Assalamualaikum
wbt
Okeh, untuk entry
kali ni, aku nak share pasal pemakanan. Haaa jangan tak tau, dulu aku
bercita-cita nak jadi pakar diet. Dah ambik pilihan pertama dah kat UPU dulu,
kos dietetiks. Tapi takdir Allah itu lebih baik.. Dia bagi aku ambik kos
lain..huhu
(amboi panjangnya
intro.)
Masa aku pregnant
hari tu, aku sangkut GDM. Dalam bahasa mudahnya kencing manis la. Lepas minum
air gula buat kali kedua, kantoi.. patut dikira sebagai GDM kalau bacaan gula
tu 7.7.. dan bacaan gula aku 7.8 (kambeng betoi..)
Bila dah sangkut
GDM ni, kita kena jalani prosedur BSP. Haa..bagi korang2 yang xtau apa itu BSP,
meh ceq nak habaq..
Bila nurse kata,
“ok Leha, esok kita buat bsp na”.. means korang kena p ke klinik pada hari esok
tu selama 4 kali. Setiap kali p, kena ambil darah. Depa nak tengok bacaan gula
dalam darah korang la..
Dan..
Setiap kali p
klinik, korang kena puasa selama 2 jam.
Contoh, kena p
klinik jam :
8.00 pagi : yang
ni slalu aku puasa dari malam. Lepas jam 10 malam, x makan apa dah
12.30 tgh hari :
start 10.30 pagi, kena puasa
4.30 petang: puasa
dari 2.30 ptg
8.30 malam: puasa
dari 6.30 ptg
(ni contoh je
tau..jam berapa korang kena p klinik tu nanti nurse akan bagitau)
Yang penting, 2
jam sebelum diambil darah, kena la puasa. Puasa di sini bukanlah bermaksud
puasa macam bulan ramadhan na.. puasa utk bsp ni, korang tak dibenarkan makan
apa2.. minum air kosong je
boleh.
Kalau nak result
cantik, hari tu korang elakkan la makan makanan yang banyak gula/karbohidrat..
air pun tak payah la minum air manis.. (untuk hari tu je..lepas ambik darah
yang kali ke4 tu, bedal la teh ais puas2 pun..aku tak halang..haha)
Aku ni GDM on diet
ja..means kena jaga makan ja..(tu pun aku haram tak jaga makan pun..huhu bila
pregnant ni keinginan makan tu membuak2..)
Ada orang lagi
kesian, GDM sampai kena cucuk insulin. Haaa yang ni aku xtau nak cerita banyak
sebab aku pun xda pengalaman. Nauzubillah..
Memandangkan aku
sangkut GDM yang begitu kambing ini, maka aku kena la bertemu dengan Pegawai
Pemakanan kat Klinik Kesihatan..kehkehkeh (ok, tak lawak pun.)
Dan beliau pun
berkongsi la tips..cara pemakanan bagi pengidap kencing manis. Tapi yang xda
penyakit ni pun boleh jugak nak amal..
Ni pesanan Pegawai
Pemakanan tu:
1. Setiap hari, makan ikut time.
Contoh,
setiap hari sarapan pukul 8 pg, lunch pukul 12tghri, dinner pukul 6.30ptg..
setiap hari k.
2. Makan selepas 4 jam.
Jangan
makan apa2 sehinggalah 4 jam selepas korang makan.
Contohnya,
korang dah sarapan jam 8 pagi. So tunggu la pukul 12 tengah hari pulak baru
makan. Bagi masa kat perut untuk hadam dulu sarapan k..
Bagi
mereka yang mengidap penyakit gastrik pulak, mana boleh biar perut kosong lama2
kan..nanti masuk angin.
So
buat yang ada gastrik, tak payah la tunggu sampai 4 jam. Kesian perut tu..
korang boleh makan selepas 2 atau 3 jam, tapi setiap kali makan, kurangkan
kuantiti kepada separuh sahaja. Means makan secara kerap, tapi dalam kuantiti
yang sedikit.
3. Makan sebelum jam 8 malam.
Hehe
tips ni ramai dah yang tau dan dah buat kan...
Pesanan
orang tu, kalau kita lapar sangat2 waktu malam (terutamanya buat ibu2
mengandung..huhu), boleh je makan lepas 8 malam. Dengan syarat, pilih makanan
yang tak bergula dan bukan makanan karbohidrat.
4. Bagi yang mengikuti prosedur BSP macam yang
aku cerita kat atas, untuk dapat result yang cantik, makan selewat-lewatnya
setengah jam selepas ambik darah.
Dan
puasa pulak lebih kurang 2.5 jam (2 jam 30 minit) sebelum
ambil darah yang next tu. (walaupun sepatutnya kena puasa 2 jam
sebelum..pegawai pemakanan tu suggest kita puasa extra 30 minit awal)
Contoh
korang kena check darah jam 12.30 tghri dan 4.30 petang.
Balik
je dari klinik, terus makan. Kalau tak sempat pun, paling lewat jam 1 tghri
terus makan k. Ni pesanan orang tu.
Lepas
tu, start pukul 2, dah kena mula puasa. Ada paham..?
Okeh, ni je la
yang aku nak kongsi dengan korang. Yang mana pesanan baik2 tu boleh lah nak
ikut..yang mana aku merapu tu toksah la korang ikut pulak..haipppp
Bagi yang
mengandung dan kantoi GDM ni, aku bagitau siap2.. korang tak dibenarkan
bersalin lepas due date k. Dorang akan paksa jugak korang bersalin
selewat-lewatnya masa due date. Haaa nanti aku cerita panjang bab tu..hadeh so
doa2 la korang tak kantoi macam aku..kahkahkah
p/s: jangan tanya
aku ikut ke tak 4 tips kat atas tu..lalala
UniMeOw : diam itu
dapat mengelak dari pelbagai masalah.
#pemakananGDM