*Teori yang dicipta oleh seorang pencinta kucing yang bernama Ayuni..
Teori Cinta Pertama Ayuni states that:
“semua orang mempunyai cinta pertama yang sama, iaitu ibu masing2..”
“semua orang mempunyai cinta pertama yang sama, iaitu ibu masing2..”
Aku mula mendapat ilham ni masa join PLKN, tahun 2008. Pada satu hari, sang arnab berjalan2 dengan kura2 ada sorang cikgu PLKN yang juga sorang polis menyampaikan kuliah subuh..
Dalam ceramah tu, dia mengingatkan kami betapa perlunya kita sebagai sorang anak menghargai jasa2 ibu bapa, dan dia lebih tekankan jasa ibu.
“Hargailah ibu selagi dia masih ada.. Saya dah hampir setengah tahun kematian ibu, dan sampai sekarang saya masih merasai kehilangannya..” aku dapat melihat air matanya bergenang..
Aku terfikir, cikgu ni berusia lebih kurang pertengahan 40-an, ada kerjaya, gagah perkasa, muka pun nsem lagi.. kalaulah ditakdirkan isteri dia yang meninggal, selalunya lelaki macam ni sekejaaaappp je menyendiri. Sekejaaaapppp je bersedih, lepas tu dia akan lupakan isteri dia tu dan jumpa pengganti. Apa yang aku tulis ni ialah yang menjadi kebiasaanlah, bukanlah bermaksud semua lelaki macam ni.
Tapi bila kehilangan ibu, dah lama ibu pergi pun masih meninggalkan kesan pada hati si anak. Benarlah, kasih ibu tiada pengganti..
Bukti2 lain yang menyokong teori aku ni:
· Anak dapat mengenali sentuhan ibu dan dapat membezakan sentuhan orang lain
· Anak akan berasa cemburu apabila si ibu melebihkan orang lain
· Bila berjauhan, mustahil si anak langsung tidak rindu pada ibu
· Bergaduh macam mana pun, ibu dan anak akan berbaik semula
· Ibu mengenali anaknya, kadang2 melebihi anak itu mengenali diri sendiri
· Walaupun kadang2 ibu tidak dipilih sebagai pendengar yang setia oleh anak, ibu sentiasa tahu apabila anak menghadapi masalah
· Anak dan ibu tahu mereka saling menyayangi walaupun tiada lafaz “I love u” diucapkan, berbeza dengan kekasih yang sentiasa inginkan kepastian bahawa dirinya dicintai
Kalau anda rasakan sukar untuk melupakan cinta pertama, ingatlah…ada “cinta pertama” yang lebih suci untuk diingat…
kasih ibu...tiada pengganti... kredit pic 2 google image |
UniMeOw : walaupun adik ni anak yang ketegaQ, adik cayang mama aw….huk3…
3 comments:
betul2.. dulu crispy xrapat sgt dgn bonda, tapi bila dah besar ni, baru merasa nak manja2 dengan bonda (maklumlah, anak sulung) masa ni lah baru sedar, walau xrapat mcm mana pun, dia tetap menyayangi kita.. teett!!
yup...!! apa2 pn...aku ttp rindu & syg mak mak mak & abah aku...
like what u alwez said 2 me uni..."mak kita lahirkan kita bukan untuk kecewa...!!!
dan hakikatnya...mak kita sedaya upaya tak mau tgk kita kecewa...keinginan segala bagai dipenuhi...
hakikatnya lagi...x seberapa pn kita hargai...
aku sgt2 bersyukur ada mak macam mak aku...
adek pon cyg mama,,cyg mak!!
waaaa~~nak balik~~
Post a Comment