Sunday, 28 August 2011

Biar didengki, jangan mendengki!


Pernah tak korang didengki? Tak kesah la oleh sesiapa pun. Oleh bff, adik-beradik, jiran, mahu pun oleh nenek kepada kucing mak tiri kawan abang ipar adik kak angkat korang..pernah tak?

Aku pernah.

Pernah didengki, dan pernah jugak dengki kat orang lain. (pelik sangat nak sebut mendengki tu..haha)

Selalunya perasaan dengki yang ada dalam diri aku ni datang apabila orang yang aku dengki tu dengki kat aku. 

eheh..paham x nie..?

Maksudnya, bila dia dengki kat aku, aku pun secara automatiknya rasa nak dengki kat dia balik. 

Aku dengki kat dia, tapi dalam masa yang sama..aku sedar aku sedang dengki dan aku benci perasaan aku tu. Adeh! Betapa seksanya perasaan itu, dan insya-Allah aku xmau buat dah sampai bila2..

Kepada korang2 yang telah didengki, plz jgn jadi macam aku ye..x payah la dengki balik kat orang tu…meh aku nak bagi reason sikit, kenapa kita tak perlu dengki kat orang…

1.   Kalau kita dengki balik kat orang tu, apa yang kita dapat?
Habuk pun tak dapat! Sia2! Buat sakit hati je..betul ni, hati kita memang berpenyakit kalau dengki kat orang lain…Nauzubillah!

2.   Orang yang dengki kat kita tu pun bukan dapat apa2
Sukati dia la dia nak dengki kat kita. Kita nak dengki balik kat dia tu pesal? Bukan dia dapat pape lebih daripada kita pun. Syok ke dengki kat orang yang buat perkara sia2? Haha macam bodoh pandai je..

3.   Bila orang dengki kat kita, maknanya kita ni ada kelebihan yang dia takde
Yup, itu la punca orang dengki kat kita. Sebab kita ada apa yang dia xde. Jadi biar la dia x puas hati sorang2, kita xperlu dengki balik kat dia..

4.   Kelebihan yang Allah bagi tu kan untuk disyukuri
Bila kita ada sesuatu kelebihan, ofcoz la kena bersyukur. Alhamdulillah… jadi, berterima kasihlah pada orang yang mendengki tu, sebab tanpa dia, mungkin kita tak sedar kelebihan yang Allah dah bagi kat kita….
Jadi, terima kasih yer pada sesiapa yang telah dengki+jeles+cemburu+iri hati kat saya…..tq very10x much! I lurve u all,,muah2!!! J



UniMeOw : sebab tu aku lebih suka berkawan dengan kucing…kucing xpernah dengki kat aku! Ahaks~~ 

Friday, 26 August 2011

Taktik-taktik mencuri dengan berkesan

Hello semua~~ pekabo? 
Hari ni blog ini akan dikuasai sepenuhnya oleh saya, Eddy dan juga adik angkat merangkap girlfriend angkat saya, Nekochan…hehe

Ok, hari ni kami nak berkongsi taktik2 mencuri yang berkesan! Sebelum memulakan acara perkongsian tips, eloklah sekiranya kami berkongsi pengalaman terlebih dahulu.

Kami suka mencuri ikan, tak kisah la ikan rebus ke, ikan goreng ke, ikan tak masak lagi ke, semua kami rembat! Yang penting ikan.. kami tak kisah kalau terkantoi dengan UniMeOw tu, sebab kalau dia nampak pun, suara dia je lebih..mulut tak henti2 beletiaQ! Tapi hukumannya ringan je…hahahaha…hahahahaha….sikit lagi, hahahahaha…….uhuukkk!!tercekik tulang pulak…gelak kuat sangat..huk3… tapi kalau terkantoi dengan abah,,,siap la…..huhu

Tapi tu tak bermakna kami serik untuk mencuri..mencuri tetap menjadi kerjaya tetap kami…haha ok, berikut adalah tips2 untuk mencuri dengan berkesan:

·         Mencuri semasa ahli keluarga tengah solat jemaah
Yeah, waktu inilah yang paling strategik untuk mencuri..haha…masa nie, semua orang asyik tengok sejadah je…takde sape pun yang beralih masa kami mencuri….tapi kena cepat! Bila dengar je suara abah (imam) bagi salam cepat2 turun meja tau…

·         Hantar umpan
Ok, selalunya kami buat macam ni…masa tuan tengah sedap2 rehat, hantar sekor kawan dan menjadi manja secara melampau dengan tiba2 pada tuan. Contohnya, Nekochan tunggu di dapur,  saya (Eddy) dihantar kepada UniMeOw dan mengendeng2 kat beliau. Uni akan berasa hairan dengan kemanjaan yang mendadak itu, tapi mestilah berasa gembira melayan Eddy…hah,,,pada masa itulah Nekochan akan mencuri! Tapi risiko yang paling besar ialah Nekochan makan bahagian saya tanpa tinggalkan sedikit pun!huwaaaaaa~

·         Buat2 alim semasa tuan sedang masak
Yang nie lagi senang, tak perlu buat apa2. Kita hanya memerlukan hati yang tenang dan sedikit kesabaran. Tengok je tuan tengah masak apa kat dapur tu.. kemudian bersabarlah, tunggu hingga tuan bz. Haaa,,tunggu la dia kacau nasik ke hapa, waktu tu la kita boleh naik ke atas meja tanpa disedari! Hahahahaha~

·         Tunggu tuan makan
Taktik ni hanya dibolehkan sekiranya tuan kita ada hobi makan nasik sambil membaca. Saya bertuah kerana mempunyai tuan jenis ini. Jangan risau, tunggu je beliau makan, bila matanya tepat memandang ke arah komik/novel/paper,,hah,apa lagi? ambik lauk sepantas mungkin! Bila dah masuk mulut kita, takkan dia nak lagi kan…hahahahaha~

·         Pura2 sakit semasa berhampiran dapur
Yang nie pulak mestilah dipraktikkan setelah tuan siap memasak. Buat muka sehabis kesian seperti watak Pus inBut dalam citer Shrek tu sambil batuk2.. Dalam kes saya, Uni akan segera mendukung saya sambil bertanya “awat Di…(Di tu nama manja saya,,,ehem!) demam ka…alolo bucuk2..” pada masa ini, gunalah mata anda sebaiknya untuk menyeken (men+scan) lokasi2 lauk yang sudah dimasak. Kemudian, tunggu masa yang sesuai dan line yang clear, godeklah dapur untuk mencari semula lauk2 yang telah dikenalpasti lokasinya sebentar tadi..hahahahahaha~

Ok, ini sahaja yang boleh kami kongsikan hari ni. Cik UniMeOw tak kasi kami main lappy dia lama2..huhu… Buat kucing2 di luar sana, jangan ragu2 untuk mencuba taktik2 ini kerana ianya amat berkesan!

Selamat mencuba!!! :D


UniMeOw : siakap senohong gelama ikan duri, manjakan kucing lama2 mencuri! Ahaks~

Saturday, 20 August 2011

How 2 Pronounce "UniMeOw"



Ok murid2…hari nie cekgu nak ajar cara menyebut “UniMeow” dengan betul.

Cuba sebut…”u.ni.meowww”

Ehhh,,bukan “yu.ni.meow"
once again,,,"u.ni.meow”
Yeaahhh,,pandai…


kan kat tadika dulu cikgu kamu dah ajar kan…
Huruf yu (U) bunyiknya u,,,bukan yu…
Mana ada orang sebut yulat, yuban, yunta..kan3x…

Ape? Universiti? Uniform? Errr…


owhh…tu perkataan yang kita pinjam kat omputih..x aci la…


UniMeow ni perkataan Melayu..

So sebut betul2,,,”u.ni.meow”

yer,,pandai….macam nie la murid kesayangan cekgu..




UniMeOw:haha berangan jadi cikgu yang penyayang..lalala~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...