Tuesday, 26 April 2016

Kenangan 22 April 2016

Huhu rupanya aku dah tua dewasa..dah jadi tunangan orang..

Nak tergelak pun ada..macam tak percaya pun ada..

Orang pesan,,tunang2 ni jangan kecoh2 sangat..aku tak letak hint langsung kat fb..blog ni pun, sapa sangat la yang baca..hik3..

Siapa sangka..bila orang lain tunang, aku yang sibuk mekapkan..
Sekali bila aku tunang, barang2 mekap pun takde..hadeh

Maskara, eye liner, blusher semua tak bawak balik kampung..
petang tu punya la kalut cari barang2 mekap..last2 yang aku jumpa cuma blusher kat kedai murah2..and eye liner MAC tiruan yang harga RM2.90..haha pun bolehhh...
Maskara haram tak pakai pun.
Haha hantam sajalah!

Gambar hiasan


Kami buat jamuan makan kecik2 ja..Takda tempah2 pun.. buat kat umah tok..

Aku masak sendiri rendang ayam, makan dengan pulut kuning.
Mama masak gulai ayam+kentang.
Kakak tolong mama buat agar2 sirap+nata d'coco..
Kak Azie (kak ipar) masak bihun goreng.
Kak Atie (kak ipar jugak) beli kek coklat cheese..
Makcik tolong bancoh ayaq & hidang2 kat tetamu.
Maksu tolong buat cucoq jawa & tolong basuh pinggan.
Angah jadi driver tak bergaji aku..hehe
Achik tolong ambik keluarga belah sana..ni first time family kami jumpa, so xtau rumah kat mana..
Alhamdulillah..
Tq sangat buat semua yang sudi tolong adik..

tQ mimi sebab sudi mai..hehe

Sebenarnya aku plan nak buat rendang daging feveret aku..tapi apakan daya..bahan2 masak semua cari last minit. Aku pun langsung tak apply cuti sempena nak tunang ni ha..mana ada orang jual daging dah petang2. So rendang ayam je la mampu..

Siapa sangka, bila orang lain tunang, aku la yang busy ambik gambaq..
Fon aku penuh dengan pic orang lain tunang!

Bila turn aku,,,tak sampai 20 keping pun pic dalam fon..sebab nset rosak..huhu
Ni pun harap orang lain bluetooth..huhu

Bila orang lain tunang, aku yang beria-ia nak buat bunga tangan. At last mama yang tolong buatkan..
Bila turn aku,,,siap kena gelak lagi..
"Nak buat apa bunga ni?!"

Yeah, siapa2 yang nak bertunang tu, aku cadangkan buat la bunga tangan..nanti nak ambik gambar, tak la rasa kekok sangat.huhuhu
Aku bawak bunga tu, dan cuma ada sekeping je gambaq yang aku pegang bunga tu..lupa..hehe

Mini pelamin?? huh..jauh panggang dari  api..bawak bunga pun dah kena gelak..inikan pulak pelamin2 bagai..

Masa nak sarung cincin, aku dengan selambernya mengaku kat bakal mak metua..
"Uni bukan reti ni..nak sarung kat tangan kanan ke kiri??"
hahahahaha..
Dah la tak duduk bersimpuh..ikut dan ja..tak kontrol ayu langsung!!

Masa hari tu, pening macam mana tah.. tak teringat langsung nak ambik gambaq dengan family.
Lepas family tunang aku balik, terus kami semua bz angkat2 pinggan/lauk lebih/cawan n kemas2 ruang tamu.
Takde sapa pun yang terfikir nak ambik gambaq ramai2. Termasuk aku.
huhuhu

Semuanya berjalan begitu pantas.
Apa2 pun, semuanya dah selesai.. Alhamdulillah

Korang2 yang nak bertunang, plan la awal2..jangan buat last minit macam aku..haha

Walaupun majlis ni simple2 ja..aku ingat pesan bff aku, Najuwa.. "jangan habiskan banyak duit masa majlis tunang.. Duit tu banyak lagi nak guna masa majlis kahwin nanti.."

Oh ya..pasal rendang ayam tu..aku perangat tak bagi kering, konon nak ada kuah..malam tu kami ramai2 sakit perut!huhu ampunnnn..

Harap2 keluarga belah sana ok2 je..amin..

Belanja satu gambar..hehe


UniMeOw : one step closer..moga dipermudahkan..amin


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...