Tuesday, 7 August 2012

Ikan sepat ikan puyu

Kisahnya bermula pada satu malam... masa tu abah & mama p masjid. So aku pun masak la kat umah.

Masalahnya, aku xde idea nak masak apa kat abah. Kalo kat orang lain xpe, dyorang bedal je apa2 yang aku masak. Kat abah susah sikit, abah selalu pantang makan. Makanan2 yang x baik untuk kesihatan dia,,semua dia pantang. 

Setelah penat memerah otak, akhirnya aku mendapat satu idea bernas. Tetiber aku teringat, mama ada simpan ikan puyu dalam peti ais. Maka aku pun godek2 la peti ais, mencari ikan puyu..

Jumpa! Ada ikan puyu yang telah disiang, satu plastik! :D 

Maka, dengan penuh semangat jati diri, aku pun menggoreng ikan puyu tersebut sebanyak tujuh lapan ekor. 

Bila abah & mama balik, mama pun tanya.. “adik masak pa..?” (soalan wajib setiap hari)

“haaa..adik goreng ikan puyu kat abah! :D” (dengan penuh bangga)

“aik?? Bila pulak kita ada ikan puyu? Hari tu mama dah goreng semua dah...”

“ada la ma...satu plastik lagi tu ha..adik mek lam peti ais..”

“mana??” lalu mama bergegas melihat ikan puyu yang telah ku goreng.

“laaa ni bukan ikan puyu dik,,ni ikan sepat!!!”

Aku terpinga2..:o apa beza ikan puyu dengan ikan sepat?? Sama je aku tengok..huuuuu

Aku rasa macam nak hantuk2 kepala kat dinding bila mama menyambung, “abah mana boleh makan ikan sepat..ikan puyu boleh la...” 

Y_Y

Ni la akibatnya kalo x pernah dibawak ke market. Selama ni aku masak je segala ikan yang mama or abah beli. Xpernah la pulak aku kenal jenis2 ikan semua tu...huuuuuuu

sumber


sumber


Dan akhirnya, malam itu abah makan nasik berlaukkan sayur & telur mata kerbau..



UniMeOw: rupanya, sakit akibat dikecewakan tidaklah seperit sakit kerana mengecewakan insan yang dikasihi..

5 comments:

Zara Alisha said...

hak.hak.hak. opsss xketawa...
bentuk bdn ikan sepat n ikan puyu pun dh laen...ehehehehe. jom pi sg. tangkap ikan. xyah pi market

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

heheee.. takpe, at least dah belajar 2 jenis ikan kan. pasni rerajin ikut mama ke pasar ye

Chic Na said...

kesiannya. niat dah baik tu nak masak utk abah. sabar jelah. huhu..

suesue said...

masayaAllah dah lama sgt x pernah berblog walking..harap tuan blog baik2 saja.. :)

Unknown said...

adeh..ikan puyu ngn sepat pun ko xknl ke ayuni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...