Tuesday 19 April 2011

Jom baca Bismillah!! :D


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ

n3 ni aku copy-paste khas dari fb…ada sorang kawan post..hehe x salah kan nak kongsi…


BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz
 'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM' yang bermaksud 
'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.'



KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH



1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail..



2. ' BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. '(Hadith Qudsi)



3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.



4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.



5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.



6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS. AL Muddatsir: 30).Ibnu Masud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan

dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '



7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '



8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampun

Kan best kalo setiap perbuatan kita dimulakan dengan bacaan Basmalah ni…
so dengan senanghatinya ingin aku menyeru diri aku sendiri & kawan2 sumer…
“Jom baca Bismillah!! :D)

Sunday 17 April 2011

No$taLGia – maen kawen2

Masa kecik2,,selain main masak2,,maen kawen2 la antara calon permainan terfamous di dunia ni (cis,,mana aku dapat fakta ni?memandai jer..haha)..

Sapa pernah maen or terlibat sama ada secara langsung or x langsung dengan permainan ni,,sila angkat laptop! X kire la maen sebagai pengantin ke, pengapit ke, tukang renjis ke, penonton ke,,or pape je la!hehe

Aku main game ni masa tadika. Lokasi tadika dan pengantin lelaki terpaksa dirahsiakan demi menjaga air muka beberapa pihak. Hehe..aku panggil S je la si pengantin laki ni.

Bila dingat-ingat balik kisah aku main game ni, memang boleh buat aku gelak berguling2. Kami main masa rehat, dalam pukul 10 gitu la. Ada pengapit yg xjemu2 kipas kami (aku ingat lagi nama budak tu..hahahaahhahahahhaa).  Aku dengan S pulak, jeling2, sengih2..macam ha*am!!haha..
ntah2 camnie ler prangai haku waktu budak2 dulu..huhu
Then bila dah bersanding tu, kami pegang tangan (owwhh,,tanganku xsuci lagi..ehehmmm…zaman budak2 xleh kira k,,x mumaiyiz lagi..huhu) n lari kejar rama-rama..hadoi~~~

Camner la kami boleh ada idea wat keja xsenonoh macam tu..

Bila cikgu nampak tros dia panggil kami masuk kelas. Konon waktu rehat dah habis. Padahal baru jer rehat kot! Tapi nasib baik jugak la cikgu panggil, kalau tak ntah hapa lagi la keja x snonoh kami wat.

Hmm,,bila diingat-ingat balik..rupanya aku ni ada banyak skandal waktu kecik.haha…

Jangan la abang2 aku baca post ni, kalo x kantoi la nama2 skandal aku..huhu

Tulip Manja: nasib baik dah x pernah jumpa dah skandal kanak2 aku semua. .kalo tak,,mau aku sorok muka aku dalam poket..maluuuuuuu…..(v_v)

 MeOw2:credit 2-->blog lama aku...huhuuuu

Kalau ikhlas..

Kalau ikhlas..
tak perlu risau kalau kita buat kerja lebih daripada orang lain..
kan bagus kita dapat lebih berbakti sementara masih hidup?

Kalau ikhlas..
tak perlu marah bila orang lain buat kerja sikit berbanding kita..
kan dia dah beri peluang pada kita untuk buat amal?

Kalau ikhlas..
tak payah merungut bila dapat kerja..
kan tu memang tanggungjawab kita?

Kalau ikhlas..
tak payah marah bila terpaksa buat kerja orang lain..
bersyukurlah kerana kita terpilih untuk menambah amal kebaikan..

Kalau ikhlas..
usah dicanang amalan baik kita..
cukuplah andai Dia sahaja yang mengetahui..

Kalau ikhlas..
janganlah pula jadi internet bergerak memburukkan orang yang rileks2 berbanding kita..
kan rugi bila dah buat kebaikan ditambah dengan dosa?

Kalau ikhlas..
tak payahlah rasa kita lebih hebat berbanding orang lain..
sehebat2 manusia, hebat lagi Penciptanya…

Kalau ikhlas..
buat je kerja sendiri..
apa gunanya ambil tahu orang lain yang x jalankan tanggungjawab?

Kalau ikhlas..
janganlah terlalu memandang tinggi amal bakti sendiri..
tinggi lagi budi orang yang beramal secara tersembunyi…

Kalau ikhlas..
tak payah bermasam muka kerana susahnya tanggungjawab..
kan itu membuktikan kita sudah dewasa?

Kalau ikhlas..
jangan diingat bakti sendiri…
ingatlah budi insan lain kepada kita..

Tapi..
jangan pula jadi seperti lembu..
takut berdarah pulak hidung nanti..

Ikhlas pun biarlah berpada..
jangan sampai dipijak kepala..

Selagi tak dipijak kepala..
selagi badan dikandung nyawa..
berbaktilah dengan seikhlas hati! :D

Kalo iklas,,jangan wat muka monyok camnie..haha


Tulip Manja: pesanan khas buat diri sendiri..
hidup ni kalau asyik merungut dengan kerja,,baik tak payah jadi manusia..ahaks!

Sunday 3 April 2011

Wahai lecturer,,fahamilah kami..

Antara larangan atau amaran keras yang lect selalu bagi kat student dia masa dalam kelas adalah “xpayah salin la, nanti saya bagi slide ni”.

Larangan yang paling aku benci.
 
Sebab akulah salah satu makhluk yang memang suka menulis. Kalau boleh setiap perkataan yang terkeluar dari mulut lect tu aku nak salin.

Aku faham perasaan lect tu, dia xnak student salin masa dia tengah cakap sebab dia rasa stud x dengar pe dia cakap. Dia rasa stud xbagi perhatian kat dia, macam dia cakap sorang2 je dalam kelas tu.

Tapi..

Aku ni, cara aku belajar jenis visual n kinestetik. Aku sorang yang suka tengok warna-warni, ala2 buku citer kanak2 tu..hehe aku suka buat mind map, baru ingat. 

Kinestetik lak, aku kena buat. Buat la apa2 pun, lukis ke, tulis ke, buat gaya ke, buat 
tarian ke, gerak2 badan ke. Baru aku ingat.

So dalam kelas aku kena jugak menulis. Kalau x aku mengantuk. Bagi aku, better menulis daripada mengelamun. Lagipun, bila aku menulis, tu la tandanya aku bagi perhatian n minat.

Series, kalau nak exam aku sanggup tulis balik apa yang aku dah baca. Coz dengan cara tu aku lebih mudah ingat.
Adakah lect nak aku jadi macam nie dalam klas..?

or macam nie?? huuuuu...


Apa yang lect x tau, aku bukan tulis pe yang ada dalam slide. Slide tu aku tengok sebab nak tau lect tengah cakap pasal pe je. Aku mbik tajuk, n aku tulis pe yang lect cakap. Bukan salin setiap huruf kat slide tu. 

Kadang2 bila lect larang kami menulis, nak jer aku tunjuk kat lect pe yang aku dah tulis.
“Cuba tengok pe yang saya tulis ni, ada sama macam slide ke?”

Tapi setakat ni x berani la pulak aku.haha..

Kalau aku jadi lect (amin..), aku rasa xperlu kot aku nak tentukan cara belajar stud aku macam mana. Dia nak salin ke, xnak ke, nak tido ke, nak makan ke, (kecuali bising n kacau orang lain nak focus) sukati dia la. Masing2 dah besar kan.. alamak,,terperasan jadi lect la pulak..hak3..

Tulip Manja: Bila kena tegur “xpayah salin”, terasa diri ini seperti diperbudaktadikakan (waa,,,word baru,, boleh masuk kamus dewan!haha..)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...