Friday 22 June 2012

Menyesal

si kecil itu melangkah masuk ke kawasan rumah yang sudah dipenuhi dengan saudara mara itu. Di luar rumah kelihatan ramai lelaki berkopiah putih. Tetamu wanita kebanyakannya berada di dalam rumah.

“abang, nanti orang letak mak dalam tu la kan?” si kecil itu sibuk bertanya sambil menuding jari ke arah keranda.

“ishh,,diam la! Orang sedih ni tau tak?”

Dia segera diam. Dia juga sedih. Dia tahu mak sudah tiada, sudah meninggal dunia. Tapi dia tidak boleh menangis. Entah kenapa, dia sendiri tidak tahu.

Si kecil melangkah masuk ke dalam bilik yang terdapat jasad mak. Bau kemenyan menusuk hidung, hampir membuatkannya sesak nafas. Sepanjang hayatnya selama 6 tahun, inilah kali pertama dia menghidu asap kemenyan. Tanpa mempedulikan bau itu, dia pergi mendapatkan mama.

Dilihatnya mama yang asyik menangis. Dari tadi, tak henti2. Tapi dia tak juga menangis.

“adik…meh sini sayang..cium pipi mak..sekali ni ja..last..”

Panggilan Kak Ngah disambut dengan gelengan. Tak mahu!

Mak dah jadi mayat! Bukan mak yang selalu peluk cium aku lagi.. kang kalau dia bangun masa aku cium pipi dia kang,, tak ke naya..

“cepat la adik…last dah ni..pasni kita dah xleh jumpa mak..” rayu Kak Ngah lagi.

Dia menggeleng lagi. Dia betul2 xmahu. Walaupun mak yang selalu berkongsi kasih dengannya, memeluknya setiap hari, menjaga, menukar pakaian, mengasihinya lebih dari anak sendiri, menyuap nasi ke mulutnya setiap hari, semua itu belum cukup untuk membina keberanian untuk dia menghampiri jenazah mak. Mayat tetap mayat!

“adik..”

Kak ngah merayu dalam tangisan.

Tapi dia tidak peduli. Dipeluknya mama. Kak Ngah terus menangis, tidak lagi mendesaknya.

Sesampainya di kawasan perkuburan, dia melihat mama menangis lagi.

Erm, mak dah masuk dalam tanah. Itu dia faham.

Lepas ni aku takkan jumpa mak lagi. Itu juga dia faham.

Tapi dia langsung tidak mengalirkan air mata.

Dia sedih. Tapi tidak menangis.


Ini kisah 16 tahun yang lalu. Kisah aku. Aku si kecil yang degil itu.

Dalam hidup ini, antara perbuatan yang paling aku benci ialah menyesal. Aku tidak pernah menyesali apa yang terjadi dalan hidup aku, sebab ini semua adalah pilihan aku sendiri. Dan aku perlu bertanggungjawab dengan pilihan aku.

Apabila terjadi peristiwa buruk dalam hidup ini, aku mengambil pengajaran. Dan tidak berpaling lagi. Apatah lagi menyesal.

Tapi memori yang satu ini, tidak dapat melarikan aku daripada rasa menyesal.
Ya, aku sangat menyesal.



Menyesal kerana tidak mengucup dahi mak buat kali terakhir.

Menyesal kerana langsung tidak membalas jasa mak, langsung tidak menunjukkan yang aku sayang pada mak.

Sekarang, aku tak pernah lupa sedekahkan al-Fatihah apabila melintasi kawasan perkuburan yang pernah aku jejaki 16 tahun yang lalu. Aku hanya melihat dari jauh, sambil menanam tekad yang aku akan melawat mak, aku akan membaca yassin di kubur mak.

Apabila melintasi kawasan perkuburan itu,,,hatiku terdetik..
“mak, adik dah besar..dah ambik UPSR”
“mak, adik dah besar..dah sekolah menengah..”
 “mak, adik dah besar..dah ambik lesen..”
“mak, adik dah besar..dah masuk universiti..”

Kawan2 aku mungkin perasan, aku tak pernah membahasakan “mak” atau “mak aku” apabila berbicara tentang ibu kandungku. Ibu kandung yang aku panggil “mama”. Bila bercakap tentang mama, aku akan bahasakan dirinya sebagai mama.

Bukan kerana aku anak manja..tapi kerana aku punya mak yang lain.

Dan panggilan “mak” itu khusus untuk mak sahaja. Mak yang mengasuhku sejak kecil, ketika mama sibuk di pejabat.

Aku tak dapat membandingkan kasih mama dengan kasih mak. Kedua2nya sayangkan aku, dan aku sayang kedua2nya..

Aku tidak pernah membalas jasa mak, jadi biarlah aku balas jasa mama..kerana aku tak mahu menyesal lagi.

UniMeOw: al-Fatihah buat mak..

9 comments:

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

AlFatihah ...
Semoga UniMeow terus tabah ya..
Sedekahkan Yassin juga.

m4rilyn said...

al fatihah.

kita ade ma n mama.

mama utk ibu kandung n ma utk maksedara yang menatang kita cam anak sendiri

UniMeOw said...

:'<

HUD AIKARA said...

sebak pulak baca ni...

IntaNBerliaN said...

sedih pulak baca..

apa2 pun, cr uni sedekahkan al fatihah utk arwah mak itu adlh yg terbaik..

moga arwah tenang di sana..

RIZZNA said...

Sayang.... u make my cry pepagi nie...
yg pergi takkan kembali,
jangan menyesali lagi,
serahkan pada Ilahi,
doakan ibumu semoga sentiasa diberkati,
doa anak solehah sentiasa dinanti, sedekahkan al-Fatehah setiap hari,
kami semua disini sentiasa disisi,
mendengar luahan hati,
berbagi rasa sesama sendiri,
mungkin juga ada yg sudi menjadi ibumu disini,
agar talian kita kekal abadi.

DangGebu said...

itulah kata peptah "sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tak berguna..."

Cikrosecute said...

Al-fatihah buat arwah mak...Akak pun mak tak ada jugak.....Kita boleh berjasa untuk arawah mak dengan bersedekah bacaan yasin dan selalu jenguk kuburnya...dengan cara itu Uni tidak akan merasa menyesal...

::adibsalam:: said...

Al-Fatihah,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...