Tuesday 26 February 2013

Tentang Cinta, Lelaki & Wanita


·         Ketika ada wanita yang membenci seorang lelaki setengah mati, itu tandanya dahulu dia mencintainya setengah mati. Yeker… Aku tak benci pun kat orang yang pernah aku cinta. Lalalala..

·         Wahai lelaki, ketika kau merasa tidak mampu menyimpan rahsia daripadanya bererti kau mencintainya. Yeker..bukan ramai je ker bf yang berahsia macam2 ngan gf dia..

·         Di sebalik kejayaan setiap wanita, dia pernah melalui kegagalan dalam bercinta. Owh ek? Kalo camtu aku ni bakal berjaya la nie? Yess~! :p

·         Cinta yang dianggap babak pertama bagi lelaki, ternyata merupakan persoalan hidup dan mati bagi wanita. Ish3…patut la lelaki selalu xhargai wanita…lalalaa…

·         Ketika lelaki mengatakan “perempuan itu tidak mempunyai hati,“ bererti wanita tersebut telah berjaya merebut hatinya. Yang ni aku tak pasti la betul ke tak..

·         cinta seorang lelaki bagaikan menulis di atas air atau paling hebat seperti dia menulis di atas pasir. Macam betul je..huhu jahat kan dyorang..

·         bagi wanita, ada tiga tahap dalam perjalanan cintanya iaitu mencintai, dikecewakan kemudian bersedih. Errr aku tahap ketigakah sekarang nie? Hadeh..

·         banyak lelaki yang membunuh diri kerana cinta, tetapi wanita jauh lebih ramai. Cian kat pompuan..

·         cinta ialah sebuah kisah yang di dalamnya terdapat wanita yang bangga berperanan sebagai pahlawan. sedang bagi lelaki, dia lebih memilih menjadi pengarangnya. Yang ni siyes aku tak paham.

·         dalam kehidupan seorang wanita, ada suatu masa yang dia merasa perlu untuk mencintai seorang lelaki dengan sepenuhnya. Kalo camtu, ‘masa’ aku dah lepas la..hik3..

·         wanita tercantik adalah wanita yang menggetarkan kata cinta di antara dua bibirnya. Tipu! Aku tak cantik pun…ceh..

·         dalam bercinta, seorang lelaki selalu ingin tahu apa yang dilakukan oleh kekasihnya. Oooo…

·         ketika wanita mencintai seorang lelaki, sekali-kali dia tidak akan pernah merendahkannya. Yang nie aku setuju sangat2! Tapi lelaki tak kesah pun rendahkan makwe dia..seolah2 dia dah cukup sempurna..

·         dalam cinta, lelaki adalah penyerang dan wanita yang bertahan. Tak paham. Macam maen bola lak yer..

·         dalam bercinta, seorang lelaki akan berkorban apa sahaja untuk kekasihnya kecuali satu hal, iaitu mencintainya terus-menerus. Kalau bukan camnie, maknanya tak cinta la? Ooo…

·         keinginan seorang wanita dapat diubah-ubah oleh orang yang dia cintai. Agak bersetuju r…huhu

·         dalam persahabatan, lelaki lebih pandai daripada wanita, namun tidak demikian dalam cinta. Tepat sekali! Dua kali! Tiga kali! Eheh…

·         cinta mungkin berakhir dalam sehari, namun cinta hakiki tidak sedemikian. Sedih lak baca nie..hadeh!

·         tiada apa yang mampu mencabut cinta daripada hati seorang wanita, selain cinta yang baru. Yeah! Yang ni aku setuju! Setuju sangat2!! (sambil angkat printer kerana terlalu setuju! wakaka)

·         seorang wanita tidak akan mampu hidup tanpa orang yang dia cintai. Takdelah..aku hidup je lagi ni..alhamdulillah.. (sambil menarik nafas 2 3 kali..)

·         cinta merasuk jiwa seorang wanita dalam hitungan detik yang penuh ketenangan dan kekaguman. Tak paham..

·         cinta seorang lelaki tidak lebih daripada selembar sampul depan, namun cinta seorang wanita bagai lembaran-lembaran kertas yang tiada penghujungnya. Jahatnya lelaki..:p

·         kebahagiaan wanita adalah ketika dia dapat mencintai seorang lelaki lalu tunduk kepadanya. Xde maknanya..kalau kucing sihat2 sumer pun aku bahagia jugak..lalala

·         ketika wanita jatuh cinta, dia memulakannya dengan kekhuatiran, ketakutan dan prasangka. Owh,kalo pompuan dah start mcm tu maknanya dia jatuh cinta la? Oooo ceq baru taw..haha

·         perasaan, cinta dan kerelaan adalah hal yang tidak akan lekang daripada diri seorang wanita. Tak taw la ceq..betoi la kot..

pelik kan tetiber aku letak entry camnie..macam aku ni pakar cinta pulak..padahal gagal je dalam percintaan..wakaka.. 

sebenarnya sume point2 di atas aku petik dari buku Terapi Patah Hati. Tapi tak semua aku letak, sebab terlalu tak paham. hadeh.. korang korang dan korang, baca la buku tu. best! (aku pun baca xhabis lagi. padahal nipis je pun...wakaka)

sila abaikan tulisan2 ungu tu yer..tu adalah kemengarutan diri aku sendiri..haha

UniMeOw : kengkawan dah ajak gi kursus kawen, siyes aku takde mood nak p. korang pegi la dulu wei… aku nak tido..zzzzzz…(=_=)

7 comments:

C.T.K said...

seronok bce benda2 ni..kbyakan btul tp mcm sedih je bila igt2 balik...huhuhu

UniMeOw said...

kan...:'>

RIZZNA said...

fakta ke auta ni? hehehe.....menjawab persoalan yg paling rumit antara lelaki dan wanita. wanita sukar fahami lelaki begitu juga sebaliknys. aps kata ksmu baja buku....MENS FROM MARS

Zam said...

& girl from venus.. hehe (tiba2 menyampuk)

UniMeOw said...

kak CM:xtaw la fakta ke auta..hik3..

zamani:hah?ada betul ke?nk carik ni..eheh :p

Isya said...

done follow. knyataan kt ats ni, ade yg btol,. p ade gak yg xbetolll.. heheee

UniMeOw said...

tp statement isya mmg betul...hik3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...