Tuesday 16 April 2013

Alif, wai, ay, em…Ayam!



Pagi itu, Ustazah Nooraini mengajar murid-murid darjah 1 Perdana mengeja perkataan-perkataan mudah dalam tulisan Jawi.

“Hudzaifah! Baca ni..” kata ustazah sambil menghalakan rotannya pada perkataan dan gambar bola.

“ba, wau, lam, alif…bola!”
“bagus Hudzaifah… :) Fathi, baca!”

“errr…sin…alif..ya…sai!”

Hahahahahaa….satu kelas ketawakan Fathi. Nini yang paling rancak ketawa. Wajah Fathi kemerah-merahan menahan malu. Ustazah cuba mengawal senyum. 

“sudah,sudah!!” ustazah mula meninggikan suara sambil menjegilkan mata.

Setelah membetulkan bacaan Fathi, ustazah meminta Nini bangun memandangkan dialah yang paling suka mentertawakan kawan lain.

“hah,,Nini! Seronok sangat gelak ye..baca ni!”
Nini bangun. 

‘Alamak, macam mana ni..aku bukan reti eja..tapi aku tahu la tu ayam..sebab ada gambar ayam’

“errrrr…alifff…”
Diam. 

Sunyi. 

“alif apa??!!!” jerkah ustazah Nooraini.

“alif wai ay em, ayam!” (alif+Y+A+M) lancar sebutan Nini kerana takut dirotan.
 
Hahahahahahahahahahaa…

Kali ini kelas 1 Perdana lebih riuh daripada tadi. Ustazah sendiri pun tidak dapat menahan ketawa. 

Nini terpinga-pinga. Betul la aku jawab tadi. Kenapa orang gelak??!!

Sejak hari itu, ustazah Nooraini sering memberikan lebih perhatian kepada Nini kerana dia tahu Nini lemah membaca dalam tulisan Jawi.

Okey, tamatlah sudah kisahnya. Nak tahu fakta dalam cerita ni?

Ustazah Nooraini tu memang nama sebenar. Ustazah aku masa sekolah rendah dulu. Ustazah Nooraini Abdullah.

Hudzaifah & Fathi tu pun nama sebenar kawan2 aku masa darjah 1.

Nini tu aku masa darjah 1. Saja letak nama lain..hahaha

Memang masa sekolah rendah aku tak berapa pandai baca jawi. Tak tahu la kenapa. Bukan mama tak ajar baca mukadam masa kecik, bukan cikgu tadika tak ajar alif ba ta, tapi apa yang diajar tu tak pernah masuk dalam otak..hadeh!

Tapi kalau tulisan rumi cepat pulak aku belajar. Spelling in English laju je aku hafal. Faham. Huhu maybe sebab dekat rumah mama banyak beli buku cerita rumi kat aku. Bukan aku salahkan mama, tapi memang betul pun. Mana ada buku cerita jawi kat rumah aku dulu.

Tapi masa sekolah rendah, aku tak malu pun tak pandai baca jawi. Sebab ramai lagi kawan-kawan yang boleh jadi geng aku. Hehe.. tapi masa sekolah menengah?? Ermmmm nanti2 aku wat entry pasal sekolah menengah aku lak k..hik3..

UniMeOw: Sila jangan perasan Uni. Sedar sikit kau tu siapa...

12 comments:

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

hahaa.. kelakar lah

UniMeOw said...

:3

Naz said...

xpa2..kita geng

UniMeOw said...

hik3...geng masa kecik2 yer..

Zara Alisha said...

kite pun kecik xpndai sgt..huhu

UniMeOw said...

hehehe..kan...bila besar baru la otak leh terima tulisan jawi..hadeh!

Latifahzainal said...

hahahaha...lawak jugak entry nie...akak kat johor ade sekolah agama.baca jawi tu bolehla..

Unknown said...

lawak jer....gelak sakan haaa geng jemah. meh eja jemah plak...

jim mim alif haa

♥ geng jemah follow sini

Ainim Rashihah said...

lawak je..heheh..tapi comel kan kalo ingat balik kenangan masa kecik2

UniMeOw said...

kak latifah:hehe uni masa kelas kafa dulu,,,slalu baca majalah gempak,,baca komik..hehe

jemah:haha naseb baek jemah xde kat kelas tu waktu kejadian..kalo x mesti ustazah suruh eja..:p

UniMeOw said...

ainim:dah besar pon comel jugak..eheh :p

Ayue Rejaluddin said...

hahhahahah..
Adehh.. Kelakar.. =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...