Friday, 5 August 2011

Manusia memang tak tahu…

“Isy, mana nak buang sampah nie..?” aku merungut sambil mataku melilau mencari tong sampah di tapak ekspo itu.
Geram jugak, ekspo punya besar, tong sampah pun tarak! Kalau orang buang sampah merata tau pulak nak marah..(ehemm,,,aku dah start beletiaQ!)
“kau buang je kat tepi2 ni Uni…”
“alamak, malas la….kotor r nanti..”
“xpe, kau buang je..bukan orang nampak!”
Aku tersentak. Bukan kerana marah, tapi kerana temanku itu telah menyatakan satu ayat yang teramat ku benci.
gambaq hiasan -dicilok khas dari cik google..
“manusia memang la tak nampak, tapi Allah nampak..”
Terdiam sahabatku itu!
Sahabat, maaf andai kamu terluka dengan kata2ku tempoh hari. Bukan niatku untuk menyakiti hati kamu, sungguh tak ada langsung niatku begitu.
Mungkin kamu lihat aku seorang yang teramatlah skema..mungkin juga aku ini sekadar ingin menunjuk baik pada pandanganmu..
Tapi, kita kena sedar..Allah Maha Melihat setiap perkara yang kita lakukan. Malah, Allah Maha Mengetahui  setiap apa yang kita zahirkan mahu pun perkara-perkara yang kita sembunyikan. Termasuklah fikiran kita.
Aku pun bukannya baik sangat, kadang-kadang aku pun terfikir benda tak baik. Nak kenakan orang, ponteng kelas, usik kucing tido.. tapi aku tetap sedar Allah tau apa yang aku tengah fikir..
Kalau kita hanya malu pada manusia, maknanya kita bebas melakukan apa saja apabila terlindung dari pandangan manusia lain…begitukah?
Maknanya kalau orang lain tak nampak, tak puasa pun xpe…mencuri pun xpe…berzina pun xpe…x solat pun xpe..tendang kucing pun xpe….hisy,,nauzubillah!
Aku pun jahat, selalu…tapi sekurang-kurangnya aku tak nafikan Allah itu Maha Mengetahui…ahaks~
UniMeOw : muhasabah diri tu dulu, Uni….

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...