Assalamualaikum semua..
Okeh untuk entry
kali ni, hakak nak cerita serba sedikit tentang cabaran menjadi seorang Guru
Bimbingan dan Kaunseling (GBK) especially yang Sepenuh Masa. Sesuai sangat la
jadi rujukan untuk adik2 yang nak praktikal/posting sebagai GBK di sekolah.
Apa yang hakak nak
kongsi ni bukanlah semuanya dari pengalaman hakak sendiri..ada jugak yang dari
cerita orang lain..hehe tapi takpe la..kita ambik sebagai pengajaran..
Tapi ingat ye..ini
bukan keluhan tau..ini untuk membuka minda kita semua bahawa SEMUA pekerjaan
ada cabarannya. Yang penting BAGAIMANA kita hadapi setiap cabaran tu..okeh,
cekidaut!!
1. Kau akan dianggap sebagai orang yang tak
buat kerja
Kerana
apa? Kerana kau xda jadual macam orang lain. Bilik pulak tak campur dengan
orang. Silap-silap kau dituduh “duduk dalam bilik tidur je kerja!”
2. Selalu disuruh buat kerja-yang-orang
–lain-taknak-buat dengan alasan kau bukannya kena mengajar
3. Dianggap sombong
Kerana
bilik kau akan berasingan dengan rakan sekerja yang lain
4. Kau berminat untuk buat program, tapi orang
lain rasa program tu sia-sia
5. Manusia nak kau buat program yang
grand..tapi duit x bagi.
6. Manusia nak kau buat program tapi masa yang
sesuai tidak diberi.
Of course..PdP itu lebih penting!
Of course..PdP itu lebih penting!
7. Kau perlu
buat program, dan wajib maklumkan pada mereka.
Tapi
ingat! Jemput mereka sebagai pemerhati sahaja. Mereka orang penting bukan?
8. Kau perlu menjawab soalan “ada ke budak
yang pergi jumpa ko?”
9. Jika klien berjumpa dengan kau dan masih
tidak menunjukkan impak yang positif, kau perlu tadah telinga dengan ayat “pi
kaunseling pun sia-sia ja..pi sembang ja..budak dok macam tu jugak..”
10. Kerja kau, ada masa relax je.. ada masa
busy ya ampun...
Tapi manusia hanya nampak bila kau relax.
Tapi manusia hanya nampak bila kau relax.
11. Diminta untuk membuat program/kerja last
minute.
12. Pelajar yang kurang digemari akan dicampak
pada kau.
13. Fail yang terlalu banyak.
14. Perlukan bajet yang agak banyak untuk
menghasilkan bilik yang teraputik.
Dan kau akan dianggap membazir.
Dan kau akan dianggap membazir.
15. Kau perlu “keluarkan sedikit modal” untuk
pelbagai aktiviti.
Nak
tunggu claim? Boleh..tapi lambat la..
16. Kau seorang yang ekstrovet!
Yeah! Hampir semua yang ambil bidang ini merupakan insan terpilih dari kalangan ekstrovet. Tu belum lagi jumpa kawan2 yang sama course. Bisingnya Masya Allah~
Dan ini akan membuatkan orang tak suka pada golongan kita. Haha
Yeah! Hampir semua yang ambil bidang ini merupakan insan terpilih dari kalangan ekstrovet. Tu belum lagi jumpa kawan2 yang sama course. Bisingnya Masya Allah~
Dan ini akan membuatkan orang tak suka pada golongan kita. Haha
17. Bila kau suka melawa..kau akan dipandang
serong. (Di tempat2 tertentu)
Bukan
semua sekolah macam ni ye.. sesetengah je..
Tapi sebagai GBK kita memang tak sepatutnya selekeh.
Tapi sebagai GBK kita memang tak sepatutnya selekeh.
18. Kau dianggap seperti malaikat.
Kau
tak boleh marah. Kau tak boleh menangis. Kau tak boleh salah. Kau tak boleh ada
masalah. Sebab? Kau seorang GBK.
Ada
orang pernah kata kat aku “Kaunselor pun ada masalah..ada hati nak selesaikan
masalah orang.”
Salah
tanggapan orang tu. GBK bukan menyelesaikan masalah orang. GBK hanya membantu
klien untuk menghadapi masalah klien itu sendiri.
19. Kerahsiaan
Sometimes
kau berada dalam dilema..bila ada pelajar buat sesi dengan kau, kau akan
terikat dengan etika kerahsiaan. Dan apa yang menjadi masalah bila rakan2
sekerja jadikan kau sebagai sumber mengorek hidung rahsia.
Nak
cerita kat cikgu2 lain, memang TAK BOLEH! Kesian kat klien...igt GBK sekalian,
jangan sampai hilang kepercayaan dari klien ye..
Tak
cerita kang,,macam sombong sangat dengan rakan2 sekerja.
Solution
: cerita secara umum. Selalu jawapan aku “ntah..biasa la tuu budak2..stres!” tu
ja. Cukup.
20. Kadang-kadang kau kurang ingat nama
pelajar,sebab kau x mengajar.
Sebenarnya banyak
lagi cabaran. Tapi untuk mengelakkan kita semua tertidur, cukup la hakak kongsi
20 ni je..hoho
Apa2 pun,
bersyukur la dengan apa yang kita ada..alhamdulillah..
Setiap orang pun
ada masalah. Ada cabaran dalam hidup. Dan setiap dari kita diuji dengan situasi
yang berbeza, kerana kita juga berbeza. Manusia itu unik bukan..
Apa yang penting,
respon kita terhadap cabaran2 yang dilalui. You can’t control the situation,
but you can control your response towards it. Good luck GBK semua!
1 comment:
anyong ha seyo...... hehehehhe zaralisha here
Post a Comment