ending yang memang aku dah agak dari awal...hmmm |
Drama Cinta Tikar Sejadah bagi aku biasa2 je. Aku tak sanggup menipu dengan mengatakan drama tu menarik, sedangkan jalan ceritanya aku dah boleh agak dari A sampai Z.hmm…
Tapi, apa yang buat aku tertarik dengan drama ni adalah pengajaran yang betul2 menyentuh jiwa aku.
Terdapat satu babak, di mana Farid Kamil (alamak,pe nama watak dia ha..?lupa..) sedang bersembang dengan atuknya, Tok Bah lakonan Bob Lokman. Masa tu Farid bengang sebab ada orang racun kolam ikan dia. Habis ikan dia mati..
Tapi Tok Bah relaks je. Takde reaksi marah pun kat wajah Tok Bah. Bila Farid tanya, ni jawapan Tok Bah, jawapan yang sangat berkesan di hati aku:
“ape yang nak dimarahkan, tu semua bukan milik kita. Kolam ikan ni, bukan milik kita. Tapi milik Allah. Allah yang beri nikmat kolam ikan ni kat kita, jadi bila Dia tarik balik nikmat yang Dia pinjamkan ni, kita kena reda la”
Lebih kurang camtu la jawapan dia, bukan sebijik macam aku tulis ni. Tapi series, dialog ni memang melekat lam hati aku.
Baru aku sedar, rupanya segala benda yang kononnya aku miliki sekarang ni hanyalah pinjaman daripada Allah SWT. Betapa kerdilnya diri ini bila menyedari hakikat ini.
Akal, nset, family, kucing, laptop, tangan, kaki, rambut, air, katil, rumah, makanan, minuman, game, sahabat, buku, kesihatan, kasih sayang, cinta, udara, duit, deria, dan semuanyalah, rupanya milik Allah.. Allah pinjamkan kat hamba Dia ni, supaya hamba Dia ni mudah di dunia.
walau sebanyak ni pun kucing aku, semuanya milik Allah... |
Tapi kenapa kalau semua tu hilang aku rasa macam nak mengamuk? Sedangkan aku langsung tak layak, kerana semuanya hanyalah pinjaman semata2. Ampunkan hambaMu ini ya Allah…huhu
Jadi, pasni tak perlu aku nak rasa sombong kalau ada kelebihan yang tak ada pada orang lain. Kerana semua itu bukan milik aku, tapi milik Allah yang dipinjamkan kat aku..insya Allah..
UniMeOw: kalau aku sombong jugak, tolong ingatkan aku yer kawan2~ tq!
No comments:
Post a Comment