Zaman kanak-kanak aku lalui dengan gembira. Dari segi wang ringgit, aku tidak melalui sebarang kesulitan. Semua keperluanku mama dan abah akan cuba penuhi dengan sempurna.
mama dukung kucing liar kat hospital kat Thailand..:) |
Kini aku telah dewasa…
Namun kehidupanku kini penuh dengan tangisan.
Aku menangis melihat gambar bayi dibuang.
Aku menangis apabila melihat binatang diseksa.
Aku menangis semasa mendengar masalah orang lain.
Aku menangis melihat si ayah yang kemalangan semasa mencari rezeki untuk anaknya..
Aku menangis apabila teringat saudara kita di sana yang bermandi darah setiap hari..
Aku menangis bila ada manusia sanggup buang kucing dalam tong sampah..
Aku menangis bila ada manusia sanggup buang kucing dalam tong sampah..
Aku menangis membaca berita orang tua dibunuh dengan kejam.
Aku menangis melihat mangsa kebuluran, mangsa bencana..
Aku menangis melihat mangsa kebuluran, mangsa bencana..
Aku menangis apabila hukum Allah ditolak mentah-mentah.
Aku menangis apabila melihat peminta sedekah..
Aku menangis melihat kekejaman..
Aku menangis selalu..
Seringkali aku menangis di dalam hati..
Tetapi kadang-kala aku lemah,
hingga tidak dapat mengawal tangisanku sendiri..
Dan ini semua salah mama!
Kerana mamalah yang mengajar aku menjadi manusia yang mempunyai perasaan simpati, mudah menangis..
Dan mama jugalah yang menghalang aku daripada menjadi manusia yang kejam..
Sesuai dengan namanya, Rahmah..mama sangat mudah mengucapkan perkataan “kesian..” Mama juga sangat mudah menangis. Aku tahu itu, walau sedaya-upaya dia cuba menyembunyikan air mata.
Kerana aku telah dewasa, aku sentiasa nampak air mata mama walaupun ianya sekadar bertakung di hati..
Di saat orang lain ketawa, yang keluar dari mulut mama hanyalah “kesian..”
Mama memang rahmah.
Simpati mama berjuta kali ganda daripada simpati yang ada dalam diri aku..
Walaupun kadang-kala aku menyalahkan mama kerana adanya rasa simpati yang melampau dalam diri ini, aku tetap berterima kasih pada mama..
Kerana mama, aku tidak termasuk dalam golongan syaitan bertopengkan manusia di dunia akhir zaman ini..
tQ mama!!! Lebiu,,muah2!!!! :’>
mama la satu2nya insan yg x marah aku pgg kucing liar.. |
ni kucg kat ofis mama..setiap hari mama bg makan..(kecuali hari cuti) |
UniMeOw: haihhh tengah taip entry ni pon leh nangis..hmmm mama la ni!! >_<
10 comments:
"salah" mama tu ada kebaikannya.
dats what i mean..;)
mama yg penyayang ^_^
kasih mama..
huwaa~~
nak balik..!!!
uni~ comel la meow kat ofis mama awak tu..geram!
hehe kucg 2 je ke cumel?
mama kte x cumel?
errr tuan blog?
(nak jugakkk..hak3~~)
kau di buai mimpi dia jaga...
kau bersenang dia bekerja...
hidupmu tiada terbatas memberi tak minta dibalas...
ingin dibinanya utkmu sebuah kehidupan sempurna...
punyai kekuatan jiwa...
punyai maruah...
leterannya dari rase luhur...
menegur sebelum terlanjur..
marah bukan kebencian...
tapi tanda sayang
ini la yang diwarisi pesan ibi terpahat dihati..
lupa dahhhhhhhhhhhhhhhh............. hiaya...
opsss sikap ..silap plak *ibu....
haha 1 of my fveret song!
dah2,,p nyanyi kat pusat karok..haha
Post a Comment