Saturday 26 November 2011

Ada apa dengan mimpi??!

Orang tua2 cakap…

kalo mimpi kena patuk dengan ul*r (sori aku x sanggup nak eja nama menatang tu dalam blog aku…huhu) tandanya ada orang nak masuk meminang..

korang percaya x?

aku x la taksub sangat dengan mimipi2 ni, tapi aku x tolak jugak.

Kalau nak x percaya pun xleh jugak. Sebab  kan kisah Nabi Yusuf a.s dulu ada part yang Nabi Yusuf tafsir mimpi raja.

Sebenarnya,,mimpi ni ada banyak jenis.. ada mimpi dari Allah,,mimpi petunjuk..macam orang yang buat istikharah tu..

Ada jugak mimpi dari setan..yang bertujuan menyesatkan anak cucu Nabi Adam..

& ada jugak mimpi permainan tido semata2..contohnya mimpi aku balik umah maen kucing..(selalu kowt mimpi macam ni!hehe..)

Tapi yang aku nak citer hari ni ialah…..mimpi aku..baru2 ni..aku mimpi gigi aku patah, gigi geraham pulak tu. orang cakap, mimpi ni petanda ada benda buruk nak berlaku..

Tahun ni saja dah dua kali aku mimpi macam ni. Yang “best”nya, aku sendiri yang cabut gigi tu.. =_=” dengan mudahnya..

Achik aku pun ada mimpi yang sama macam aku. Masa aku cuti sem hari tu.

Tapi yang latest, hari Rabu lepas kot aku mimpi macam tu. So aku pun susah hati la 2 3 hari…huhu

Aku col mama, citer kat mama..

mama tanya “jadi apa dah kat adek?”

aku cakap la x jadi apa pon..

“so xpayah la risau..”

Hmmm jawapan mama tu berjaya buat aku tenang jap..

Tup tup petang tu, aku baru taw Along aku eksiden.. (Y_Y) memang la dia ok, keta dia je yang x ok.. tapi sebagai orang yang berjauhan dari keluarga, aku risau taw x??? kalo aku ada kat umah, xde la aku risau sangat!!

Yang paling best, aku dapat taw tu pun dari awek Along. Tu pun sebab komen2 kat fb. Family aku sorang pun x gtaw..sob3.. memang la diorang xnak aku risau, aku paham… tapi ofkos la aku sedih, dah 4 5 hari eksiden baru aku taw… (Y_Y)

Malam tu pulak, lagi “best”.. laptop aku jatuh!

Laptop ni still boleh guna, tapi casing dia osak.. frame skrin ni terpatah sebelah kanan, keyboard pulak kemek sampai tempat letak cd tang terkeluar tu xleh nak masuk balik. Dah tu, xleh guna lappy ni lama2, nanti dia panas mengalahkan orang demam panas. Huuuuu… dugaan2…


Aku takut nak gtaw mama.. cian giler kot kat mama.. dah la Along xcden, aku pulak buat hal..  

Dengan abah lagi la aku x berani gtaw.. lappy ni abah yang beli, guna duit dia.. dia siap penah pesan lagi kat aku “jaga elok2 taw laptop ni…”

Huuuu aku cedih sangat! Aku x kesah kalo aku dah keja, dah ada duit, boleh sapot diri sendiri. Ni masalahnya, jadi pape sikit semua kena nyusahkan orang, kena mintak duit orang lain…

Ya Allah, andai ini satu balasan atas dosa2ku, ampunilah aku..
Sekiranya ini adalah satu dugaan buatku, tabahkanlah aku untuk menghadapinya…
Tapi jika musibah ini satu peluang untuk aku mendekatiMu, aku bersyukur ya Allah..
Innalillahi wa inna ilaihi raaji’uun.. (kena ucap yang ni bila ditimpa musibah..bukan tyme orang mati je..)

Seteruk2 dugaan yang aku hadapi, ada lagi orang yang lebih besar dugaannya..sabar2.. 



UniMeOw : dah 2 hari berlalu, xtaw nak cakap macam mana dengan mama…sob3~~

Alhamdulillah, jumpa doa ni...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...