Sunday, 15 December 2013

Malu kat Orang!

hahahahaha.. (hoih,,masuk xbagi salam!!)

Assalamualaikum..

Aku suka betul ngan ayat Yus Jambu, dia akan sebut bila Tauke seolah2 xdapat dikawal..hahahahaa


"hoih3x!! Malu kat oghang!!" (dengan bahasa utara yang pekat)
Santana!!!

Hari ni peristiwa "malu kat orang" terjadi kat aku..macam2 yang jadi..
Antaranya ialah..

hahaha malu la nak habaq..
Bye!

UniMeOw : dah tua bangka dewasa ni pun xleh kontrol nangis lagi..malu kat orang! (>_<)

Wednesday, 11 December 2013

Berapa ekor kucing?


Kalo korang terer...cer teka berapa ekor kucg dalam pic ni?

klu: xpayah tengok betol2..hehe

UniMeOw: sebok dengan kenduri orang lain..hik3

p/s:ni schedule entry

Tuesday, 10 December 2013

Bertemu kekasih lama

Alkisah pagi konvo tu aku kelam kabut (seperti yg telah dijangka..haha)..
Pagi2 nak pergi dmas,,takde transport..
Dalam kekalutan tu, tak sangka terjumpa jugak kekasih lama aku ni..




hehe dia still manja macam dulu..pantang orang sentuh sikit, mula la guling2..


Erm..rindu tokin..

UniMeOw  : semoga segalanya dipermudahkan..amin

Saturday, 30 November 2013

Setelah lama tak hapdet

helo helo helo...kopi or milo?! (ni jenis masuk umah x bagi salam ni..grrrr)

Sekarang aku kat yuyuem..tunggu konvo.
Siyes, macam tak percaya ja esok konvo.wakaka...

Rasa macam baru semalam je aku merungut "bila la nak habis study kat sini.."
Tipu la kalau aku cakap aku x sedih langsung nak keluar yuyuem..
Tapi takkan nak duduk sini selama2nya pulak..kan? ;)

Takpe la, setiap permulaan mesti ada akhirnya.. (tp aku harap hubungan aku dengan si dia takkan berakhir sampai bila2..eheh)

Memandangkan aku tak diberi peluang berucap macam pemenang Anugerah Skrin masa konvo esok, kat sini aku nak ucap ribuan terima kasih wat semua orang yang dah banyak bagi tunjuk ajar kat aku sampai la aku berjaya kat u ni..(berjaya la sangat kan,,) Alhamdulillah..

Yang paling utama mesti la mama & abah, family, cgu2, lecturer2 (termasuk la yang bagi C tanpa sebab) kawan2, kucing2, makcik2 cleaner, pakgad, bos2 dan semua la..hehe

Emmm...apa cerita baru aku nak citer kat korang ek? Ada banyak sebenarnya..tapi aku agak serabut sekarang, memandangkan aku dalam cc sambil menghayati lagu tamil dengan penuh syahdu. (Orang keja sini yang bukak,,apa nak buat.layan je la..)

Okeh,,1st of all aku nak ucap tahniah kat ex aku yang bakal berkahwin hujung bulan ni..alhamdulillah.. seikhlasnya,,,i'm happy 4 u.. :) setiap yang berlaku ada hikmahnya..semoga bahagia selalu..amin.. kalau free aku p kenduri ang..hehe

2nd,,aku nak memenuhi permintaan kawan2 blogger..hehe

Ten

Vanila & eddy..anak beranak..hehe
Kucing2 kat umah semua sihat, Alhamdulillah.. 2 dah mati. so kucing kat umah sekarang tinggal 10 ekor. Semua asyik nak mengawan je..grrrr...

Vanila tiap2 hari gigit aku. Malam2 bodek aku sebab nak tido dengan aku.grrrr...

Eddy pasti akan mencuri bila ada peluang. PASTI! Dan beliau semakin kerap memecahkan pinggan dalam usaha mencuri ikan di bawah tudung saji. Nampaknya pasni aku xleh beli pinggan kaca dah. Pakai pinggan aluminium or plastik je la..grrrrr

UniMeow : aku yang tertewas... (Y_Y)

Saturday, 26 October 2013

Tiba2...

Tiba2 saja...

Aku rasa rendah diri... (Y_Y)

UniMeOw: Lisa,,update la jugak 1 ayat...huhu

Wednesday, 2 October 2013

Seperti yang Dijangka

Seperti yang telah aku jangka sebelum ni..

Aku tak dibenarkan berkerja melainkan membuat kerja-kerja di rumah..
Masak nasik.bagi kucing makan.tengok tv (ni kerja ke?).basuh baju. sapu sampah.bla3x~

Nak keluar ke kedai pun perlu bagi sebab yang kukuh.
Ni aku online kat cc..
Bleh keluar ni pun sebab ada kerja kat cc..
(Y_Y)

Aku tak kesah kerja kat umah. Best pe..atlis umah tu ada la rupa macam umah jugak bila aku ada..
cuma bila aku takde duit (mcm skg ni) aku segan nak mintak..aku dah besar kot..
padahal abah & mama no hal je kalo aku mintak duit..huhu

aku segan nak mintak keluar..
padahal abah bagi je aku keluar,cuma kena ada alasan yg kukuh+munasarawak la..huhu

ntah la..
biar la...
malas nak pikir lagi..
sebab semuanya dah dijangka..

UniMeOw: rindu kat anak2 SMKSA..!!cikgu cyg kamuuuu~~~

Tuesday, 20 August 2013

Rinduuuuuu...!!!!

Assalamualaikum~!!!

Setelah berkurun lamanya x hapdet blog..akhirnyaaaa....hehe

Siyes aku rindu blog ni amat2..tapi apakan daya, mampu on9 guna nset je. Mampu tengok je blog ni tanpa boleh menghapdet..sob3.. Y_Y

Sekarang, tinggal lagi 2 minggu je praktikal. Lepas ni aku tak tau lagi mana hala tuju hidup aku.

Maybe aku akan menganggur selama setahun b4 leh posting..huuuu 

Aku nak keja sementara, (pilihan kerja ada banyak. Tak tau lagi nak pilih yang mana) cuma taktau abah bagi ke tak..huhu

Kengkawan, tolong la doa abah bagi aku keja yer.. Dulu aku selalu jugak mintak nak keja,,tapi abah tak bagi. Soh aku duduk umah masak nasik.. Mama lak tak kesah, lagi suka aku keja..or mek kelas kemahiran.. aku ni bukan reti duduk umah lama2.. Setahun kot..lama giler..huhu

Dilema betul la.. :'(


 UniMeOw : mintak2 leh sambung master..u mana yg tawarkan master psikologi kanak-kanak? 

Sunday, 16 June 2013

Monolog Jiwa

Duhai hati..

Jika engkau memang sudah hanyut jauh..

Sekurang-kurangnya bencilah dosa-dosa yang telah kau lakukan..

Astaghfirullah..


sejauh mana pun aku pergi, pada-Nya jua aku kembali..


UniMeOw: sibuk dengan praktikal.

Wednesday, 5 June 2013

Tuesday, 4 June 2013

Namaw Kawan Sampai Bila2!!!!

"Onin,,meh sini meh..!"

Onin buat muka no respon..

"Alaaa...nin..mai la kat adikkkk.."

Onin perhatikan aku dari jauh. Hmmm xdak makanan.
Lalu Onin pun telah ingkar dengan ajakanku itu.

Aku bengang.
"Huh, dah la!! Pi sana! Namaw kawan ngan Onin dah..sampai bila2!!!"

Aku meninggikan suara sambil menutup pintu. 
(macam la Onin heran kan..haha)

"Awat ni dik.." mama bertanya.
"Onin tu ha. Takmaw mai kat adik.. Adik xmau kawan ngn Nin2 dah,,sampai bila2!!" jawabku sambil menambah perasa masam di muka. Muncung jangan tanya la, memang dah sepanjang Tembok Besar China.

"ha,kata la takmau kawan. Nanti dia takmau kawan kamu dah sampai bila2 ha..." 

Reaksi spontan aku:
"Eh dak3,,Onin...meh sini meh.."
sambil membuka kembali pintu, pergi kat Onin dan mendukung Onin dengan penuh kasih sayang..eheh

Onin ngan baby..

Tu la aku..cakap beria-ia, taknak kawan la, benci la, nyampah la..

Yang paling takleh blah, 

TAKMAU KAWAN SAMPAI BILA2.

hahaha...takde maknanya..

Sampai bila2 aku tu maybe 2 3 minit je bagi orang lain..

Pernah aku try merajuk kat sorang kawan..konon nak merajuk lama2..(sampai bila2!!)

HARI 1
Memang betul2 xmo kawan la ni. Jumpa tak tegur. Selisih wat2 xnampak. Tapi xde la masam muka ke hapa, juz wat muka kering.grrrrr

HARI 2
Bila jumpa rasa nak senyum, then tetiber teringat..  
"eh,aku xmaw kawan dengan dia la..lupa pulak.."
So wat muka kering balik.

HARI 3
Kali ni memang dah tak tahan nak senyum. hehehe...
Last2 cakap gak macam biasa..
hahahahahahaha

Lawak lak bila ingat.hadeh.. Aku memang cepat merajuk, memang tak dapat dinafikan la..
(Tapi kalau merajuk mana boleh ngaku merajuk..lalala)
Tapi siyesly aku memang tak retiiiiiii sangat nak merajuk lama2.
Kalau dah lama2 tu mesti aku dah tak fikir..sebab tu leh lupa..huhu

Setakat ni, tempoh 3 hari tu la paling lama aku merajuk.
Ni kategori merajuk-dengan-kawan-pompuan la..
Kalo ngan kawan laki, lantak hang la kan..
Tak pernah pulak aku kira berapa hari/minggu/bulan/tahun..
Sebab ngan laki aku tak heran sikit..
Cakap pun main lepas je.. Nasib ko la nak terasa ke hapa..lalalala

Dan ayat aku "namaw kawan sampai bila2" tu adalah penipuan yang paling kerap aku wat.
Sapa percaya tu memang kesian la..haha
Family aku pun memang dah paham sangat dah sampai bila2 aku tu sebenarnya sampai bila je..hik3..


UniMeOw: Semoga kita semua dijauhi daripada penyakit angau..eheh :p

Saya Kunci Lirik!!



hehe..tajuk entry xde kena ngena pon ngan apa aku nak sampaikan..

hmmm.. Apa yang aku nak sampaikan sebenarnya?

hehe malulah nak cakap!

teringin nak buat permohonan lanjutan cuti sekolah di seluruh Malaysia..huhu xpuas cuti la! *tetiber tukar topik*

Kbai!


UniMeOw: tak keruan

Friday, 31 May 2013

Cayang cayang cayang~



Yup, dyekor jugak makhluk Allah. Apa salahnya berkongsi kasih sayang.hehe...

Kepada yang tak berminat dengan haiwan, takpe.. perasaan sayang tu boleh dipupuk..percaya la..
Ramai jugak la kawan-kawan aku yang pada mulanya tak minat langsung dengan binatang (dalam kes aku ni ofkoz la kucing kan..hehe), tapi bila lama-lama asyik bersama dengan aku, dyorang makin lama makin sayang dengan kucing..hik3..

Ada jugak yang cakap dia malu nak main kucing. (jangan tanya kenapa,aku pun tak paham apa yang dia malu) tapi bila dengan aku, ok je dia main kucing...hik2..selalunya lelaki la yang malu nak main kucing. Macam la kucing tu jerit2 panggil nama dia kat kafe kan..hadeh!

Ada yang cakap, orang yang suka main kucing kat tempat awam ni sebenarnya saja je nak tunjuk yang dia tu loving. Nak ngata kat aku la tu..jawapan aku??

Hahahahaahhaa...aku gelak je.

Tak logik. Ada ke pulak sebab nak menunjuk yang kita ni loving? Hadeh.. main kucing tu semestinya kita loving ke?

Siyesly, aku main kucing di mana2 sahaja yang ada kucing KERANA aku geraaammmm tengok kucing..bagi aku semua kucing comey & mintak didukung! Ahaks~~ dan aku yakin, ramai lagi yang macam tu kan..

Aku tak pedulik pun orang nak kata apa bila tengok aku pegang kucing liar.
Aku tak kesah pun orang jeling2 tengok aku dukung meow2 tepi jalan.
Aku tak heran pun orang tengok2 aku bagi kucing makan.

Sebab aku yakin, Allah tau apa yang ada dalam hati aku.
Dan Allah tau betapa sayangnya aku kat kucing..hik3..

UniMeOw: Kesuntukan!

Saturday, 25 May 2013

Biarkan ...biarkan!

Masa kat kolej dulu, aku ada sorang kawan..R. R nie bercinta dengan S, dak kolej tu jugak..memang loving couple habis la dyorang ni! Sampai sekarang kowttt dyorang bercinta.. (dah lima tahun…)_memang setia..cayalah
(R tu pompuan, S laki)

Masa kat kolej, bila gaduh ke,majok ke..aku la salah sorang jadi pendengar yang setia..(konon..haha)
Tapi yang aku pasti, R dengan S ni slalu  gado sebab “orang ke3”..taw x siapa? 


GAME!


S ni suka sangat maen  game.. sampai reply mesej makwe dia ni lambat2..
Yang si R ni pulak, sampai nangis2 sebab risaukan S. eiiii geram lak aku..

Berdasarkan pengalaman aku yang tak berapa banyak pengalaman bercinta ni (amboih!), aku tak pernah marah pun kalau bf aku maen game (dulu....masa zaman ada bf dulu)..

Sebab aku pun gila game gak! hahahaha...
Aku ingat lagi, aku suka main game Burger Shop. Dia suka main game bola. (DULU)



Game feveret aku. Dulu, kini & selamanya..hehe

Setiap kali tanya "wtpa tu?" 
dan dapat jawapan "maen game bola dengan adik"..
memang masing2 paham kalau reply mesej lambat. Paham sangat. Tak pernah gaduh pun pasal game..hik3..
Siap bleh kutuk2 gi kalau dia kalah.hahaha...(aku la yang kutuk2 tu..aku kan jahat..hik3)

Tapi tu dulu..tak tau la pulak,,kot2 di masa hadapan aku akan jadi manusia yang tak memahami pulak..ngeh3..

Kenapa pompuan tak perlu marah bila bf dia suka main game??
Ni pendapat aku..

 Nasib baik dia main game.. kalau dia mesej ngan pompuan lain?? 


UniMeOw : struggle for A-! sob3..


Friday, 17 May 2013

11 things about me


Assalamualaikum…
Uni kena tag oleh Deno! Haha.. sebelum ni dah penah kena tag..tapi memandangkan aku pun memang xde idea nak update apa,, boleh la wat entry ni..hik3..

Syarat2:
1.    Kena post peraturan ni.
2.    Tulis 11 perkara tentang diri anda.
3.    Jawab soalan2 yang tagger dah tanya anda. (amboih indahnya translation..haha)
4.    Wat 11 soalan baru untuk orang yang bakal anda tag pulak!
5.    Pilih 11 blogger untuk ditag dan wat link dyorang kat post anda.
6.    Tak dibenarkan tag balik! aummmmmm


11 perkara tentang UniMeOw:
1.    Anak bongsu tapi nampak matang macam anak sulung..haihhh :p
2.    Seorang kidal yang tak 100% kidal
3.    Pernah dipanggil Ayunis masa kecik2 sebab cepat nangis. Sedih nangis, hepi nangis, terharu nangis, marah nangis, majok nangis, risau nangis, kesian nangis, bla3…
4.    Suka masak, tapi xsedap pun..haha
5.    Cepat marah, cepat merajuk, cepat sentap, tapi tak reti lama-lama
6.    Kadang2 pendiam, kadang2 peramah
7.    Suka makan ikan keli, tapi tak reti siang ikan keli =_=” plus, selalu terlekat tulang ikan keli..hadeh!
8.    Suka main hujan, mandi laut, air terjun…wahhhh bestnya!!! >_<
9.     Secara automatik kelihatan sombong kalau tak senyum..awrrrr (nampak sangat aku berwajah brutal…muahaha)
10. Mudah demam, tapi x teruk.
11.  Kuat tidoozzzzzz (menaip sambil tido)


Soalan daripada Deno:
1.   Tujuan berblogging
Mula2 wat blog dulu, ingat nak hadiahkan kat seseorang. Tapi cancel la. Mulai sekarang, uni wat blog ni sebagai hadiah untuk diri sendiri! :)

2.   Kenangan manis dalam berblogging
baca kat sini. Lagi, bleh share2 idea pasal kucing, resipi, mekap, & macam2 lagi info2 baru..hehe

3.   Kenangan pahit dalam berblogging
Ermmmm…macam xde je..

4.   Subjek paling diminati zaman sekolah
Add math! :D 

5.   Subjek kurang diminati zaman sekolah
Takde kot…semua cambest je.. errr tapi uni lemah fizik..huhu

6.   Pernah kena denda tak zaman sekolah?
Mesti la penah!!!hahaha…setakat kena rotan tu biasa sangat la kan. Penah kena ketuk ketampi depan kelas, uni sorang je pompuan..lalalala.. penah kena berdiri luar kelas, sorang2… tapi setiap kali kena denda,,uni gelak je..tak insaf pun..

7.   Suka lagu apa?
Banyak…ermmm.. lagu2 tradisional pun uni layan..hehe

8.   Artis diminati?
Johan Asari. Kot? Kajol..? kumpulan Jambu? Shiro? Hmm? Ntah la…uni tak bpe minat artis2 ni,,artis2 yang minat uni..eheh :p

9.   Suka filem apa?
Kuch2 Hota Hai. N semua filem yang bleh wat orang berfikir…

10.Desert kegemaran
Eskrem! :D

11. Pendapat tentang dayangdeno
Seorang manusia yang saaaangat tabah..saaaaangat positif! Thumbs up!


Soalan daripada Uni:
1. warna kegemaran?
2. bagi saya, kucing adalah _______
3. hobi?
4. ciri2 lelaki/wanita idaman. (pergghhh..soalan maut..haha)
5. apa ciri2 yang patut ada pada sorang cikgu?
6. pandangan korang bila orang sebut "kaunseling"?
7. penah join sesi kaunseling x?
8. apa reaksi korang bila kena marah?
9. korang lahir bulan bpe?
10. anak ke___ daripada ___ org adik beradik?
11. pada pendapat korang, apa yang patut uni ubah/buang/tambah kat blog ni?


p/s:ni suka2 je k..kalo korang bz n xnah join, it’s ok…xde paksaan..hehe peace!



Sunday, 12 May 2013

Kucing Paling Hensem di Dunia





Nie la kucing paling hensem di dunia, Leo.



Siapa yang bagi gelaran ni kat dia?? Siapa yang iktiraf dia ni hensem?
Who else?
Aku la!! Hahaha…

Kat umah, aku selalu bodek kucing.. nak bagi kucing duduk kat aku..hehe (bajet berkesan la kan taktik tu…haha)

So, kat Leo..aku akan cakap..

 “ni laaaa kucing paling ncem di dunia!! Meh kat adik meh…”

Kadang-kadang…
“amboi encemnya Leo adik ni…macam Brad Pitt!”

Okey, memang gelaran “Brad Pitt” tu dah sebati dengan Leo..haha

Kadang2 aku bodek “Leo ni encem macam Leonardo DiCaprio ni….”

Leo pun pandai bodek aku…setiap kali dia bodek, dia akan dapat upah. Selalunya ikan goreng..
Camner dia bodek? Dia suka angkat tangan (kaki depan) dia letak kat kita..dia berdiri macam manusia..hehe comey sangat20000000x~!!!!!
Tapi….kalau dia dah kenyanggggg…panggil la 10x pun…dia wat dono jer…grrrrrr


Oh ya, Goten dengan Elo pun aku selalu bodek gak..

Ayat yang slalu aku kata kat Elo:
“ni…encem macam Shah Rukh Khan nie!!!”



Kat Ten pulak,,
“amboiiiii encemnya Ten adik ni…macam Nasir Bilal Khan!!”
Haha…kadang2…
“Ten ni encem macam AR Tompel ni…muahhh!!”

mana aku tak slalu marah kat Ten..buaih sangat!
nie dia baru lepas kena mandi..gaduh kat luar,,balik2 badan penuh tanah!grrrrrr.....

UniMeOw : setiap hari adalah hari ibu…I love u mama…


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...