Tuesday, 2 October 2012

~~~~Bapak aku ada ilmu~~~~


“cik,,nak jambu cik..” kata Said, salah seorang penghuni pusat pemulihan akhlak itu.

“ambik la..tapi sapu bersih2 halaman rumah saya ni ya..” abah menjawab dengan penuh ketegasan.

Abah sudah lama berkerja di sini, ketegasan dan kegarangan abah sering ditunjukkan dengan jelas kepada remaja2 yang cuba diperbaiki akhlak mereka. Namun pada hakikatnya abah sangat penyayang dan bertanggungjawab, cuma sengaja tidak mahu ditunjuk, nanti budak2 pijak kepala katanya.

“Abang Said tu baik kan bah?” aku yang pada ketika itu berusia 11 tahun bersuara.

 Memang panggilan “abang” telah biasa aku beri kepada mereka, kerana disuruh oleh abah sejak kecil lagi. Abah mengajar aku menghormati mereka tanpa mengira asal-usul mahu pun “punca kedatangan” mereka ke sini.

“hmm,,dia memang baik. Tapi kurang keyakinan diri sikit.” jawab abah.

Aku terpegun, sebenarnya agak terkejut.

“Macam mana abah tau dia kurang keyakinan diri??”

“Heh, abah tau la..” wajah abah yang tadinya serius tercalit senyuman tipis.

“Tapi macam mana abah tau??” aku masih tidak berpuas hati.

“Ada la ilmu abah belajaq..haihhh..”

Aku diam. Tapi benakku ligat berfikir.

Ohhh rupanya abah ada ilmu. Agak2 jin jenis apa ek yang bagitau abah pasal orang tu orang ni? Entah2 pasal aku pun abah tau.

Selalu je abah boleh jangka tindak-tanduk aku. Masa kecik, aku cukup give up bila terpaksa menipu. Bukan apa, setiap penipuan aku mesti abah berjaya bongkar, kadang2 tak sampai seminit pun. Bila terjadi saja “sesi soal jawab” dengan abah, maka akan terbongkar la rahsia aku..

Patut la!! Rupanya abah ada “ilmu”..

Sekarang aku dah 22 tahun. Huhu…terasa diri ini begitu bangang apabila mengenangkan cara aku berfikir masa zaman kanak2 dulu..huhu

Bila dah besar ni, baru aku paham..rupanya ilmu yang abah maksudkan tu ilmu psikologi. Tapi abah sengaja tak mahu terangkan pada aku masa tu, sebab dia tahu aku takkan faham. hadeh!

Dalam psikologi, memang setiap tingkahlaku manusia itu dapat dijangka. Manusia  terdiri daripada kognitif (akal, cara berfikir), afektif (perasaan, emosi) dan juga psikomotor (perbuatan). *betulkan kalau aku salah* dan setiap komponen ini memang dapat diramal dengan pelbagai cara. Contohnya melalui nada suara, mimik muka, bahasa tubuh, cara berpakaian, dan macam2 lagi la. Bukannya perlu guna jin..huhu

Berkenaan dengan “sesi soal jawab” pulak, memang la orang yang menipu tu dapat dikesan. Sebab selalunya jalan cerita yang direka akan bercanggah apabila diaju soalan yang berbeza dengan maksud yang sama. Hmmm…bukan guna ilmu pelik2..hadeh!

Sekarang abah dah pencen pun. Dah lama pencen. Tapi pengalaman2 abah sangat berharga, untuk aku, dan semestinya untuk abah. Hehe..aku suka dengar cerita2 abah, walaupun cerita yang sama diulang2..

Sebab sekarang aku pun dah bela “jin” macam abah..haha…

UniMeOw: takziah ibuKM..cyes uni baru taw..dh lama x singgah blog org..huhu

Monday, 1 October 2012

Siapa lapar? Siapa takde duit? Baca entry ni..


Sekarang aku pokai. Pelik kan? Selalunya student u akan pokai masa tengah or hujung sem. Tapi aku, awal2 sem lagi dah pokai..haha.. bukan salah sesiapa melainkan diri aku sendiri. Belanja tak hengat dunia..hoho

Bila aku cakap aku pokai, bukanlah bermaksud aku takde duit satu sen pun. Setakat nak beli gula-gula tu ada lagi la.. Masalahnya sekarang, mesin ATM rosak. So aku takleh ambik duit. Hadeh!

Maka, makan megi la aku sejak dua tiga menjak ni. Kalau boring makan megi, aku punggah biskut kering yang memang aku simpan untuk kegunaan di kala pokai seperti ini. Hehe..

Rasa nak nangis pun ada. Tapi aku tak nangis. Aku senyum. Dalam hati aku tak henti2 ucap ‘Alhamdulillah’, at least aku ada rezeki lagi. Boleh makan lagi. Tak sampai tahap kebuluran lagi. Alhamdulillah.. :)
 
Alhamdulillah, Dia buat aku tak pegang duit dalam tangan macam sekarang.
Dia buat aku sentiasa ingat kat Dia. 
Dia buat aku lebih berharap kat Dia. 
Dia buat aku rasa bersyukur kat Dia. 
Alhamdulillah.. :)

Bila aku rasa nak nangis sebab rasa serabut, aku terus rasa nak gelak kat diri sendiri. Hati aku tak henti-henti mengejek diri sendiri, “toksah dok wat teruk la Uni..ang rasa diri ang susah, sebenaqnya ada ramai lagi orang yang lebih susah daripada ang..”

Lapar itu lumrah..hehe

Sebenarnya, yang membuatkan aku selalu nak menangis-tapi-tak-jadi adalah kerana aku teringatkan seseorang..

Ya, dia yang buat aku tak jadi menangis. Sebab aku teringat tentang dia…

Pada satu hari, saidatina Fatimah r.a memberikan sekeping roti kepada ayahandanya Muhammad saw. Baginda mengambil dan berkata, “ini adalah makanan pertama yang dimakan ayahmu sejak tiga hari lalu.”
 (riwayat Imam Ahmad & Tabrani)

Nabi saw tak makan 3 hari, tak kecoh pun. Aku yang still leh makan tiap2 hari ni nak sedih2 pehal? huhu..

Ada pula riwayat bahawa Abu Hurairah berkata, “aku menemui Rasulullah saw ketika baginda sedang solat sambil duduk, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah, aku melihatmu solat dalam keadaan duduk, apa yang menimpamu?” 

Baginda menjawab: “lapar, wahai Abu Hurairah.”

Tengok, Nabi Muhammad saw, pemimpin agung dunia, terlalu lapar sampai terpaksa solat sambil duduk. Kita, dalam xde duit pun still boleh makan. Alhamdulillah..:)

Adanya masalah, kesakitan & kesusahan, membolehkan manusia membezakan antara keselesaan (nikmat) dan kesengsaraan (bala). Maka, ketika inilah manusia dapat menjiwai erti kesyukuran. 

Terima kasih kepada kawan yang hadiahkan Diari Islam satu ketika dulu. Buku tu sangat berguna kat aku..thx!

UniMeOw: padaMu jua aku kembali…

Wednesday, 26 September 2012

Jika Merindu Di Jarak Kejauhan


Rindu? Jika kamu RINDUKAN seseorang, PEJAMKANLAH MATA MU dan UCAPKANLAH:

“Ya Allah, aku rindukannya kerana-Mu Ya Allah, Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepada-Mu. Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku, tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia.

Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..



Terima kasih Ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan CINTA  JARAK KEJAUHAN itu kepada aku dan dia.”

UniMeOw : cilok kat fb..hehe 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...