Sunday 17 April 2011

Kalau ikhlas..

Kalau ikhlas..
tak perlu risau kalau kita buat kerja lebih daripada orang lain..
kan bagus kita dapat lebih berbakti sementara masih hidup?

Kalau ikhlas..
tak perlu marah bila orang lain buat kerja sikit berbanding kita..
kan dia dah beri peluang pada kita untuk buat amal?

Kalau ikhlas..
tak payah merungut bila dapat kerja..
kan tu memang tanggungjawab kita?

Kalau ikhlas..
tak payah marah bila terpaksa buat kerja orang lain..
bersyukurlah kerana kita terpilih untuk menambah amal kebaikan..

Kalau ikhlas..
usah dicanang amalan baik kita..
cukuplah andai Dia sahaja yang mengetahui..

Kalau ikhlas..
janganlah pula jadi internet bergerak memburukkan orang yang rileks2 berbanding kita..
kan rugi bila dah buat kebaikan ditambah dengan dosa?

Kalau ikhlas..
tak payahlah rasa kita lebih hebat berbanding orang lain..
sehebat2 manusia, hebat lagi Penciptanya…

Kalau ikhlas..
buat je kerja sendiri..
apa gunanya ambil tahu orang lain yang x jalankan tanggungjawab?

Kalau ikhlas..
janganlah terlalu memandang tinggi amal bakti sendiri..
tinggi lagi budi orang yang beramal secara tersembunyi…

Kalau ikhlas..
tak payah bermasam muka kerana susahnya tanggungjawab..
kan itu membuktikan kita sudah dewasa?

Kalau ikhlas..
jangan diingat bakti sendiri…
ingatlah budi insan lain kepada kita..

Tapi..
jangan pula jadi seperti lembu..
takut berdarah pulak hidung nanti..

Ikhlas pun biarlah berpada..
jangan sampai dipijak kepala..

Selagi tak dipijak kepala..
selagi badan dikandung nyawa..
berbaktilah dengan seikhlas hati! :D

Kalo iklas,,jangan wat muka monyok camnie..haha


Tulip Manja: pesanan khas buat diri sendiri..
hidup ni kalau asyik merungut dengan kerja,,baik tak payah jadi manusia..ahaks!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...