Monday, 5 September 2016

TAK PERNAH ADA MASALAH KE?


“Uni ni nampak happppyyy je memanjang.. Tak pernah nampak macam ada masalah pun.. Uni buat macam mana ek?” soal seorang rakan sekerja yang lebih senior.

Hehe.. aku senyum je..

Tipulah kalau aku kata aku tak pernah ada masalah. Walaupun aku dilihat selalu senyum. Selalu ceria. Selalu ketawa.

Hakikatnya akulah antara manusia yang paling kerap menangis..haha

Aku selalu je tension. Dengan macam2.
Sometimes aku tension dengan diri sendiri. Sebab tak menggunakan sepenuhnya potensi yang Allah bagi..huhu.. astaghfirullah

Akak/abang/pakcik/makcik/tuan/puan...

Aku memang selalu tersenyum di depan kalian..
Kononnya menunjukkan betapa aku kuat.

Tangisanku, sedihku, lemahku, tekananku, penat lelahku, letihku, amarahku, sakit di hatiku ini.. bukan untuk tatapan kalian..

Biar DIA sahaja yang tahu.
Biar laut sahaja yang menjadi saksi.
Biar bulan dan bintang sahaja yang menjadi pendengar setia.
Biar angin sahaja yang membawa pergi debu-debu lara.
Biar sejadah sahaja yang menakung air mata duka.
Biar kitab-Nya sahaja yang menjadi sumber kekuatan diriku..

Dan awal-awal lagi aku akui.. aku tidaklah sekuat yang kalian sangkakan..

UniMeOw : berdebar-debar!


2 comments:

Shikin Razali said...

Ada orang cakap, menangislah kamu sepuas2nya agar terungkai segala kekusutan dalam hati, selepas tue berdoalah pada Allah agar kuatkan hati kita untuk menghadapi segala dugaan...

UniMeOw said...

ya..betul tu shikin..<3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...