.

Sunday 10 June 2012

Segment: Bloglist with Yana




Berkurun dah aku x join segmen2 cmnie…siyes!
Aku join ni pon sebab syarat dia memang simple giler..
Nak join? Meh sini..

Link blog : cayangmeowmeow.blospot.com
twitter: hehe kucing2 uni xbagi buat twitter, takut ramai follower lak.. cyes aku tipu...hak3~~

page? uni xde page.. xlayak lagi nak wat page..hik3..

pic uni? hadeh,,,segan lak..
jap,,nak godek2 lappy..cari pic..huhu

taraaa~~!!!

eh silap2...huhu

ni ha pic uni...
ada gaya cam cgu tadika x?haha...

okeh,done! xde pape dah kot..
daaaa~~~

UniMeOw: dia-di-hati, jangan marah ye aku letak pic ni..lalala~


Friday 8 June 2012

....


Sungguh,,
Dikhianati oleh sahabat itu jauh lebih menyakitkan
Daripada dikhianati musuh…

Thursday 7 June 2012

Aliff Aziz – Jangan Ganggu Pacarku


Memindai laman facebookmu
Kadang buat ku cemburu
Baru saja engkau update
Ramai lelaki berkomen
Tak sedikit yang merayu

Tapi ku percaya kamu
Kau juga yakinkan aku
Tetap saja aku ingin bicara

*Berhentilah rayu pacarku
Bawa pergi pesonamu
Takkan cukup kata2 manismu, gambar2 seksimu, 
Tagging2 flirting2 baginya

Berhentilah  ganggu pacarku
Jangan pernah main hati
Takkan cukup emel2 indahmu, status2 palsumu
Liking2 poking2 baginya

Bukan hanya itu
Kerana ku tahu
Dia hanya cinta caraku mencintainya


Pesanan penaja:siasat statusnya dulu sebelum jatuh hati..

Saturday 2 June 2012

Pesanan Seorang Abang


Baru2 ni aku balik kampung. Kat dapur, tetiber je berlakulah dialog ini antara aku n along aku..
*aku=adik, along=cho
Aku: haissyyy celcom ni…line xdak! Nak mesej pun payah!!grrrr…
Along: adek mesej ngan sapa?? bf ka..?
Aku: erkkk…adik mana ada bf… (ayat spontan)
~Diam~
Tetiber aku rasa nak tergelak dengan jawapan aku tadi..muka aku dah merah..haippp..along pun sengih2 tengok aku..haha
Along: hah,,toksah dok tipu..cho x caya kamu xdak bf..
Aku:haha… (sambil membelek nset macam xpernah jumpa)
Along: bf adik baik x dengan adik?
Aku: bf adik memang baik ngan adik, tapi adik yg x baik ngan bf adik..haha (aku jawab lam hati je)
Melihat aku diam, Along menyambung..
“hmmm..kalau bf kamu xkaya, jangan la mintak yang bukan2,,jangan mintak yang dia x mampu..xpa la kalau x kaya pun, janji dia baik..”
Aku: hmm..
aku tercari2 makna di sebalik nasihat Along..dan aku mula mengerti..

Wanita,,
Carilah imam yang berakhlak, yang beragama..
Yang mampu membimbingmu kearah jalan-Nya..

Wanita,
Jika harta yang engkau utamakan sebagai kayu ukur,
Darjatmu tak ubah seperti pelacur!

UniMeOw: Maaf terkasar bahasa.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...