Tuesday, 5 October 2021

Nota Kuliah- 8 Penawar Stres (Ustaz Wadi Anuar)

 Assalamualaikum..

Aku jawab sendiri la. Waalaikummussalam..

Nak harap orang lain jawab memang tak la..hahahahhaa siapa je nak datang sini..aku sendiri pun jarang2..

Lamanyaaaaa tak login blog ni.. weii aku ada anak 2 dah weii..macam tak percaya je kan..haha

Ok hari ni aku nak catat nota tentang penawar stress..lepas dengar ceramah Ustaz Wadi Anuar tajuk Manisnya Ujian.

8 PENAWAR STRES

1. Baca surah al-Baqarah, sehari tiga kali. Selama 3 hari berturut-turut.

Yang ni untuk orang berubat dari sihir. Tak disihir pun boleh je amal.. Tak semestinya duduk baca al-Quran. Kalau hafal, boleh je dengar kat fon sambil kita ikut..kalau hafal la..

2. Solat berjemaah selama 40 hari berturut-turut, lima waktu sehari semalam (lelaki). 
Untuk perempuan, solat awal waktu selama 40 hari berturut-turut.

3. Baca surah Yasin 40 hari, pagi dan petang

4. Selawat ke atas Nabi sebanyak seribu kali selama 40 hari.

5. Sedekah kepada mak ayah. 

6. Banyakkan istighfar.

7. Bertaubat. (patut ni yang pertama)

8. Solat 2 rakaat

Solat apa? Ustaz kata solat apa pun takpa..dhuha boleh, taubat boleh.. Tapi ustaz cadangkan Solat Sunat Tasbih.

Tapi...

Penawar-penawar ni semua ada penghalangnya.. 4 perkara yang menghalang mujarabnya ubat-ubat ni..

1. Suami tak redha

2. Ibu ayah tak redha

3. Tak solat.

4. Memutuskan silaturrahim.


Allah2..

Sekarang ni ramai yang stres.. Tambah2 lepas PKP, ramai yang terjejas.. Moga2 kita semua dimudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki yang berpanjangan dan selamat daripada virus Covid-19..

Jaga diri ya semua..jaga fizikal, jaga juga mental.. Jaga hubungan dengan Allah, insya Allah Dia sentiasa melindungi kita..amin..


UniMeOw: tolong jangan stres dengan perkara-perkara yang tidak boleh kita kawal.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...