Tuesday 3 October 2017

TIPS PEMAKANAN BAGI IBU GDM

Assalamualaikum wbt

Okeh, untuk entry kali ni, aku nak share pasal pemakanan. Haaa jangan tak tau, dulu aku bercita-cita nak jadi pakar diet. Dah ambik pilihan pertama dah kat UPU dulu, kos dietetiks. Tapi takdir Allah itu lebih baik.. Dia bagi aku ambik kos lain..huhu

(amboi panjangnya intro.)

Masa aku pregnant hari tu, aku sangkut GDM. Dalam bahasa mudahnya kencing manis la. Lepas minum air gula buat kali kedua, kantoi.. patut dikira sebagai GDM kalau bacaan gula tu 7.7.. dan bacaan gula aku 7.8 (kambeng betoi..)


Bila dah sangkut GDM ni, kita kena jalani prosedur BSP. Haa..bagi korang2 yang xtau apa itu BSP, meh ceq nak habaq..


Bila nurse kata, “ok Leha, esok kita buat bsp na”.. means korang kena p ke klinik pada hari esok tu selama 4 kali. Setiap kali p, kena ambil darah. Depa nak tengok bacaan gula dalam darah korang la..

Dan..

Setiap kali p klinik, korang kena puasa selama 2 jam.



Contoh, kena p klinik jam :
8.00 pagi : yang ni slalu aku puasa dari malam. Lepas jam 10 malam, x makan apa dah
12.30 tgh hari : start 10.30 pagi, kena puasa
4.30 petang: puasa dari 2.30 ptg
8.30 malam: puasa dari 6.30 ptg
(ni contoh je tau..jam berapa korang kena p klinik tu nanti nurse akan bagitau)



Yang penting, 2 jam sebelum diambil darah, kena la puasa. Puasa di sini bukanlah bermaksud puasa macam bulan ramadhan na.. puasa utk bsp ni, korang tak dibenarkan makan apa2.. minum air kosong je boleh.


Kalau nak result cantik, hari tu korang elakkan la makan makanan yang banyak gula/karbohidrat.. air pun tak payah la minum air manis.. (untuk hari tu je..lepas ambik darah yang kali ke4 tu, bedal la teh ais puas2 pun..aku tak halang..haha)


Aku ni GDM on diet ja..means kena jaga makan ja..(tu pun aku haram tak jaga makan pun..huhu bila pregnant ni keinginan makan tu membuak2..)


Ada orang lagi kesian, GDM sampai kena cucuk insulin. Haaa yang ni aku xtau nak cerita banyak sebab aku pun xda pengalaman. Nauzubillah..


Memandangkan aku sangkut GDM yang begitu kambing ini, maka aku kena la bertemu dengan Pegawai Pemakanan kat Klinik Kesihatan..kehkehkeh (ok, tak lawak pun.)


Dan beliau pun berkongsi la tips..cara pemakanan bagi pengidap kencing manis. Tapi yang xda penyakit ni pun boleh jugak nak amal..


Ni pesanan Pegawai Pemakanan tu:

1.     Setiap hari, makan ikut time.
Contoh, setiap hari sarapan pukul 8 pg, lunch pukul 12tghri, dinner pukul 6.30ptg.. setiap hari k.


2.    Makan selepas 4 jam.
Jangan makan apa2 sehinggalah 4 jam selepas korang makan.

Contohnya, korang dah sarapan jam 8 pagi. So tunggu la pukul 12 tengah hari pulak baru makan. Bagi masa kat perut untuk hadam dulu sarapan k..

Bagi mereka yang mengidap penyakit gastrik pulak, mana boleh biar perut kosong lama2 kan..nanti masuk angin.

So buat yang ada gastrik, tak payah la tunggu sampai 4 jam. Kesian perut tu.. korang boleh makan selepas 2 atau 3 jam, tapi setiap kali makan, kurangkan kuantiti kepada separuh sahaja. Means makan secara kerap, tapi dalam kuantiti yang sedikit.


3.    Makan sebelum jam 8 malam.
Hehe tips ni ramai dah yang tau dan dah buat kan...
Pesanan orang tu, kalau kita lapar sangat2 waktu malam (terutamanya buat ibu2 mengandung..huhu), boleh je makan lepas 8 malam. Dengan syarat, pilih makanan yang tak bergula dan bukan makanan karbohidrat.



4.    Bagi yang mengikuti prosedur BSP macam yang aku cerita kat atas, untuk dapat result yang cantik, makan selewat-lewatnya setengah jam selepas ambik darah.
Dan puasa pulak lebih kurang 2.5 jam (2 jam 30 minit) sebelum ambil darah yang next tu. (walaupun sepatutnya kena puasa 2 jam sebelum..pegawai pemakanan tu suggest kita puasa extra 30 minit awal)

Contoh korang kena check darah jam 12.30 tghri dan 4.30 petang.
Balik je dari klinik, terus makan. Kalau tak sempat pun, paling lewat jam 1 tghri terus makan k. Ni pesanan orang tu.

Lepas tu, start pukul 2, dah kena mula puasa. Ada paham..?


Okeh, ni je la yang aku nak kongsi dengan korang. Yang mana pesanan baik2 tu boleh lah nak ikut..yang mana aku merapu tu toksah la korang ikut pulak..haipppp


Bagi yang mengandung dan kantoi GDM ni, aku bagitau siap2.. korang tak dibenarkan bersalin lepas due date k. Dorang akan paksa jugak korang bersalin selewat-lewatnya masa due date. Haaa nanti aku cerita panjang bab tu..hadeh so doa2 la korang tak kantoi macam aku..kahkahkah


p/s: jangan tanya aku ikut ke tak 4 tips kat atas tu..lalala


UniMeOw : diam itu dapat mengelak dari pelbagai masalah.


#pemakananGDM


Thursday 28 September 2017

CARA BAYAR BIL ASTRO SECARA ONLINE: MAYBANK2U

Assalamualaikum semua..

Hahahaha berkurun dah aku tak update blog ni kan..habuk dah 10 inci dah tebalnya..haaa amek kau.. memandangkan di pagi yang mulia ini aku telah berjaya membayar bil astro secara online buat kali pertama, jadi marilah aku nak share dengan korang ilmu baru yang aku dapat ni..hoho

Alkisahnya aku ni dah cuba pelbagai cara dah nak bayar bil astro. Login page astro la, guna cimb la.. tak buleh2.. last2 tiap2 bulan Encik Papa yang kena tolong bayarkan. Tapi memandangkan bulan  ni beliau ada latihan, maka tak dapatlah beliau nak menolongnyer.. Astro ni pulak, lajuuu je nak potong siaran kan..gerammm je aku..

Kalau kita nak bayar kat web astro, kena guna kad bank tau.. aku tak tau la memang sistem dia breakdown ke apa hari ni, payah bebenor aku nak membayornyer... try 3 4 kali tak buleh2 jugak.. maybe aku yang tak reti isi form dia kot..huhu

pastu guna cimbclick pun tak buleh jugak. Last2 aku try guna maybank2u, kejap je dah buleh..haih..

BEBELAN AKU: astro ni kan, nak orang bayar cepat2. Tapi tak memudahkan orang bayar. *nyampah!

(aku langgan jugak sebab aku suka tgk citer masak2..tu je.kbai.)


AMARAN: Tutorial ini tidak mengandungi gambar. So pandai-pandailah anda gagau ye.


STEP BY STEP:
     1.     LOGIN maybank2u
     2.    Account & banking
     3.    Bill Payment
     4.    Make a one-off payment
     5.    Cari ASTRO
     6.    Letak account no, then click continue
     7.    Haaa langkah seterusnya, macam biasa dia akan send TAC no kat fon korang..so check mesej kat fon, letak TAC no, then submit.

*account no tu korang amek kat mesej yang ASTRO hantar kat fon. Setiap bulan kan ASTRO akan antar mesej suruh kita bayar kan..haaa kat situ ada account no.

Contoh mesej:
RM0.00 Bil Astro: Acct:0954786959
Jumlah Perlu Dibayar: RM100.00
Tarikh Akhir: 27/07/2017
Bayar@ https://pay.astro.com.my
Abaikan SMS jika tlh bayar

No yang aku buat merah besar tu la account no.
*gigih benor aku taip mesej astro tu..punya la malas nak amek gambar..hahaha

Aku rasa ni la tutorial paling simple dan pemalas yang pernah dibuat orang. Huhu..lantok ler..janji korang berjaya membayar bil astro.

p/s: Kalo korang berjaya membayar bil astro secara online kerana entry aku ni, aku mintak korang tolong doakan aku & family sihat walafiat dan happy selalu k..tq..


UniMeOw: tak perlu risau akan sesuatu yang di luar kawalan kita.

#bayarastro
#astro
#bayarbilonline

Saturday 20 May 2017

20 CABARAN SEORANG GBK

Assalamualaikum semua..

Okeh untuk entry kali ni, hakak nak cerita serba sedikit tentang cabaran menjadi seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) especially yang Sepenuh Masa. Sesuai sangat la jadi rujukan untuk adik2 yang nak praktikal/posting sebagai GBK di sekolah.

Apa yang hakak nak kongsi ni bukanlah semuanya dari pengalaman hakak sendiri..ada jugak yang dari cerita orang lain..hehe tapi takpe la..kita ambik sebagai pengajaran..

Tapi ingat ye..ini bukan keluhan tau..ini untuk membuka minda kita semua bahawa SEMUA pekerjaan ada cabarannya. Yang penting BAGAIMANA kita hadapi setiap cabaran tu..okeh, cekidaut!!

1.     Kau akan dianggap sebagai orang yang tak buat kerja
Kerana apa? Kerana kau xda jadual macam orang lain. Bilik pulak tak campur dengan orang. Silap-silap kau dituduh “duduk dalam bilik tidur je kerja!”

2.    Selalu disuruh buat kerja-yang-orang –lain-taknak-buat dengan alasan kau bukannya kena mengajar

3.    Dianggap sombong
Kerana bilik kau akan berasingan dengan rakan sekerja yang lain

4.    Kau berminat untuk buat program, tapi orang lain rasa program tu sia-sia

5.    Manusia nak kau buat program yang grand..tapi duit x bagi.

6.    Manusia nak kau buat program tapi masa yang sesuai tidak diberi.
Of course..PdP itu lebih penting!

7.    Kau perlu  buat program, dan wajib maklumkan pada mereka.

Tapi ingat! Jemput mereka sebagai pemerhati sahaja. Mereka orang penting bukan?

8.    Kau perlu menjawab soalan “ada ke budak yang pergi jumpa ko?”

9.    Jika klien berjumpa dengan kau dan masih tidak menunjukkan impak yang positif, kau perlu tadah telinga dengan ayat “pi kaunseling pun sia-sia ja..pi sembang ja..budak dok macam tu jugak..”

10.  Kerja kau, ada masa relax je.. ada masa busy ya ampun...
Tapi manusia hanya nampak bila kau relax.

11.  Diminta untuk membuat program/kerja last minute.

12.  Pelajar yang kurang digemari akan dicampak pada kau.

13.  Fail yang terlalu banyak.

14.  Perlukan bajet yang agak banyak untuk menghasilkan bilik yang teraputik.
Dan kau akan dianggap membazir.

15.  Kau perlu “keluarkan sedikit modal” untuk pelbagai aktiviti.
Nak tunggu claim? Boleh..tapi lambat la..

16.  Kau seorang yang ekstrovet!
Yeah! Hampir semua yang ambil bidang ini merupakan insan terpilih dari kalangan ekstrovet. Tu belum lagi jumpa kawan2 yang sama course. Bisingnya Masya Allah~
Dan ini akan membuatkan orang tak suka pada golongan kita. Haha

17.  Bila kau suka melawa..kau akan dipandang serong. (Di tempat2 tertentu)
Bukan semua sekolah macam ni ye.. sesetengah je..
Tapi sebagai GBK kita memang tak sepatutnya selekeh.

18.  Kau dianggap seperti malaikat.
Kau tak boleh marah. Kau tak boleh menangis. Kau tak boleh salah. Kau tak boleh ada masalah. Sebab? Kau seorang GBK.
Ada orang pernah kata kat aku “Kaunselor pun ada masalah..ada hati nak selesaikan masalah orang.”
Salah tanggapan orang tu. GBK bukan menyelesaikan masalah orang. GBK hanya membantu klien untuk menghadapi masalah klien itu sendiri.

19.  Kerahsiaan
Sometimes kau berada dalam dilema..bila ada pelajar buat sesi dengan kau, kau akan terikat dengan etika kerahsiaan. Dan apa yang menjadi masalah bila rakan2 sekerja jadikan kau sebagai sumber mengorek hidung rahsia.

Nak cerita kat cikgu2 lain, memang TAK BOLEH! Kesian kat klien...igt GBK sekalian, jangan sampai hilang kepercayaan dari klien ye..

Tak cerita kang,,macam sombong sangat dengan rakan2 sekerja.

Solution : cerita secara umum. Selalu jawapan aku “ntah..biasa la tuu budak2..stres!” tu ja. Cukup.


20. Kadang-kadang kau kurang ingat nama pelajar,sebab kau x mengajar.



Sebenarnya banyak lagi cabaran. Tapi untuk mengelakkan kita semua tertidur, cukup la hakak kongsi 20 ni je..hoho
Apa2 pun, bersyukur la dengan apa yang kita ada..alhamdulillah..

Setiap orang pun ada masalah. Ada cabaran dalam hidup. Dan setiap dari kita diuji dengan situasi yang berbeza, kerana kita juga berbeza. Manusia itu unik bukan..
Apa yang penting, respon kita terhadap cabaran2 yang dilalui. You can’t control the situation, but you can control your response towards it. Good luck GBK semua!


UniMeOw : biar tak dipandang manusia, asalkan dikasihi oleh Pencipta..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...