Friday, 23 September 2011

Tragedi Kain Batik

Cuti sem baru ni aku tido 2 3 hari kat umah tok. Nak buat kuih raya dengan sepupu aku, Anis.

Satu hari Anis ajak aku pegi kedai. Kedai runcit tu sebelah rumah tok je, kami nak beli bahan2 nak buat kuih raya.

Aku sebenarnya agak segan sikit nak pegi kedai tu. Anak2 tokey kedai tu memang kamceng r dengan aku masa zaman budak2 dulu. Tapi bila dah besar ni kami segan la nak cakap2, sembang2 apatah lagi maen2 macam zaman kanak2 dulu..huhu xtaw kenapa, malu la….

“kak uni,kita pakai kain batik na..saja nak jadi wanita melayu terakhir kat kampung ni..hehe”
pic google image

“ermm,,ok..”

Ni la 1st time aku keluar rumah pakai kain batik.
Selalunya aku pakai kat rumah je la..


“kain tu kena pakai labuh sikit kalau nak keluaq umah..” tok menegur aku sebelum aku melangkah keluar. Nasib baik tok tegur! muahaha~

Pergi kedai, macam biasa aku blushing giler bila nampak kawan lama aku tu..huhu cakap pun sepatah dua je..tu pun pasal harga barang.

“eh2,, tu anak sapa?” kedengaran dua tiga orang kampung bertanya, hairan melihat orang asing di kampung mereka.

“tu la anak Mah, cucu tok ngah Kiah..” ntah sapa lak yang menjawab. 

Selesai beli bahan nak buat kuih, kami pun segera pulang.

Dan…

Bila sampai umah,,baru aku perasan…

Aku pakai kain batik tu terbalik!!!!!!!!!!

UniMeOw : patut la terasa nak blushing semacam…huuuu Y_Y

4 comments:

meaw said...

kain batik la sempoi! hahahaha

UniMeOw said...

kain batik mmg la sempoi..
kain batik terbalik yg x sempoinya..huhu

Udy said...

haha..xpe ..kain batik tu melambang kan kite org melayu.dah x ramai dah wanita nak pakai kain batik ni..

UniMeOw said...

hehe yup,,kain batik mmg ok..
yg x oknya kain batik yg dpakai tbalik...Y_Y

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...