Monday 31 December 2012

Good Bye 2012


Ikhlas dari hati, sebenarnya aku pun xtau nak tulis pe..idea tu banyak, tapi bila menghadap ruangan “new post” ni, tetiber je otak menjadi blank tanpa dipinta..huhu

Lagi lebih kurang 2 jam, kita semua akan mengucapkan babai kat tahun 2012. Siapa sangka, kejap je kan?? Aku pun macam tak percaya tak lama lagi aku bakal berumur 23 tahun. Rasa macam x puas lagi maen masak2…huhu

Sebut pasal tahun baru, orang mesti kaitkan dengan azam. Siyesly, aku x ingat pe azam aku tahun 2012..bagus tak bagus tak bagus tak???? 

Azam tahun baru lak….hmmmm…ape ek.. malu ah nak cakap..sebab aku ni tau azam je,,nak buatnye tak reti2..huhu (habis tu pe motif aku tulis kat sini???haipppp~)



Dah la,,xmau merapu sal azam yang xnah kesampaian tu..donia je semua tu..haha 

Meh aku nak cter sal Kikin..wat pengetahuan u’olllssss… Kikin dah dapat baby!!!! (sila baca dengan nada yang ceria seolah2 memenangi set mekap bernilai RM5000) :D 

Tapi elok la sangat, lagi 17 hari kami akan cuti sem. Aku penah la jugak datang u masa cuti, sebab join program. & siyesly, keadaan u ni bila cuti amat amat amat amat amat la menyedihkan. Kucing nak minum air pun susah. Sebab xde orang. Nak makan lagi la sadis. (Y_Y) cmner la keadaan Kikin nanti..dah la ada baby lagi..

 
Jangan sesaper bagi cadangan aku bawak balik dia ke umah. Kucing kat umah pun pagi petang siang malam asyik berperang. Mengalahkan Palestin dah aku tengok. Kalau ditambah lagi mak+baby2 ni, memang maw meletup la umah aku..huhu nauzubillah!

Lagipun aku xde umah sebenarnya. Ada pun abah punya.. so kalo tuan umah dah bagi amaran keras jangan wak balik kucing, siapa la aku ni nak membantah. Pengalaman lalu buat aku insaf. Huhu.. tak sanggup menghadapi sad ending lagi. Sob3~~

Sempena cuti sem ni, aku bz mencari resipi2 mudah untuk dicuba semasa cuti. So sape yang ada resipi or nak share resipi2 bes, sila tinggalkan link untuk diterjah. Kerjasama anda amatlah dihargai.
ok bai. 

(entry aku xde kesimpulan…hahahahaha..penah ke ada? Hadeh…)

UniMeOw: serba salah.

Sunday 30 December 2012

Anuar Zain: Sedetik Lebih



Lagu ini sweet. Sesweet saya. Tu je nak cakap. Hahahaha~ ok,saya tipu. =_=”




UniMeOw: esok exam lagi. Wish me luck,,tq..<3

:p

Friday 28 December 2012

Maaf

Kemaafan itu indah.
Terlalu indah..





Maafkan aku atas setiap kekhilafan..
Dan aku telah lama memaafkan kalian..

UniMeOw : asal nak cuti sem je, Kikin bunting. Asal Kikin bunting je, nak cuti sem..grrrrr

Friday 21 December 2012

Kawan2, tolong saya~~


Kengkawan kengkawan yang bayik hati, tolong la aminkan doa saya nie.. mana taw termakbul..kan3~

1st, semoga ‘calon’ yang ada di hati saya ini menjadi teman hidup saya di dunia dan akhirat..amin..
(Najuwa, setiap orang yang aminkan doa ni telah mendoakan anda jugak..)

2nd, semoga teman hidup dunia akhirat saya memahami minat saya, seperti mana saya juga akan cuba memahami minat dia..amin..

3rd,doa yang paaaaaaling penting…
Semoga Achik sihat…uhukkkk… :’(

Achik tu kucing kat kolej aku. Aku tengok dia membesar depan mata, then dia pindah gi kolej sebelah..sebab waktu tu ada bapak kucing garang suka halau insan kucing yang lemah..

Nie masa Achik kecik2..masa aku sem 2..skg aku dah sem7..huhu


Nie pic semalam..aku jumpa dia pas keja..huhu

Dia cuma nak minum je..bagi isi ayam goreng xnak makan...:'(

Ha,,achik la yang suka tido merata-rata tu…hurmmm..

Kurus sangat kan...achik...:'(
Dia tak sihat, sekarang kurus sangat2. Bagi makan ayam xmau makan. Tapi minum banyak sangat. Huhu..tolong yer semua..doakan Achik kembali sihat…(Y_Y)

tQ wat semua yang mengaminkan doa saya...sob3...

UniMeOw: rehat mode b4 exam...huhu

Friday 14 December 2012

suka atau benci


anda benci saya?
anda suka saya?

saya tak kisah. 
saya langsung xde masalah walau apa pun perasaan anda kat saya.

kenapa?
kerana...suka atau benci,,itu perasaan anda.
bukan saya.
jadi, sebarang rasa ketidaksenangan di sebalik perasaan anda itu, anda yang tanggung. 

dan itu adalah perasaan anda.
jadi, sukati anda la nak suka atau benci saya.
Apa pun perasaan orang kat kita,,tu bukan masalah kita..
tu masalah orang tu sendiri..
apa hak saya nak halang? 

begitu juga...
dengan perasaan saya.
sukati saya la nak suka atau benci anda.
apa hak anda nak halang?

dalam bahasa kasarnya,
anda nak suka saya ke, benci saya ke,
tu anda punya pasal la~ hoho...
*mintak mahap la makcik konah, terkasar bahasa lak di situ~

saya tak hidup kalau orang puji saya.
dan saya jugak tak mampos mati kalau orang keji saya.


cuma satu saya mintak.
jangan sesekali desak saya suka kat anda jugak kalau anda suka kat saya.
dan jangan sampai saya benci kat anda jugak kalau anda benci kat saya.


dan ingat, 
walau anda suka kat saya, saya bukanlah hak mutlak anda.
kalau anda benci kat saya, saya ni bukanlah sesiapa pun dalam hidup anda.


p/s: entry ni x ditujukan khas buat sesiapa, sekadar berbicara dengan manusia secara umum. J

UniMeOw: Apa hang melalut ni cik kiah oiiii~~ P wat repot sesi!! Haipppp~



Saturday 8 December 2012

Bila rumah xde air

Umah aku kat kawasan tinggi, so fenomena terputus-bekalan-air-paip tu biasa la. Espesely waktu raya..grrrr…

So bila xde air, nie la taktik aku supaya xyah basuh pinggan banyak2..hehe
Dah makan baru teringat nak snap pic..huhu nampak x makhluk koko 2?


Kadang2 abang2 aku lupa letak plastik, memang kena tarik telinga r dyorang..huhu aku memang garang kat umah, tapi sorang pun xtakut ngan aku. Kucing pun tak takut! Grrrr tu yang wat aku bertambah garang!!! Grrrr lagi….


Tengok!!! Ada je penyibuk..mana aku x garang??! Nakal lak tu~!
UniMeOw: rindu nak balik umah sebenarnya ni….padahal baru je balik 2 minggu lepas.. =_=”

Friday 7 December 2012

~Jom Baca Doa Ini~

“..Rabbanaa afrigh ‘alainaa sobron, watawaffanaa muslimiin”
Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam keadaan muslim (berserah diri kepada-Mu)
<Surah al-A’raf, ayat 126)

Doa ni dibaca oleh ahli sihir (geng Firaun) yang ‘kalah’ dengan Nabi Musa a.s. Bila sihir mereka tewas dengan kuasa Allah, serta merta mereka sujud, mengakui keesaan Allah.

Semua muslim ofkoz nak mati dalam iman, mati dengan husnul khatimah, kan? Sape nak mati lam keadaan aib, hina? Mana ada..eishhh nauzubillah.

Doa senjata orang beriman..:)

So sama2 la kita berdoa.. & mintalah supaya menjadi hamba-Nya yang sabar..kerana sabar itu indah. <3

UniMeOw: peringatan untuk diri sendiri sebenarnya…J


Thursday 6 December 2012

Cara Orang Jepun Didik Anak Kecil



Tips ni aku cilok kat fb. Rasa teringin lak nak kongsi ngan korang. Espeselly kawan2 blogger aku ni ramai jugak yang dah jadi mak orang. Kalau belum jadi mak orang pun, why not amek taw kan..hehe..

Pssttt…ekceli aku belum melepaskan sepenuhnya cita2 lama aku, iaitu nak jadi cikgu tadika..haha 

1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat dia sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dll. Sebab masa tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah. Tapi ingat, kena buat seikhlas hati...kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak dah tidur, ramas-ramas jari atau tangan dia, (macam picitlah) supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam situation.

2. Start guna flashcards untuk ajar anak. Bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu...kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar...potonglah gambar kat mana-mana dsb....guna juga english selain melayu

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. Memang la kite yang kene mengemas tapi takpe cuba lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh diorang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi. ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan

Alalala...nomeynyeeeeee....nak cubit~!!!



4. Jgn marah-marah atau tengking anak sebab diorang boleh simpan semuanya dalam otak kiri. Kalau termarah jugak, pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat dia.

5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat diorang dan suruh diorang sambung cerita tu, walaupun cerita tu memang lah merapu takpa kita pun bukan tak biasa merapu

6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option macam.. bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu.ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan.

Sementara xde baby lagi (macam la aku dah kawen??!!grrrrr) aku nak praktik kat baby meow2 aku la...hehe
(cari alasan nak balik umah sebenarnye..lalala)

UniMeOw: psikologi kanak2 & keluarga…aku datang!


Monday 3 December 2012

Aku Terlalu Cinta


Ya.
Aku terlalu cinta.


Kucing ni sesat masuk kelas pagi tadi...huhu


Walaupun kamu lain, aku lain, aku tetap cinta.

Baby ni kami jumpa kat kafe..skg dah xde..xtaw g mana.. :'(


Dan aku juga tak mengerti dengan perasaan ini.
Dari mana datangnya rasa ini..kenapa aku terlalu cinta kamu, sayang kamu..kenapa?


yang ni aku panggil Maru. gumok cgt2...kucing kafe gak...

Allah tidak pernah melaknat kamu..
Rasulullah saw tidak pernah menghina kamu..
Tapi kenapa manusia selalu memandang jijik padamu?


Biarlah..
Kucing kafe gak. aku tak bagi nama pun..tapi dia manja sangat..

Walau apa pun reaksi mereka..walau apa pun yang mereka katakan..
Aku tetap dengan pendirian aku.


Kerana aku terlalu cinta kamu…<3

I love u Achik...muah2~~


sebenarnya entry ni untuk Achik je. Tapi ntah cmner leh melalut utk semua meow2 lak..miauuuhaha..



UniMeOw: Siti Nurhaliza-cuba untuk mengerti
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...