Sunday 28 August 2011

Biar didengki, jangan mendengki!


Pernah tak korang didengki? Tak kesah la oleh sesiapa pun. Oleh bff, adik-beradik, jiran, mahu pun oleh nenek kepada kucing mak tiri kawan abang ipar adik kak angkat korang..pernah tak?

Aku pernah.

Pernah didengki, dan pernah jugak dengki kat orang lain. (pelik sangat nak sebut mendengki tu..haha)

Selalunya perasaan dengki yang ada dalam diri aku ni datang apabila orang yang aku dengki tu dengki kat aku. 

eheh..paham x nie..?

Maksudnya, bila dia dengki kat aku, aku pun secara automatiknya rasa nak dengki kat dia balik. 

Aku dengki kat dia, tapi dalam masa yang sama..aku sedar aku sedang dengki dan aku benci perasaan aku tu. Adeh! Betapa seksanya perasaan itu, dan insya-Allah aku xmau buat dah sampai bila2..

Kepada korang2 yang telah didengki, plz jgn jadi macam aku ye..x payah la dengki balik kat orang tu…meh aku nak bagi reason sikit, kenapa kita tak perlu dengki kat orang…

1.   Kalau kita dengki balik kat orang tu, apa yang kita dapat?
Habuk pun tak dapat! Sia2! Buat sakit hati je..betul ni, hati kita memang berpenyakit kalau dengki kat orang lain…Nauzubillah!

2.   Orang yang dengki kat kita tu pun bukan dapat apa2
Sukati dia la dia nak dengki kat kita. Kita nak dengki balik kat dia tu pesal? Bukan dia dapat pape lebih daripada kita pun. Syok ke dengki kat orang yang buat perkara sia2? Haha macam bodoh pandai je..

3.   Bila orang dengki kat kita, maknanya kita ni ada kelebihan yang dia takde
Yup, itu la punca orang dengki kat kita. Sebab kita ada apa yang dia xde. Jadi biar la dia x puas hati sorang2, kita xperlu dengki balik kat dia..

4.   Kelebihan yang Allah bagi tu kan untuk disyukuri
Bila kita ada sesuatu kelebihan, ofcoz la kena bersyukur. Alhamdulillah… jadi, berterima kasihlah pada orang yang mendengki tu, sebab tanpa dia, mungkin kita tak sedar kelebihan yang Allah dah bagi kat kita….
Jadi, terima kasih yer pada sesiapa yang telah dengki+jeles+cemburu+iri hati kat saya…..tq very10x much! I lurve u all,,muah2!!! J



UniMeOw : sebab tu aku lebih suka berkawan dengan kucing…kucing xpernah dengki kat aku! Ahaks~~ 

2 comments:

meowwmania said...

betul betul

slalu berdoa smoga dijauhkan dr perasaan dengki dan iri hati tu

kite pong suka geng ngan kucin ahaks :D

shamyheart said...

kite tak ada nak dengki2 pada org. biarlah dah dia mmg layak dapat..
cuma bila ada org dengkikan kita, baru kite sedar yg kite ni ada tarikan (keistimewaan) jugak rrupanya. hikhik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...