Masa mama tengah bancuh air, aku tengok mama rasa air tu guna sudu.
Maka aku dengan kecohnya berkata “haaaa...mama xposa!!!” sambil menggoyang2kan jari telunjuk ke arah mama..
Jawab mama “rasa ja,,takpa..”
Oooo...aku pon memasukkan maklumat “kalo puasa boleh rasa masa bancuh air..” ke dalam kepala hotak aku yang bergeliga ni..
Esoknya, family aku xde kat umah. Semua pegi kebun.
Aku pun dengan rajinnya tolong la bancuhkan air. Dan ofkos la aku rasa!! (hehe...ni rasa je k..xde niat pon nak ponteng puasa..:p)
Masa family aku balik,,aku yang tak nakal ni jelir lidah kat angah. Macam biasa, kami bukan buleh berjumpa..huh!
Nak dijadikan cerita, abah nampak lidah aku merah, kesan kordial yang aku rasa tadi.
“hah,,tu awat lidah merah 2?? Tak posa r??” Tanya abah..
“ehhh,,adik posa la..! posa kan boleh rasa!!”
“sapa cakap masa posa boleh rasa?”
“mama!” aku menuding jari telunjukku ke arah mama.
Abah pandang mama. Mama buat2 tak nampak. Aku tak paham apa2.
Hahahahaaha....mana la aku paham mama “rasa” semalam sebab dia dapat cuti free.. tu la,,laen kali tipu lagi anak2...lalalala...
*”rasa” yang dimaksudkan di sini ialah merasa makanan/minuman dan terus telan..hik3...
UniMeOw: inesen sungguh daku di ketika itu..haha
7 comments:
hahaha.. kantoi mama uni. baru darjah 3 kot, mana la faham semua tu. ;)
Mesti 'rasa' banyak ni, sampai merah lidah..
hahah....
hahha pernah gak tetipu cam ni dlu :P
haha...abes bocor rahsia. mcm 2 lah jugak anak sedara ida buat 1st posa bila dia tau mak dia 'ado'. aes dikecohnyer 1 rumah...hoho
Nanti uni bila dh ada ank kena cover2 skit. Bdk2 masa dpn kpintarannya setaraf F1
hihii tu la kan.. kita mmg kne explain betoi2 dgn ank2 kan :-)
Post a Comment