Monday, 1 August 2011

Salah ke bergelar pendidik?


“Ayuni, masa SPM dulu dapat berapa A?”

“errr….*A  ja..” (maaf, terpaksa dirahsiakan berapa A..yang pasti hanya beberapa A sahaja…huhu..)

“Memang mintak pendidikan ka?”

“errr ha’ah, tapi second choice je..1st choice dulu mintak dietetik…tapi bila lulus interview pendidikan, memang automatik dapat pendidikan..depa tak tengok dah 1st choice kita…huhu”

“Sayang la kamu jadi cikgu…kaunseling pulak tu. Kalau jadi doktor kan bagus..kalau pendidikan sains ok la jugak..” katanya lalu mencemik bibir.

Aku terdiam.

Bukan sekali aku hadapi situasi ni, tapi selalu. Selalu sangat. Sampai kadang-kadang aku rasa macam nak rahsiakan result aku. Rahsiakan perjuangan aku sebelum berada di sini.

Aku faham niat mereka. Aku faham apa yang mereka fikirkan.

hina sangat ke jadi cikgu.....uhukkkk...
“Kalau dah layak jadi sorang doktor, buat apa nak sia2kan potensi diri? Lebih baik bagi peluang pada orang yang hanya layak jadi cikgu.” 

Aku setuju dengan pendapat mereka. Menggunakan sepenuhnya potensi diri adalah salah satu tanda kesyukuran terhadap kelebihan yang Allah beri.

Tapi dalam masa yang sama kita juga tidak dapat menolak takdir. Mungkin salah aku, tak study betul2 masa kat matrik dulu. Aku hanyut dengan kebodohan sendiri.

Tapi aku pun dah usaha, aku dah try apply bidang yang bagi mereka sesuai dengan kebolehan aku. Maknanya bukan aku dengan sukarela 100% mintak bidang yang kurang sesuai (pada pendapat mereka) dengan aku ni..

Tapi apa yang Allah bagi kat aku? Pendidikan. Aku yakin ini yang terbaik untuk aku. Aku yakin Allah sentiasa adil dengan hamba-Nya.

Aku yakin ini titian kehidupan yang mesti aku tempuhi.

Jadi apa lagi yang ingin dipertikaikan? Adakah aku boleh berpatah balik dengan pertikaian mereka itu? Adakah aku boleh kembali ke masa lalu untuk mengubah haluan hidupku?

Dan,,persoalan yang sering mengganggu mindaku, salahkah bergelar seorang pendidik? Hina sangat ke jadi cikgu nie? Mulia sangat ke bidang sains?

Maaf, bukan aku nak pandang rendah bidang sains. Aku pencinta ilmu, tiada niat ingin menghina mana-mana ilmu Allah. Aku juga pencinta sains..(terutamanya Biologi..)
Tapi pabila sains terlalu diagungkan, aku mula muak!

Berbaloikah mencipta robot tercanggih di dunia sedangkan anak haram semakin ramai “dihasilkan”?

Kerana "keagungan" sainslah aku pergi membawa diri.

Benarlah kata Dr. Tuah, “ramai orang yang suka jatuhkan orang yang sedang naik, tapi jarang sekali orang yang suka naikkan orang yang sedang jatuh.”

Destinasiku masih terlalu jauh, dan guru adalah satu langkah pertama dalam pengembaraanku.

Buat mereka yang masih tidak berpuas hati, aku mengesyorkan agar kalian tidak cepat melatah, sedangkan langkahku baru sahaja bermula.

Dan yang paling penting, tanpa seorang guru, takkan wujud doktor yang kalian muliakan itu!

p/s:sori yer doktor2,,,bukan marah korang...huhu

UniMeOw : aku tak semestinya gagal apabila terjatuh, tapi aku sememangnya gagal andai tidak bangun semula!

2 comments:

GtHans said...

Hmmm..setuju..Kakak dulu bercita2 nak jadik kartunis ujang..tapi mak marah..dah laa belajar pun tak rajin mana..ekeke..syukur dgn rezeki yg ader..:))

siti najuwa said...

adoiyai...aku pn selalu terkena ayat2 yg sebegini...
dalam hati berkata...lantak aku la nk jadi apa!
janji aku x kacau sesapa...so, jgn nk pandai2 tentukan hidup aku...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...