Sekarang
aku pokai. Pelik kan? Selalunya student u akan pokai masa tengah or hujung sem.
Tapi aku, awal2 sem lagi dah pokai..haha.. bukan salah sesiapa melainkan diri
aku sendiri. Belanja tak hengat dunia..hoho
Bila
aku cakap aku pokai, bukanlah bermaksud aku takde duit satu sen pun. Setakat
nak beli gula-gula tu ada lagi la.. Masalahnya sekarang, mesin ATM rosak. So
aku takleh ambik duit. Hadeh!
Maka,
makan megi la aku sejak dua tiga menjak ni. Kalau boring makan megi, aku
punggah biskut kering yang memang aku simpan untuk kegunaan di kala pokai
seperti ini. Hehe..
Rasa
nak nangis pun ada. Tapi aku tak nangis. Aku senyum. Dalam hati aku tak henti2
ucap ‘Alhamdulillah’, at least aku ada rezeki lagi. Boleh makan lagi. Tak
sampai tahap kebuluran lagi. Alhamdulillah.. :)
Alhamdulillah,
Dia buat aku tak pegang duit dalam tangan macam sekarang.
Dia buat aku sentiasa
ingat kat Dia.
Dia buat aku lebih berharap kat Dia.
Dia buat aku rasa bersyukur
kat Dia.
Alhamdulillah.. :)
Bila
aku rasa nak nangis sebab rasa serabut, aku terus rasa nak gelak kat diri
sendiri. Hati aku tak henti-henti mengejek diri sendiri, “toksah dok wat teruk
la Uni..ang rasa diri ang susah, sebenaqnya ada ramai lagi orang yang lebih
susah daripada ang..”
Lapar itu lumrah..hehe |
Sebenarnya,
yang membuatkan aku selalu nak menangis-tapi-tak-jadi adalah kerana aku
teringatkan seseorang..
Ya,
dia yang buat aku tak jadi menangis. Sebab aku teringat tentang dia…
Pada satu hari,
saidatina Fatimah r.a memberikan sekeping roti kepada ayahandanya Muhammad saw.
Baginda mengambil dan berkata, “ini adalah makanan pertama yang dimakan ayahmu
sejak tiga hari lalu.”
(riwayat Imam Ahmad
& Tabrani)
Nabi
saw tak makan 3 hari, tak kecoh pun. Aku yang still leh makan tiap2 hari ni nak
sedih2 pehal? huhu..
Ada pula riwayat
bahawa Abu Hurairah berkata, “aku menemui Rasulullah saw ketika baginda sedang
solat sambil duduk, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah, aku melihatmu solat
dalam keadaan duduk, apa yang menimpamu?”
Baginda menjawab:
“lapar, wahai Abu Hurairah.”
Tengok,
Nabi Muhammad saw, pemimpin agung dunia, terlalu lapar sampai terpaksa solat
sambil duduk. Kita, dalam xde duit pun still boleh makan. Alhamdulillah..:)
Adanya
masalah, kesakitan & kesusahan, membolehkan manusia membezakan antara
keselesaan (nikmat) dan kesengsaraan (bala). Maka, ketika inilah manusia dapat
menjiwai erti kesyukuran.
Terima
kasih kepada kawan yang hadiahkan Diari Islam satu ketika dulu. Buku tu sangat
berguna kat aku..thx!
UniMeOw:
padaMu jua aku kembali…
7 comments:
lumrah... pernah smapai 5 ari xmkn nasi...huhuhuhu..
r u cyes yunk?? :o
k uni penah dkt sebulan gak r x mkn nasik..
tp mkn megi,biskut,laksa,sup,spageti, burger, bla3~~ huhu
alhamdulillah.
at least kita dah mengalami kesusahan pada usia muda..boleh jadikan panduan di hari mendatang :)
ini macam 1 proses menguruskan badan kot :)
serius la... nasi je xmakan,,, benda lain masyuk je..hehehhe.. kurang selera mkn gitu... n malas punya pasal .. malas nk trun kafe.. meggi je la jwbnyer
alhamdulillah dgn nikmat yg ada
Thanks kepada blogger tulis psai bnda ni.. Aku tngah takdak duet skarang.. Lapar tapi tak cukup duet nak makan.. Makan maggi n last skali teringat dlu mmber ada offer biskut..
"weh. klau nak biskut aku tu amek la.. satu sem aku beli tak habes makan"
korek2 balek jmpa biskut2 tu n mkan depan lptop.. tp perut lapar lg ni.. Trlintas pulak nak meng-GOOGLE "klau tkdak duet nak makan nak buat apa.." Post ni first di tekan.. Alhamdulillah, Allah nak tunjuk sesusah keadaan aku ni, ada org lagi susah tak makan..
Terima Kasih kepada blogger yg tulis post ni..
Post a Comment