“Uni ni nampak
happppyyy je memanjang.. Tak pernah nampak macam ada masalah pun.. Uni buat
macam mana ek?” soal seorang rakan sekerja yang lebih senior.
Hehe.. aku senyum
je..
Tipulah kalau aku
kata aku tak pernah ada masalah. Walaupun aku dilihat selalu senyum. Selalu
ceria. Selalu ketawa.
Hakikatnya akulah
antara manusia yang paling kerap menangis..haha
Aku selalu je
tension. Dengan macam2.
Sometimes aku
tension dengan diri sendiri. Sebab tak menggunakan sepenuhnya potensi yang
Allah bagi..huhu.. astaghfirullah
Akak/abang/pakcik/makcik/tuan/puan...
Aku memang selalu
tersenyum di depan kalian..
Kononnya
menunjukkan betapa aku kuat.
Tangisanku,
sedihku, lemahku, tekananku, penat lelahku, letihku, amarahku, sakit di hatiku
ini.. bukan untuk tatapan kalian..
Biar DIA sahaja
yang tahu.
Biar laut sahaja
yang menjadi saksi.
Biar bulan dan
bintang sahaja yang menjadi pendengar setia.
Biar angin sahaja
yang membawa pergi debu-debu lara.
Biar sejadah
sahaja yang menakung air mata duka.
Biar kitab-Nya
sahaja yang menjadi sumber kekuatan diriku..
Dan awal-awal lagi
aku akui.. aku tidaklah sekuat yang kalian sangkakan..
UniMeOw :
berdebar-debar!
2 comments:
Ada orang cakap, menangislah kamu sepuas2nya agar terungkai segala kekusutan dalam hati, selepas tue berdoalah pada Allah agar kuatkan hati kita untuk menghadapi segala dugaan...
ya..betul tu shikin..<3
Post a Comment